Serupa tapi Berbeza
14hb April 2008 adalah hari bersejarah kerana terdapat 3 majlis bersejarah yang agak SERUPA iaitu mengumpul para penyokong parti masing-masing bagi memberi sokongan kepada para pemimpin berlaku di 3 tempat berbeza.Pertama perhimpunan Taklimat ahli parlimen,Adun dan Ahli dewan rakyat di PWTC di mana pemimpin yang terlibat Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad berdawi.2 lagi majlis perhimpunan rakyat di Kelab Sultan Sulaiman yang menyambut Saudara Anwar Ibrahim ke mbali kekancah Politik (di kenali himpunan Black 14 ) dan satu lagi himpunan rakyat di Stadium Perak yang di ketuai oleh 5 menteri-menteri besar Pakatan Rakyat yang Memerintah kerajaan Negeri.Berbezanya ialah luahan dari pemimpin yang berbeza bunyinya di satu pihak ia berbunyi " Saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Katanya beliau faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi beliau mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik.Jelas desakan pemimpin parti ingin beliau mengundur diri sehingga kini masih tak selesai. Himpunan rakyat oleh Pakatan Rakyat pula berlainan pula DESAKAN untuk memerintah negara sehingga saudara anwar menyeru penyokong beliau bersabar jika ingin memerintah negara ini .Juga laungan Reformasi kembali bergema.Begitu juga di Stadium Perak lautan manusia memberi sokongan kepada pemerintah negeri.Apa yang serupa tapi berbeza itu dapat dilihat serupa perhimpunan rakyat terhadap pemimpin tetapi berbeza tujuannya satu untuk perjelasan desakan perletakan jawatan dan dua lagi peristiwa pula ialah sokongan padu keatas pemerintah negeri dan sokongan padu kepada saudara anwar kembali ke kancah Politik. Nampaknya pakatan Rakyat telah kedepan berlainan dengan Umno dan BARISAN masih bertelagah di dalam kelompok mereka sendiri.Harapan BN dan Umno Lumpuh dan Rebah dapat di lihat di 3 peristiwa berbeza ini.Fikirkanlah...gambaran peristiwa tersebut..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home