Tsunami Politik..?
Sebelum tahun 1998 aku tak terdedah dengan perkataan tsunami,Perkataan tsunami tak pernah aku dengar ketika cikgu-cikgu mengajar disekolah.Selepas tahun 1998 baru aku mengenali apa itu tsunami.Bagi aku tsunami adalah satu gelombang yang teramat kuat memusnahkan apa saja struktur yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kecuali kesan kemusnahan.
Begitulah juga kisah tsunami yang berlaku di Aceh,Thailand dan persekitaran asia dulu.Memusnahkan apa saja dan kehilangan harta benda dan sebagainya.Amat dasyat kesan perkataan tsunami ini.
Politik juga tidak ketinggalan dari serangan tsunami.Gelombang kecil Tsunami politik mula aku terasa pada tahun 1998 ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri ) ketika itu dilucutkan jawatan atas tuduhan liwat tidak bermoral.Perkataan liwat sering kali aku berkumandang di TV,Radio,Suratkhabar,dll media.Aku menjadi rimas untuk menerangkan pada anak aku apa dia liwat,apabila anak aku sering bertanya apa itu erti liwat yang diceritakan tanpa malu berkumandang setiap hari.Sebagai bapa pelbagai cara untuk aku menerangkan semua itu.
Tahun 1998 aku lihat ceramah politik mula segar kembali dengan kehadiran beribu dan berpuluh ratus ribuan orang sesekali ceramah diadakan.Sebelum itu hanya parti PAS yang mengadakan ceramah tapi dalam ratusan orang saja yang hadir.Tahun 1998 merupakan tahun pertama aku mendengar ceramah ketika itu di bandar baru bangi.Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz adalah penceramah utama dan saat dan ketika itulah aku mula berhijrah.Ketika itu aku lihat kaum melayu adalah kelompak yang memenuhi padang rumput tempat2 ceramah diadakan.Selepas itu aku rasa ceramah sudah menjadi biasa bagi rakyat untuk bersama mendengar untuk mendapatkan maklumat sebab disaat itu media utama telah mula dicurigai berita yang di sebarkan.Gelombang ini memnag dicetus oleh peristiwa pelucutan jawatan dato seri anwar ketika itu.
Gelombang tsunami politik itu sentiasa berkocak semenjak itu ,isu utama ketika itu ketidakpuasan hati rakyat banyak berkaitan dengan keronisme dan rasuh.Gelombang tsunami politik seolah-olah dapat diatas dengan hanya dapat melihat riak-riak kecil saja,hanya keputusan yang membanggkan hanya kemenangan dato sri wan azizah di permatang pauh (PRU 2004 ).Rakyat bagai memberi peluang untuk UMNO untuk berubah,namun peluang yang diberi bagi dipersia-siakan setelah diberi mandat selesa ketika itu.Isu Rasuah terus berlaku dan semakin membesar dan bagai tidak terkawal.Akhirnya tsunami politik mula melanda begitu kuat sehingga memusnahkan banyak negeri.Kemusnahan yang teruk mula dibangunkan dan segala kekotoran mula dibersihkan dan rakyat mula nampak kenapa tsunami itu penting.Kemusnahan bukan untuk selamanya dan ia akan bangkit menjadi lebih baik.Begitu juga di Jepun ,Aceh ,Thailad yang mengalami tsunami,lihat bagaimana mereka bangkit dari kemusnahan..
Tahun 2008 aku sempat pergi menjengok satu ceramah politk yang penceramah utamanya Dato Sri Anwar Ibrahim bertempat di Seri Gombak,dan ketika itu aku tengok suasana di pandang rumput ceramah di dipenuhi oleh pelbagai kaum yang aku tak pernah tengok ketika tahun 1998 dulu.Setelah hujan renyai aku pulang dan yang lain tidak bergerak mengikuti ceramah dato Sri Anwar Ibrahim.
Kini aku dah tak pernah pegi ceramah dan aku hanya mendengar di youtube,blog-blog dan juga ketika melayari internet.Aku lihat tanpa aku di padang-padang ceramah tetap ramai dan telah menjadi sebegitu ramai sehingga sukar untuk dibilang berapa ratus ribu orang yang menghadirinya.Kini pelbagai kaum menunjukkan sokongan tanpa rasa takut untuk kebaikan bersama,berlainan sungguh dari PRU tahun 1998 dan 2008.Tahun 1998 hanya kaum melayu bangkit menentang kemungkaran dan tahun 2008 seblingan kaum lain yang masih takut-takut bersama-sama mengharungi tsunami politik.Tahun ini aku lihat semua kaum ingin bersama-sama mengharungi tsunami politik dan akan bangkit membentuk satu bangsa Malaysia yang bersih,cemerlang dan terbilang untuk negara ini.
Aku tidak lagi sekuat dulu untuk hadir di ceramah-ceramah politik ,Namun aku bangga generasi akulah yang menghidupkan dan merancakkan gelombang rakyat supaya hadir mendapat maklumat bukan hanya di media-media utama kerajaan sahaja.Kini kuasa internet telah menjadi sumber rujukan rakyat yang tidak dapat dibendong lagi.Aku tak perlu lagi menerangkan apa itu liwat,tsunami dan sebagainya kerana anak aku lebih tahu apa yang dia orang ingin tahu dan mahu.Ia menjadi lebih mudah dan mereka tahu yang mana itu intan dan kaca.Biarlah anak-anak ku dan rakan sebayanya merasai gelombang tsunami politik pada pilihan PRU 13 nanti, Agar mereka akan bangkit membersihkan kesan-kesan kemusnahan yang sedia ada dan membina satu wawasan baru buat rakyat Malaysia.Kini aku tidak lagi takut denga tsunami sebab setiap kemusnahan itu pasti ada rahmat disebaliknya.
Dari jauh aku melihat,sudah cukup lama (15 tahun ),aku mengenal erti rasuh dalam negara kita dan ia tetap menjadi isu utama negara kita sehingga kini.Aku sanggup berhadapan dengan Tsunami Politik jika itu dapat menyembuhkan luka 15 tahun yang aku rasa dan dengar pasal rasuh dan perasuah dalam negara ini.Tsunami politik pasti akan memberi harapan yang lebih segar dan jitu buat anak-anak ku membina negara maju dan aman.Maafkan kami generasi ayah mu yang meninggalkan kamu dengan semua permasalahan ini.Apakah Tsunami Politik akan tiba ? Jika YA, Selamat datang tsunami politik aku rela untuk mu demi kebaikan semua.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home