Dunia semakin Tua.

Akhir2 ini bermacam2 bencana alam melanda bumi,selepas Thunami Melanda Asia meragut beribu2 nyawa terutama Aceh dan dikuti oleh Ribut Katrina di US dan terbaru gempa bumi di Pakistan dan India.Bencana yang tak mengira negara kecil yang miskin dan negara maju yang penuh kecanggihan ini tetap memusnahkan harta dan nyawa tanpa tanda amaran..Apakah kerana bumi dah tua tak mampu lagi berdiri gagah menanggung segala isi bumi yang penuh kemaksiatan ini,Hanya ALLAH sahaja yang tahu,Setiap yang berlaku mesti ada Hikmahnya..
Adakah Kiamat hampir tiba atau ia sebagai peringatan kepada manusia yang lalai.Hanya kita sebagai hamba Allah cuma mengkagumi ciptaan Allah dan bersyukur kepadaNya kerana masih membenarkan jantung berdegup untuk bernyawa di bumi ini.Kuatkanlah beribadah dibulan yang mulia ini ,Bulan Ramadhan bulan yang mulia..Amin.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home