Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, May 07, 2013

Transformasi dan 1Malaysia yang gagal?

Semua rakyat malaysia telah mengetahui keputusan pilihanraya yang ke 13 (PRU13) dimana keputusan yang begitu ketara merosot buat kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Rajak dengan slogan perubahannya Transformasi dan 1Malaysianya. Dari keputusan PRU13,Barisan Nasional(BN) Merosot kerusi Parlimen dari 140 kepada 133 dan jumlah undi keseluruhan diperolehi juga ketinggalan dimana Pakatan Rakyat(PR) memperolehi undi sekitar 5.6 juta undi keseluruhan dan BN pula memperolehi sekitar 5.3 juta undi keseluruhan. Kekurangan kerusi Parlimen dan kurangnya undi keseluruhan yang diperoleh dengan jelas betapa gagalnya slogan 1Malaysia dan juga Transformasi yang telah Datuk Seri Najib Tun Rajak dalam segenap bidang dalam negara kita.Transformasi politik yang gagal tidak mendapat sokongan kaum cina malah MCA sendiri menghindari dari BN ,dengan jelas Presiden MCA menyatakan bahawa pemimpin MCA yang terlibat tidak akan menerima jawatan penting dalam kabinet.Datuk Seri Najib gagal menyatukan kelpelbagaian kaum dalam BN,Nampak cantik sebagai satu Barisan namun Baris Lurus didepan tetapi bengkok dan berkait di belakang.Laungan beliau 1Malaysia tiada beza perkauman antara kaum dimusnahkan oleh ahli-ahli umno yang berkepentingan dan juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir yang mengapi-apikan perkauman melayu dan cina di ceramah-ceramah beliau yang tidak selari dengan selogan 1Malaysia.Ini seolah-olah kepala kata lain ,ekor pula kata lain,Sokongan BN Kepada Pekasa secara terang-terangan telah menyebabkan kaum cina dalam BN itu sendiri memprotes dari dalam dengan memberi undi pada PR.Meletakkan Timbalan Presiden Perkasa sebagai calon BN dalam PRU13 dengan jelas membuktikan sokongan terhadap perkasa dengan idelogi kemelayuannya jadi di mana 1Malaysia yang ingin dibawa. Jelas 1Malaysia yamg ingin dibawa begitu tersasar dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM gagal mebawa konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang ingin dilakukan.Haruskah beliau diberi peluang oleh UMNO meneruskan agenda 1Malaysia dan Transformasi politik yang gagal untuk 5 tahun lagi.Adakah beliau harus diberi peluang merubah slogan-slogan yang indah didengar untuk kali kedua.Rasanya peluang cerah bagi Pemimpin-pemimpin berwibawa dalam UMNO untuk menyingkirkan beliau seperti mana beliau mengenepikan Tun Abdullah ( Bekas PM ) dahulu. Gagalnya ahli BN khasnya UMNO itu sendiri menmahaminya menyebabkan kegagalan 1Malaysia dan transformasi politik yang ingin dibawa oleh BN. Sebaliknya ahli-ahli parti dalam PR lebih memahaminya bersatu demi kekuatan politik.Transformasi Politik dan agenda 1Malaysia telah menyerap dalam ahli-ahli PR dan ini membuat parti-parti seperti DAP,PAS dan PKR menggunakan atau menyerap konsep 1Malaysia dan transformasi politik yang meyebelahi PR itu sendiri,Maka terjadilah PAS adanya calon bukan islam, DAP dan PKR itu sendiri ada pelbagai kaum dan Agama.Kaum Cina mengundi calon PAS dan Bangsa melayu dikawasan bandar seperti di Parlimen Temerloh mengambarkan konsep 1Malaysia itu jelas dalam Pakatan Rakyat dan juga di tempat-tempat lain calon Pas atau calon melayu PKR. Sebenarnya 'Tshunami Cina' yang diperkatakan bukanlah erti perkauman tapi kegagalan konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang dibawa BN telah menyebabkan undi protes sebahagian kaum cina dalam BN akibat gagalnya konsep 1MALAYSIA dan transformasi politik dalam BN.PR pula berjaya menyerap konsep 1Malaysia yang telah dilaungkan oleh BN selama ini dan tambahan undi protes dari dalam BN sendiri menyebabkan BN terus di tolak rakyat pelbagai kaum dalam negara kita. Jika diberi ruang dan masa tidak mustahil berjayanya konsep 1Malaysia dalam PR dan akan menumbangkan BN pada 5 tahun akan datang dengan menggunakan konsep 1Malaysia itu sendiri.Ini bagai sapi dengan lembu.Orang lain punya tapi kita dapat nama dan keuntungannya. Fikir-fikirkanlah,Buat BN jika anda meneruskan kepimpinan Datuk Seri Najib bermakna anda membuat PR Semakin kuat menyerap slogan 1Malaysia kerana PR telah kedepan dalam isu ini.Hanya pertukaran kepimpinan BN boleh mengendurkan keadaan ini dan kita tunggulah apa pula slogan selepas ini dengan kepimpinan baru. "

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home