Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, June 04, 2009

Kalau saya jadi Perwakilan Pas


Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam bukan sahaja menjadi tumpuan kepada ahli PAS dan rakan pakatannya, tetapi juga mendapat perhatian serius daripada lawannya UMNO. Masing-masing memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden PAS. Antara Ustaz Nasaruddin, Husam dan Mohd Sabu, siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan PAS.
Dimata hati saya..Abang Mat seorang pejuang PAS yg begitu istiqamah...tidak perlu lagi utk mempertikaikan ketahanan dan kekukuhan yg ada didalam dada Abang Mat utk mempertahankan PAS...Ketegasan beliau amat dikagumi..ciri-ciri yg ada pada Abang Mat meletakan dirinya seorang "Singa PAS" ...Tapi belum cukup untuk abg Mohd Sabu selesa dalam perebutan jawatan tertinggi Pas Tersebut.
Kepada sesiapa lebih mengharapkan Husam Musa memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS Ini mungkin kerana yakin dengan stail kepimpinan dan pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh beliau. Husam Musa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di Kelantan. Pengalamannya sebagai Setiausaha MB, exco dan pimpinan utama parti telah melayakkannya berada di kerusi nombor dua PAS.Ada yang berkata Husam bukanlah bandingan bagi Ustz Nasha, Kematangan dan kemahiran beliau berpolitik menggerunkan Umno.Namun Pengalaman Mentadbir negeri belum cukup untuk memberi kelebihan kepada beliau untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.Apatah lagi kesetiaan beliau di ragui lebih kepada Pro-Anwar.Pas TIDAK BOLEH Pro kearah mana-mana Pas itu berdiri sendiri mengahdapi gelombang menang kalah dalam politik.Kesilapan Husam adalah menunjukan kecondongan sokongan kepada Anwar.Ingat Tidak semua orang dalam Pas SUKA ANWAR.
Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah ikon pimpinan arwah Ustaz Fadhil Nor. Ustaz Nasa telah dua penggal menjadi Timbalan Presiden PAS. Ada yang melihat Ustaz Nasa telah gagal menambahkan kekuatan PAS. Bahkan beliau hampir terperangkap dengan permainan UMNO. Kekuatan PAS hadir daripada penyokong yang tidak dijemput, bukannya hadir bersama kepimpinan Ustaz Nsharuddin.Namun hari ini di persidangan permuda beliau
memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.
Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah spekulasi semata-mata,Ini bagi saya akan menyebabkan sokongan/undian yang di beri kepada beliau tidak berubah.Dimana beliau mempunyai undin terbanyak di peringkat cawangan, maka kalau saya jadi perwakilan PAS sudah tentu saya memilih Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden PAS kerana beliau adalah ikon arwah Ustaz Fadhil Nor.Bukan kah di bawah ustaz Fadhil Nor PAS telah berwajah baru dalam politik oleh itu, beliau saja dapat meneruskan visi dan misi Arwah Ustaz Fadzil.Wallhualam..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home