Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, August 15, 2005

Renungan..

Banyak artikel menarik dalam Mingguan Malaysia Semalam untuk dibaca,itu pun yang minat membacalah?..
Antaranya kuasa blok ekonomi yang baru China -India.2 buah negara yang besar punya penduduk yang ramai,disitu je kita dah nampak kuasa membeli dan kuasa tenaga buruh yg ramai.Memandangkan bahan tenaga seperti minyak makin meningkat tak mustahil pelaburan yang pesat akan beralih ke dua2 buah negara ini,yang mempunyai tenaga buruh yg murah dan kuasa membeli yang ramai.Perjimatan kos Pembuatan barang2 sangat penting untuk dunia hari ini,ketika harga barang2 dan minyak serta tenaga semakin meningkat..Apa yg membimbangkan ialah,apabila negara2 ini pesat membangun seperti Negara Jepun atau lebih lagi maka akan wujud satu blok ekonomi yang kuat,ini menyebabkan Amerika hilang daya saing dan mungkin akan menyebabkan krisis ekonomi..Bila ini berlaku tidak mustahil Amerika atau British akan menjajah kembali untuk mendapatkan sumber2 bahan mentah dan kewangan untuk memulihan ekonomi mereka..
Untuk China dan India Menjadi kuasa blok ekonomi yang baru adalah tidak mustahil,memandangkan Sejarah sudah membuktikan negara2 ini adalah sebuah Temadun dunia yang hebat..dan tidak mustahil dunia akan berputar kembali menjadikan China dan India sebuah Temadun yang hebat..? renungkanlah..
Artikel yang agak menarik perhatian saya ialah tentang Teknologi mengesan data melalui ibu jari..dimana semua maklumat tentang diri kita,samaada nama,akaun bank,tarikh lahir sehingga semua pekara memerlukan access melalui ibu jari yang mempunyai pelbagai rahsia kekusaan Allah...CUMA menariknye disini ialah adakah ia selari dengan ayat Alquran mengatakan tangan2 kamu akan bercakap sebagai saksi megenai kebaikan dan kejahatan kamu...maaf kerana tidak sempat menulis ayat yg sebenar tapi lebih kurang maknanya..Maksud nya Allah telah meberitahu kita kekuasaan dia yg memberitahu rahsia ini..Bukan anggapan kita selama ini tangan akan bercakap2 untuk memberitahu pekara yang sebenar...renungkalah kekuasaan Al QURAN tiada tandingan..
Semakin menarik untuk dibaca dalam Mingguan Malaysia semalam bila ada ruangan Temuramah dengan pengasas tabung haji bapa kepada Gebenor Bank Negara Malaysia sekarang ,Beliau merupakan salah satu inspirasi saya dalam dunia pemikiran minda Melayu bukan inspirasi saya dalam pemikiran Islam..ANTARA yang menarik diperkatakan oleh beliau ialah....org melayu adalah org terlalu tebal perasaan rendah diri..perasaan inilah yg ditinggal oleh penjajah untuk tidak berani menentang mereka,sehinggalah terbawa hingga kini,walaupun dah merdeka selama 46 tahun kita masih terjajah dengan perasaan rendah diri yg menebal..macam mana nak maju...renungkanlah..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home