Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, August 30, 2005

Mykad

Sikap rakyat malaysia yg suka membuat sesuatu pada masa last minutes , dah macam jadi satu budaya rakyat ini.Sehingga hari ini masih ada 2 juta penduduk rakyat malaysia belum menukar ke Mykad.Adalah silap pada pandangan saya ,untuk mengalakan penukaran mykad menyediakan cabutan bertuah..siap dapat kereta MyVI lagi.Galakan yg tak kena pada tempatnyanya....sepatutnya siapa yg awal buat mykad diberi imbuhan seperti cabutan bertuah ini ,tapi terbalik siapa lewat dapat imbuhan.sepatutnya yg lewat di denda..!.Setahu saya semasa belajar disekolah dulu siapa buat awal kerja sekolah diberi imbuhan tertentu seperti dapat markah lebih dari yg lewat,yg lewat pula didenda..tapi kerajaan kita mendidik sebaliknya pula..siapa yg lewat dapat hadiah atau imbuhan..emm pelik semakin pelik dunia hari ni..
Rakyat asing berebut untuk mendapatkan kerayatan negara ini,sebaliknya rakyat negara ini memandang remeh temeh soal kerakyatan.Macam mana nak hilangkan tongkat org melayu kalau sentiasa diberi imbuhan...?
emm inilah minda org melayu yg terhasil selepas 48 tahun merdeka.Sebelum kita mencapai wawasan 2020 satu paradigma perubahan minda melayu diperlukan..jika tidak kemajuan tinggal kemajuan..Kita sebenarnya kekekurangan pemikir melayu dalam setiap bidang dalam negara kita atau pemikir melayu tidak diberi peluang dalam membentuk negara ini,adakah golongan politik menjadi penghalang kepada pemikir2 melayu ini..renungkanlah..?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home