Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, February 14, 2007

Teruja Cepat Kaya!!

Masaalah ingin cepat kaya atau lari dari beban hidup kemiskinan memang telah wujud dari dahulu lagi.Berbagai skim di adakan untuk menjadikan kita cepat kaya.Ada yang melabur sedikit, ada yang melabur banyak, ada yang beribu dan ada pula yang berpuluh-puluh ribu melabur.Bergantung kepada si pelabur yang sanggup menanggung resiko terhadap pelaburannya.Selalunya keuntungan di beri atau di kreadit ke akaun pelabur, ada skim yang mengkreadit keuntungan mengikut bulan, ada yang mengikut minggu dan ada juga yang mengkreadit keuntungan mengikut bilangan hari. Kreadit keuntungan mengikut bilangan hari adalah lebih membuat orang teruja untuk cepat kaya.Dengan sistem dunia tanpa sempadan, globalisai ini maka pelaburan skim cepat kaya ini pun turut berkembang sehingga tanpa sepadan jua.Kita di Malaysia masih boleh menyertai berbagai skim cepat kaya di luar negara tidak seperti dahulu secara manual seperti skim cepak kaya pak man Telo dan sebagainya.Bayang Skim cepat kaya kini pun mengikut nilai wang ringgit Dollar Us.Cuma untuk ingatan, jangan teruja melihat kawan kita berjaya dalam skim-skim seperti ini, kerana itu rezeki dia,tak mungkin sama rezeki kita dengan dia.Dia kaya kerana pelaburan dia alhamdulliah,itu rezeki dia kita tumpang senang, tapi tak semestinya kita melabur jadi kaya or senang macam dia kerana rezeki allah terhadap seseorang itu berlainan,itu kena faham betul-betul.Belum tentu kita kaya seperti dia kalau kita ikut dia kerana terlalu berisiko.Kawan kita beritahu kita begitu banyak harta karun dalam lombong, terpulanglah kepada kita sama ada nak terjun ke dalam lombong untuk mendapatkan harta karun itu.Sebab risiko lemas mati di dalam lombong bukan tanggung jawap kawan kita, tanggung jawap kita sendiri samaada kita pandai berenang atau tidak.Apa yang penting biar papa tapi maruah tetap di jaga.fikirkan lah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home