Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, June 29, 2006

Ukhwah



Baru-baru ni saya telah menyertai programe IEP (Islamic Enhancement Programme ) bagi kulliyah Engineering,iaitu kulliyah baru saya setelah bertukar department.Berbagai aktiviti di jalankan bagi merapatkan ukhwah antara staff-staff di kulliyah ini,antaranya Qiamullai,tele-match,tarik tali,persembahan group dll.Semangat berkumpulan amat teserlah dalam setiap pertandingan dan persembahan dari kumpulan masing-masing untuk mengalahkan antara satu sama lain dengan penuh semangat kesukanan dan keikhlasan serta gelak ketawa bersama rakan-rakan seperjuangan.Aktiviti iep berlangsung pada 23.06.2006 hingga 26.06.2006.Kumpulan kami ( Setiau yang power ), yang diketuai M.yazid memenangi acara tarik tali yang sungguh memenatkan dan mencabar kejantanan kami.Alhamdullilah kami menang dan sebagai hadiahnya ialah dapat bantal peluk sorang satu..hehehe ,buat peluk dimalam hari akibat kepenatan,moga di tahun hadapan kita berjumpa lagi demi merapatkan ukhwah antara kita sesaudara islam..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home