Thursday, June 04, 2020
Perkembangan politik terkini merupakan bagaikan satu cetusan kecil letupan gunung berapi sebelum berlakunya tsunami politik Melayu pada PRU-15 nanti. Letusan laharnya melanda, merebak dan lantas menukar landskap politik tanah air. Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketujuh meletak jawatan dan beliau juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu. Mengejutkan. Bersatu umum keluar Pakatan Harapan (PH).
Kini Bersatu sudah keluar Pakatan Harapan yang lumrah digagasi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dengan itu, PH sudah tidak punya kerajaan Pusat lagi. Beberapa kerajaan negeri juga dijangka terbubar.
Begitulah hebatnya kuasa politik Melayu jika bersatu ia bagai tsunami didalam politik akan memusnahkan apa saja kuasa gabungan politik yang ada didalam negara kita.
Belum setahun jagung penubuhan politik Mufakat Nasional (PAS+UMNO) telah menumbangkan gabungan politik Pakatan Harapan yang tidak kesudahan berpolitik pertukaran tampuk kepimpinan.Gertakan undi pecaya kepada Perdana Menteri (PH) telah membawa retak kepada PH dan menumbangkan sendiri kerajaan Pakatan Harapan.Bayangkanlah kerjasama yang kukuh Mufakat Nasional dalam PRU-15 sudah tentu menjadi gelombang besar dalam kancah politik di Malaysia,Ia bagai tsunami yang akan mengenelam semua gabungan politik yang tidak bersama dengan Mufakat Nasional.
Bagi ahli politik yang bijak menjaga pengaruh politik semasa sudah tentu tidak tunggu lama untuk melompat ke kapal baru agar ia selamat dari tsunami politik Melayu pada PRU-15 nanti.Tsunami yanag ada ini hanya gelombang kecil selepas satu letusan kecil undi percaya dari PAS,jika ia dibiarkan terus beralun bersatu(MN),tsunami yang lebih besar akan berlaku di PRU-15.BERSATU,DAP dan PKR sudah nampak tanda-tanda tsunami tersebut di 5 pelihanraya kecil sebelum ini dan ia juga merupakan satu tanda tsunami yang semakin membesar.
Bagi yang berpengalaman dalam politik tiada cara lain untuk menentang tsunami ini hanya dengan memecahkan gabungan Mufakat Nasional sahaja jawapannya.
Kebijakan pakar-pakar strategi politik sahaja yang dapat melakukan semua ini.Tanpa tindakan memecah belahkan Mufakat Nasioanl maka bersedialah untuk menghadapi tsunami politik melayu ini.Carilah tempat yang lebih tinggi atau lompatlah kekapal baru Pakatan Nasional jika tidak mahu terus tenggelam dalam tsunami politik.
Monday, December 07, 2015
PAS hanya sebagai balance kuasa islam melayu
Sunday, August 09, 2015
Menang jadi arang kalah jadi abu
Kelam-kabut,membimbangkan,tunggu masa,simpan dihati,kacau bilau,tidak keruan,ketakutan,pak turut, sakit hati,kecewa,dendam ,sedih dan pelbagai lagi bahasa boleh digambarkan prihal politik Malaysia kini yang bercampur baur.Krisis pecahan kepimpinan dalaman PAS sehingga ingin menubuhkan parti baru dari GHB(Gerakkan Harapan Baru) -yang diketuai Mat Sabu dan rakan-rakan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini,Umno dengan krisis kehilangan wang 1MDB,duit derma 2.6 bilion,pertukaran kabinate baru dengan menyingkirkan Tim.Perdana Menteri,DAP krisis ROS yang belum selesai,Presiden MIC terkeluarnya secara automatik dari ahli MIC dan PKR pula dengan Anwar masih tidak bergerak bebas diPenjarakan. Sudahlah nilai ringgit merudum jatuh,saham turun,GST,krisis 1MDB,Inflasi dan pelbagai isu pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat Kabinet dan dalam pentadbiran awam menyebabkan rakyat letih menanggung derita akibat kepimpinan yang kacau bilau.
