Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, September 22, 2005

Artis pun nak dipolitik?

Kesian Mawi kena buat sidang akhbar,kata tak sokong pas or umno? kenapa semua nak di politikan,jika semua nak di politikan maka susahlah lah kita nak maju.sikit2 politik,sikit2 politik?
nak cari makan pun susah,adoiii?

Friday, September 16, 2005

Bonus 2 Bulan ?Biar betul PAK LAH..

ADOOOIII biar betul Pak Lah,Bonus 2 bulan tak pernah saya terfikir masa nak keje GOMEN or semi gomen,nak kata nak bonus pun jarang saya termimpi2 or bermimpi2..kalau masa keje kilang dulu memang lah setiap hujun tahun dah ada desas desus bonus 3 bulan la,2 bulan la or 4 bulan..Tapi keje dengan gomen ni tak terfikirlah pulak...Kalau betul dapat bonus 2 bulan maka saya undi Pak Lah,2 kali pilihan raya saya undi pak lah hehehe...
Sebenarnya kerajaan terpaksa buat macam ni,akibat kenaikan harga minyak dan kos kehidupan,so kira oklah kerana kerajaan prhatin kat orang macam saya ni...Tapi MUNGKIN JUGA QUALITY KERJA ORANR GOMENT DAH MENINGKAT, AKIBAT PERKEMBANGAN DUNIA IT,kalau tak macam mana orang gomen macam saya ni dah boleh tulis pendapat dalam blog ni..harap2 3 bulan?

akhirnya terjawap hanya sebulan bONUS,Tengah fikir nak undi lagi ke tak? kat P*k l**

Monday, September 12, 2005

air,plesed we need water?

adoiii seksanya tak de air ni,bukan zahir je sakit,batin pun sakit amat sangat...bayangkanlah terpaksa angkatt air dari lori tangki kerumah,kalau satu minggu boleh berketul2 badan..bayangkanlah sampai tangkal baldi saya patah2 sebab baldi pun dah tak larat menanggungnaya.itu zahir...,batinnya faham2 je lah mana leh nak ......,susah nak mandi,
ini akibat tumpahan minyak kelapa sawit,akibat perlanggaran lori pengangkut minyak, lepas tu minyak tu tertumpah ke sungai gombak dan masuk ke dalam loji air sg.gombak.
Tapi berita gembira juga sebab hari ni dan esok dapat cuti ..hehehehe,untung dapat majikan prihatin macam ni..ANYWAY tengah fikir nak melaram kat mana esok..

Friday, September 09, 2005

Terkaya di asia tenggara?

Tokoh korporat terkemuka Malaysia Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (RM19.98 bilion) dan Tan Sri Ananda Krishnan (RM19.23 bilion ) menduduki tempat teratas dalam senarai 10 individu paling kaya dia Asia Tenggara oleh majalah kewangan terkemuka antarabangsa,Fobes dalam edisi terbarunya.
Tahniah kepada mereka,yang pasti mereka bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.Mungkin dengan kekayaan mereka dapat membantu kepada yang memerlukan pekerjaan dan sebagainya.Apa yg dapat dilihat semua 10 individu terkaya itu adalah merupakan business man ( Berniaga),maka seperti kata nabi 9/10 rezeki adalah dari perniagaan maka mereka telah memilih jalan yang betul untuk berjaya,mereka tidak tunggu macam kita makan gaji.Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup menanggung risiko.Selagi kita makan gaji maka kita tetap disini dan selagi kita takut menaggung risiko kita akan berada disini..Mungkin kita boleh mulakan dengan menjual nasi lemak..Why not?.

Thursday, September 08, 2005

Kurangkan Beban..

Kerajaan mengumumkan mengurangkan cukai jalan , mengekalkan tol hingga tahun 2000 dan menegekalkan harga minyak hingga hujung tahun 2005.Kerajaan terpaksa membuat tindakan drastik megurangkan cukai bagi menolong rakyat berpendapatan rendah akibat kenaikan harga minyak.Jika keadaan semakin teruk akibat kenaikan harga minyak dan kos kenaikan barang susah bagi kerajaan untuk menghadapinya.Rakyat akan rasa tertekan dengan perbelanjaan yang semakain meningkat dan kos kehidupan yang semakin tinggi.
Oleh itu kita sebagai pengguna kenalah berjimat cermat dan mengubah gaya hidup kita,.kalau semata2 mengharap tindakan kerajaan adalah sukar,kerana ia bergantung kepada perbelanjaan individu..dan cara kita menghadapi kos hidup seharian..Kurangkan perjalanan kenderaaan,jangan guna 2 kereta,kurangkan melancung,beli makan dikedai2 dll..
kalau kita sedar perbelanjaan semakin meningkat dan kita hadapi secara berfikiran positif,insaallah kita masih boleh menjalani kehiduppan yg normal dan bahagia..