Rakyat kini begitu letih dan bosan dengan parti-parti politik di Malaysia yang tidak telus untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.Berebut jawatan,rasuah yang tak pernah reda,seruan berdemo sana sini yang berterusan,jenayah merata-rata dan pelbagai lagi masaalah yang kronik.Apakah Malaysia dapat berdiri semula jika pemimpin-pemimpin ini terus diberi ruang untuk memimpin.Bagi saya seorang pemimpin baru yang berkarisma tinggi sangat diperlukan ketika ini,Tapi siapakan yang bersedia untuk kedepan bagi mengubah Malaysia kearah yang lebih baik ataupun bebas dari segala permasaalahan ini.
Hanya gelombang baru satu kumpulan atau jamaah barulah dapat membebaskan Malaysia dari masalah ketika ini,tapi siapakah tokoh itu yang dapat menyatupadukan semua kaum di negara kita ini.Kita tunggu dan lihat,Insyallah ada..
Allhualam ..
Tuesday, May 07, 2013
Transformasi dan 1Malaysia yang gagal?
Semua rakyat malaysia telah mengetahui keputusan pilihanraya yang ke 13 (PRU13) dimana keputusan yang begitu ketara merosot buat kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Rajak dengan slogan perubahannya Transformasi dan 1Malaysianya.
Dari keputusan PRU13,Barisan Nasional(BN) Merosot kerusi Parlimen dari 140 kepada 133 dan jumlah undi keseluruhan diperolehi juga ketinggalan dimana Pakatan Rakyat(PR) memperolehi undi sekitar 5.6 juta undi keseluruhan dan BN pula memperolehi sekitar 5.3 juta undi keseluruhan.
Kekurangan kerusi Parlimen dan kurangnya undi keseluruhan yang diperoleh dengan jelas betapa gagalnya slogan 1Malaysia dan juga Transformasi yang telah Datuk Seri Najib Tun Rajak dalam segenap bidang dalam negara kita.Transformasi politik yang gagal tidak mendapat sokongan kaum cina malah MCA sendiri menghindari dari BN ,dengan jelas Presiden MCA menyatakan bahawa pemimpin MCA yang terlibat tidak akan menerima jawatan penting dalam kabinet.Datuk Seri Najib gagal menyatukan kelpelbagaian kaum dalam BN,Nampak cantik sebagai satu Barisan namun Baris Lurus didepan tetapi bengkok dan berkait di belakang.Laungan beliau 1Malaysia tiada beza perkauman antara kaum dimusnahkan oleh ahli-ahli umno yang berkepentingan dan juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir yang mengapi-apikan perkauman melayu dan cina di ceramah-ceramah beliau yang tidak selari dengan selogan 1Malaysia.Ini seolah-olah kepala kata lain ,ekor pula kata lain,Sokongan BN Kepada Pekasa secara terang-terangan telah menyebabkan kaum cina dalam BN itu sendiri memprotes dari dalam dengan memberi undi pada PR.Meletakkan Timbalan Presiden Perkasa sebagai calon BN dalam PRU13 dengan jelas membuktikan sokongan terhadap perkasa dengan idelogi kemelayuannya jadi di mana 1Malaysia yang ingin dibawa.
Jelas 1Malaysia yamg ingin dibawa begitu tersasar dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM gagal mebawa konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang ingin dilakukan.Haruskah beliau diberi peluang oleh UMNO meneruskan agenda 1Malaysia dan Transformasi politik yang gagal untuk 5 tahun lagi.Adakah beliau harus diberi peluang merubah slogan-slogan yang indah didengar untuk kali kedua.Rasanya peluang cerah bagi Pemimpin-pemimpin berwibawa dalam UMNO untuk menyingkirkan beliau seperti mana beliau mengenepikan Tun Abdullah ( Bekas PM ) dahulu.
Gagalnya ahli BN khasnya UMNO itu sendiri menmahaminya menyebabkan kegagalan 1Malaysia dan transformasi politik yang ingin dibawa oleh BN.
Sebaliknya ahli-ahli parti dalam PR lebih memahaminya bersatu demi kekuatan politik.Transformasi Politik dan agenda 1Malaysia telah menyerap dalam ahli-ahli PR dan ini membuat parti-parti seperti DAP,PAS dan PKR menggunakan atau menyerap konsep 1Malaysia dan transformasi politik yang meyebelahi PR itu sendiri,Maka terjadilah PAS adanya calon bukan islam, DAP dan PKR itu sendiri ada pelbagai kaum dan Agama.Kaum Cina mengundi calon PAS dan Bangsa melayu dikawasan bandar seperti di Parlimen Temerloh mengambarkan konsep 1Malaysia itu jelas dalam Pakatan Rakyat dan juga di tempat-tempat lain calon Pas atau calon melayu PKR.
Sebenarnya 'Tshunami Cina' yang diperkatakan bukanlah erti perkauman tapi kegagalan konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang dibawa BN telah menyebabkan undi protes sebahagian kaum cina dalam BN akibat gagalnya konsep 1MALAYSIA dan transformasi politik dalam BN.PR pula berjaya menyerap konsep 1Malaysia yang telah dilaungkan oleh BN selama ini dan tambahan undi protes dari dalam BN sendiri menyebabkan BN terus di tolak rakyat pelbagai kaum dalam negara kita.
Jika diberi ruang dan masa tidak mustahil berjayanya konsep 1Malaysia dalam PR dan akan menumbangkan BN pada 5 tahun akan datang dengan menggunakan konsep 1Malaysia itu sendiri.Ini bagai sapi dengan lembu.Orang lain punya tapi kita dapat nama dan keuntungannya.
Fikir-fikirkanlah,Buat BN jika anda meneruskan kepimpinan Datuk Seri Najib bermakna anda membuat PR Semakin kuat menyerap slogan 1Malaysia kerana PR telah kedepan dalam isu ini.Hanya pertukaran kepimpinan BN boleh mengendurkan keadaan ini dan kita tunggulah apa pula slogan selepas ini dengan kepimpinan baru.
"
Tuesday, April 23, 2013
Herman tino jangan fikir berapa undi anda dapat?
"Herman Tino, penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 13 kali ini. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti ‘Yale Yale’ dan ‘Pelita Dalam Kabus’ mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato’ Haron di sini.
Herman Tino pasti memberi pengajaran berguna buat Barisan Nasional agar golongan artis tidak terlepas dari Transformasi Politik.
Dalam isu mengangkat darjat artis atau pengiat seni PAS kedepan dalam isu ini.PAS meletakkan calon bekas-bekas artis seolah-olah PAS nampak betapa besar masalah cetak rompak,Masalah moral dan kebajikan artis dalam negara ini.
Mereka perlu dibela kerana cetak rompaklah walaupun kita menyanyi atau bernasyid sekali pun artis takkan hidup senang.Keringatan mereka diperah dan industri hiburan atau seni tidak dibela sepenuhnya dimanakah Transformasi dalam kesenian yang hendak dibawa.Selama 55 tahun kerajaan Barisan memerintah isu cetak rompak masih tidak dapat diselesaikan,artis atau pengiat seni langsung tidak dibela.
Tahniah kepada Herman Tino berani berdepan untuk menjadi isu utama negara agar artis juga perlukan tempat untuk membela masa depan mereka.Herman Tino Jangan fikir berapa undi yang anda dapat tapi biarlah minda pemerintah dan rakyat berfikir dimana Transformasi buat anda gologan artis dan pengiat seni.Anda artis atau pemgiat seni pun perlukan perlindungan dan pembelaan.