Wednesday, September 07, 2005

Khabar Angin

" Armstrong juga menyatakan bahawa dakwaan beliau memeluk islam yang tersebar sejak 15 tahun lalu cuma rekaan semata-mata. "Ada cerita mengatakan saya mendengar azan semasa berada dibulan,kemudian menyedarinya semasa di mesir dan saya memeluk islam,.Cerita ini rekaan semata-mata ( Kerana ) Saya sendiri tidak pernah ke mesir"katanya ( Neil Armstrong orang pertama mendarat ke bulan ).
Petikan Kosmo 7hb.09.2005.Bayangkanlah setelah beberapa tahun baru cerita yang sebenar saya ketahui.sedari kecil saya mendengar cerita neil amstrong masuk islam kerana mendengar azan di bulan.kadang2 ustaz2 masa mengajar pun cite benda2 macam ni,bila dia datang ke malaysia baru jawapn terjawab...Bayangkanlah jawapan khabar angin setelah 30 tahun lebih baru saya ketahui kebenaranya.? bagaimana khabar angin ditempat kerja,dirumah,ditaman perumahan,dalam persatuan,dalam politik dll..bilakah khabar angin itu akan terjawap..mungkin sampai mati pun kita tak tahu...oleh itu fikirkanlah oleh kita bila nak bercakap,anggap kita akan mati esok hari maka kita kan bercakap perkara2 yang terbaik dan penuhilah dengan zikir kepada allah..moga dengan berzikir dapat kita menghindari dari fitnah dan khabar angin?..

Tuesday, September 06, 2005

buta sejarah.

``Hanya orang yang buta sejarah sahaja akan menafikan kenyataan sejarah itu,'' katanya.
Tee Kiat berkata, DAP tidak boleh samakan perjuangan PKM menentang Jepun dengan perjuangan Tunku dan rakan-rakannya bagi menuntut kemerdekaan.
``Dalam perjuangan menentang Jepun, bukan PKM sahaja terlibat malahan banyak pihak lain termasuk orang Melayu, Cina dan India telah turut sama,'' katanya. Petikan akhbar utusan malaysia.
Sebenarnya sejarah adalah matapelajaran yang sangat penting,dari sejarahlah kita dapat menilai siapa diri kita,negara kita dan bagi saya matapelajaran sejarah seharusnya wajib diambil disekolah.Tetapi lihatkah sekarang matapelajaran sejarah dipandang sepi dan tidak penting.Dari sejarahlah kita tahu wujudnya temadun dan dari sejarahlah kita hendak belajar,agar kesilapan lalu tidak diulang.Adakah kita ingin mengulang sejarah pergaduhan kaum 13 mei? tentu tidak,jadi kalau kita belajar dari sejarah baru kita akan sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.Rakyat Malaysia mesti tahu sejarah Malaysia yang sebenar dan rakyat negara ini patut tahu,agar tiada orang yang berani memperkotak katikan fakta sejarah.Buku2 sejarah negara kita sepatutnya diolah kembali agar kelihatan lebih segar dan membuat para pelajar berminat untuk belajar matapelajaran ini.Jika kita buta sejarah ,kita akan menjadi org yang sombong dan tidak belajar dari kesilapan atau kebenaran sebelumnya.Tidak Kita hidup bertemadun jika tiada temadun sebelum nya.Oleh itu berlajarlah dari sejarah temadun sebelum kita? fikirkanlah.