Tahniah kepada PAS kerana berani mengangkat Artis-artis atau pengiat seni ke arah yang dihormati masyarakat dan itulah sepatutnya,Bukan mereka di calun di Dun tapi peringkat yang tertingi peringkat Parlimen amat sukar dilakukan tapi demi keadilan kita harus memberi peluang buat mereka.Hanya artis atau pengiat seni yang tahu jerit perit mereka dalam mehanrungi bidang seni.
Biarlah mereka bersuara diparlimen dan mengubal undang-undang bagi membela nasib mereka. Buat Pengiat seni yang bertanding Tahniah moga anda dapat membela nasib Pengiat seni dalam negara kita.Ayuh ini kalilah .."
Tuesday, April 09, 2013
Tsunami Politik..?
Sebelum tahun 1998 aku tak terdedah dengan perkataan tsunami,Perkataan tsunami tak pernah aku dengar ketika cikgu-cikgu mengajar disekolah.Selepas tahun 1998 baru aku mengenali apa itu tsunami.Bagi aku tsunami adalah satu gelombang yang teramat kuat memusnahkan apa saja struktur yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kecuali kesan kemusnahan.
Begitulah juga kisah tsunami yang berlaku di Aceh,Thailand dan persekitaran asia dulu.Memusnahkan apa saja dan kehilangan harta benda dan sebagainya.Amat dasyat kesan perkataan tsunami ini.
Politik juga tidak ketinggalan dari serangan tsunami.Gelombang kecil Tsunami politik mula aku terasa pada tahun 1998 ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri ) ketika itu dilucutkan jawatan atas tuduhan liwat tidak bermoral.Perkataan liwat sering kali aku berkumandang di TV,Radio,Suratkhabar,dll media.Aku menjadi rimas untuk menerangkan pada anak aku apa dia liwat,apabila anak aku sering bertanya apa itu erti liwat yang diceritakan tanpa malu berkumandang setiap hari.Sebagai bapa pelbagai cara untuk aku menerangkan semua itu.
Tahun 1998 aku lihat ceramah politik mula segar kembali dengan kehadiran beribu dan berpuluh ratus ribuan orang sesekali ceramah diadakan.Sebelum itu hanya parti PAS yang mengadakan ceramah tapi dalam ratusan orang saja yang hadir.Tahun 1998 merupakan tahun pertama aku mendengar ceramah ketika itu di bandar baru bangi.Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz adalah penceramah utama dan saat dan ketika itulah aku mula berhijrah.Ketika itu aku lihat kaum melayu adalah kelompak yang memenuhi padang rumput tempat2 ceramah diadakan.Selepas itu aku rasa ceramah sudah menjadi biasa bagi rakyat untuk bersama mendengar untuk mendapatkan maklumat sebab disaat itu media utama telah mula dicurigai berita yang di sebarkan.Gelombang ini memnag dicetus oleh peristiwa pelucutan jawatan dato seri anwar ketika itu.
Gelombang tsunami politik itu sentiasa berkocak semenjak itu ,isu utama ketika itu ketidakpuasan hati rakyat banyak berkaitan dengan keronisme dan rasuh.Gelombang tsunami politik seolah-olah dapat diatas dengan hanya dapat melihat riak-riak kecil saja,hanya keputusan yang membanggkan hanya kemenangan dato sri wan azizah di permatang pauh (PRU 2004 ).Rakyat bagai memberi peluang untuk UMNO untuk berubah,namun peluang yang diberi bagi dipersia-siakan setelah diberi mandat selesa ketika itu.Isu Rasuah terus berlaku dan semakin membesar dan bagai tidak terkawal.Akhirnya tsunami politik mula melanda begitu kuat sehingga memusnahkan banyak negeri.Kemusnahan yang teruk mula dibangunkan dan segala kekotoran mula dibersihkan dan rakyat mula nampak kenapa tsunami itu penting.Kemusnahan bukan untuk selamanya dan ia akan bangkit menjadi lebih baik.Begitu juga di Jepun ,Aceh ,Thailad yang mengalami tsunami,lihat bagaimana mereka bangkit dari kemusnahan..