Monday, September 05, 2005

Mawi.World

Bagi sekian kalinya isu Mawi ini dibicarakan, sesungguhnya Mawi tidak penting, AF tidak penting, yang penting di sini adalah keberanian dan ketekunan gerakan Islam untuk menapak ke ruang yang lebih besar dan mencabar demi mendakap sasaran dakwah yang bertibaran di mayapada Allah swt ini)Sebelum ini Tok Guru MB Kelantan pernah berkata:
"Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya.Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan."
Semalam melalui temuramah eksklusif dalam akhbar NST, secara tersurat dan tersirat Asmawi Ani ataupun Mawi telah menyatakan sikap, kecenderungan dan pendirian beliau secara terbuka. Dalam wawancara itu beliau berkata:
When my fans scream out for me and saya "WORLD WORLD" I reply, "WORLD, WORLD juga tapi akhirat jangan lupa". Hopefully they will find a meaning in this underlying message and do something about it.
(Bila peminat-peminat saya melaungkan "WORLD WORLD" saya jawab, "WORLD,WORLD juga tapi akhirat jangan lupa." Mudah-mudahan mereka akan dapat menangkap maksud yang tersirat dari mesej itu dan melakukan sesuatu.)
Sikap Mawi yang sebeginilah yang barangkali telah memikat dan menambat hati Tok Guru MB Kelantan dan saya yakin juga sebahagian besar pencinta Islam. Dalam temuramah itu Mawi turut ditanya berkenaan undangan kerajaan negeri Kelantan kepada beliau untuk menjayakan sebuah konsert di sana, kata Mawi:
Like I said earlier my sole intention in joining AF was to support the family. Its pretty simple. If PAS invites me to perform then I will oblige. It goes the same for other political parties, PAS, Dap or Umno. Its my job as a singer to entertain. So why not.
(Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, tujuan utama saya menyertai AF adalah untuk membiayai keluarga saya. Ianya mudah. Jika PAS jemput saya untuk beraksi saya akan pergi. Malah sama sahaja untuk lain-lain parti politik samada PAS, Dap atau Umno. Sebagai penyanyi tugas saya adalah untuk menghibur. Mengapa tidak.)
NST dalam temuramah itu telah cuba mencungkil kecenderungan politik Mawi, dan Mawi secara pintar menjawab:
That's a tough one. Lets put it this way. Ive been exposed to politics back home in Kulai. I was a regular at ceramah. I made it appoint to attend them merely to keep up with the latest news, thats all. For now, I don't think I am in the right position to comment on where my political beliefs and convictions stand.
(Ini satu soalan yang sukar. Macam nilah, saya telah terdedah kepada politik sejak di kampong di Kulai. Saya salah seorang yang tetap ke majlis-majlis ceramah. Saya hadir semata-mata untuk mengetahui perkembangan semasa, itu sahaja. Buat masa ini saya rasa tidak sesuai untuk saya memaklumkan tentang pendirian dan kecenderungan politik saya.)
Bila ditanya lagi parti manakah yang diundinya (dalam pilihanraya umum lalu), jawapan yang diberi Mawi hampir serupa dengan jawapan mereka yang cenderung kepada gerakan Islam tetapi tertekan kerana situasi sekeliling seumpama Mawi, kata beliau:
Hey isn't that supposed to be confidential. (Hey tidakkah itu sepatutnya satu rahsia).
Bagi saya respon yang diberikan Mawi kepada NST ini adalah respon seorang anak muda yang berhasrat mahu membawa perubahan dalam bidang yang dia memiliki keupayaan. Keberanian beliau untuk menerima undangan kerajaan PAS Kelantan adalah satu langkah yang positif dan bermakna.
Sebagaimana disebut oleh seorang sasterwan yang terkenal iaitu Puan Zurniah Hassan dalam suratnya kepada Astora Jabat di MINGGUAN MALAYSIA semalam yang bertajuk BERILAH PELUANG KEPADA FENOMENA MAWI, Zurinah menulis:
Program macam Akademi Fantasia bersemarak dalam negara. Kalau boleh dihapuskan memang bagus. Tapi kalau tak boleh kita cuba kawal dan bawa ke arah kebaikan.
Astora! Marilah kita beri peluang pada Mawi untuk bawa kebaikan. Kita bimbang kalau boleh. Jangan hentam, kerana itu boleh membunuhnya dan kita kehilangan satu peluang yang baik untuk kebaikan generasi muda dan masyarakat seluruhnya.
Terpulanglah kepada penerimaan kita masing-masing. Bagi saya dalam hal ini saya selesa dan akur dengan bacaan dan firasat Tok Guru serta langkah-langkah yang sedang beliau ambil, dan insyallah saya tidak akan sekali-kali berkongsi pandangan apa lagi bersetuju pula dengan Astora. Wallahualam.
Petikan berita dari harakahdaily untuk dibaca oleh peminat2 mawi...

Thursday, September 01, 2005

ISLAM bukan PENGGANAS

"PASIR MAS 31 Ogos - Sebanyak 131 penduduk selatan Thailand bertindak menyelamatkan diri daripada keganasan pihak tentera dengan menyeberangi sempadan memasuki Kelantan semalam - perkembangan yang dikhuatiri akan membawa masalah keselamatan lebih besar.
Jumlah itu dijangka meningkat berdasarkan maklumat terdapat lebih 1,000 lagi penduduk Islam menunggu masa untuk melarikan diri ke negara ini pada bila-bila masa jika operasi ketenteraan yang didakwa menggunakan kekerasan itu, berterusan."
Petikan akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini,nampaknya penduduk islam selatan Thailand tiada pilihan lain untuk hidup,tiada pembelaan dari masyarakat antarabangsa dan masyarakat islam.Kemasukan mereka kenegara ini tidak boleh dihalang akibat mereka sebenarnya ada pertalian saudara dengan rakyat negeri kelantan,mungkin mereka adalah bapa saudara,emak saudara,anak saudara rakyat kita..maka pertalian saudara dan pertalian emosi sangat kuat antara rakyat kita dengan selatan Thailand,yang dipisahkan hanya sebuah sungai golok yang kecil..Adalah sangat membimbangkan jika semua rakyat selatan thailand ingin berhijrah ke negara ini..bukan takut akan masalah sosial yg akan kita hadapai dan sebagai nya..tapi masalah politik..ini mungkin menyebabkan negara kita akan dituduh sebagai melindungi terrorist walaupun mereka tidak sedemikian tapi kerana mereka islam,mereka terpaksa hadapi ini semua..Apa yg ditakuti campur kuasa asing seperti negara Amerika untuk memerangi terrorist dirantau ini...Oleh itu fikirkanlah ...?? kemana kita selepas ini jika masaalh selatan thailand tak di selesaikan ...Knp masyarakat antarabangsa tidak menghiraukan situasi ini?