Tahun 2008 aku sempat pergi menjengok satu ceramah politk yang penceramah utamanya Dato Sri Anwar Ibrahim bertempat di Seri Gombak,dan ketika itu aku tengok suasana di pandang rumput ceramah di dipenuhi oleh pelbagai kaum yang aku tak pernah tengok ketika tahun 1998 dulu.Setelah hujan renyai aku pulang dan yang lain tidak bergerak mengikuti ceramah dato Sri Anwar Ibrahim.
Kini aku dah tak pernah pegi ceramah dan aku hanya mendengar di youtube,blog-blog dan juga ketika melayari internet.Aku lihat tanpa aku di padang-padang ceramah tetap ramai dan telah menjadi sebegitu ramai sehingga sukar untuk dibilang berapa ratus ribu orang yang menghadirinya.Kini pelbagai kaum menunjukkan sokongan tanpa rasa takut untuk kebaikan bersama,berlainan sungguh dari PRU tahun 1998 dan 2008.Tahun 1998 hanya kaum melayu bangkit menentang kemungkaran dan tahun 2008 seblingan kaum lain yang masih takut-takut bersama-sama mengharungi tsunami politik.Tahun ini aku lihat semua kaum ingin bersama-sama mengharungi tsunami politik dan akan bangkit membentuk satu bangsa Malaysia yang bersih,cemerlang dan terbilang untuk negara ini.
Aku tidak lagi sekuat dulu untuk hadir di ceramah-ceramah politik ,Namun aku bangga generasi akulah yang menghidupkan dan merancakkan gelombang rakyat supaya hadir mendapat maklumat bukan hanya di media-media utama kerajaan sahaja.Kini kuasa internet telah menjadi sumber rujukan rakyat yang tidak dapat dibendong lagi.Aku tak perlu lagi menerangkan apa itu liwat,tsunami dan sebagainya kerana anak aku lebih tahu apa yang dia orang ingin tahu dan mahu.Ia menjadi lebih mudah dan mereka tahu yang mana itu intan dan kaca.Biarlah anak-anak ku dan rakan sebayanya merasai gelombang tsunami politik pada pilihan PRU 13 nanti, Agar mereka akan bangkit membersihkan kesan-kesan kemusnahan yang sedia ada dan membina satu wawasan baru buat rakyat Malaysia.Kini aku tidak lagi takut denga tsunami sebab setiap kemusnahan itu pasti ada rahmat disebaliknya.
Dari jauh aku melihat,sudah cukup lama (15 tahun ),aku mengenal erti rasuh dalam negara kita dan ia tetap menjadi isu utama negara kita sehingga kini.Aku sanggup berhadapan dengan Tsunami Politik jika itu dapat menyembuhkan luka 15 tahun yang aku rasa dan dengar pasal rasuh dan perasuah dalam negara ini.Tsunami politik pasti akan memberi harapan yang lebih segar dan jitu buat anak-anak ku membina negara maju dan aman.Maafkan kami generasi ayah mu yang meninggalkan kamu dengan semua permasalahan ini.Apakah Tsunami Politik akan tiba ? Jika YA, Selamat datang tsunami politik aku rela untuk mu demi kebaikan semua.
Monday, April 08, 2013
Al KISAH POSMEN
Alkisah posmen…
Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.
Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.
“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.
“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.
“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.
Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.
Satu hari, di bulan Ramadhan…
Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.
Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.
Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.
“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.
“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.
“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.
“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.
“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.
Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.
Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”
“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.
Posmen tidak berkata apa-apa.
Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.
“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.
Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…
Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.
Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadang kala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.
Dapat cerita ini?.
Senyum.
Sumber harakahonline
Tuan Ibrahim Tuan Man, 08 Apr 2013
