Tak nak rokok
Kempen tak nak rokok telah dijalankan oleh kementerian kesihatan,bermacam-macam poster yang besar-besar di letakkan di tepi-tepi jalan bagi menyedarkan bahayanya merokok.Berjuta-juta ringgit habis bergitu sahaja ,sedangkan kesan kesedaran yang dituntut adalah sangat minimum kepada masyarakat.Kebanyakan kita tahu keburukan merokok ,tapi untuk mengelak dari berhenti merokok amatlah sukar.Ini adalah kerana perokok tegar ini tidak boleh di sedarkan dengan hanya menceritakan bahaya merokok sebab pekara itu sememangnya telah di ketahui mereka.Adalah penting kita mendidik bahayanya akibat merokok sedari kecil ataupun dari peringkat persekolahan .Pendidikan di rumah juga amat penting,selalunya ayah dan ibu adalah sumber inspirasi kanak-kanak.Ayah menjadi tauladan dan contoh yang baik bagi mereka.Tapi agak malang jika si ayah merokok didepan mereka sedari kecil,ini menjadikan contoh bagi mereka bahawa merokok adalah biasa atau mungkin tidak merbahaya,kalau tidak kenapa siayah sihat walafiat.Ini mendorong mereka mencontohi ayah mereka.Agak malang jika siayah boleh berkongsi sekotak rokok dengan si anak.Maka untuk menghindar dari tabiat merokok di dalam keluarga itu adalah amat sukar sekali.Mungkin memakan beberapa jenerasi barulah kita dapat menghapuskan rokok pada sesebuah keluarga.Jika kita mulakan dari peringkat keluarga saya rasa masalah rokok ini dapat di hentikan,mungkin generasi selepas kita akan berjaya.Bayangkan sebuah keluarga dapat menghapuskan tabiat merokok atau tidak merokok dalam keluarga mereka atau pun generasi mereka maka tak perlulah kita berkempen berjuta-juta untuk itu semua.Tapi ada juga dalam kalangan keluarga tidak merokok tapi akhirnya si anak merokok.Di mana dari generasi kelurga tidak merokok telah menjadi generasi perokok,ini juga perlu di lihat ,bagaimana semua ini terjadi.Mungkin keinginan remeja ingin mencuba dan mudah pula memperolehi maka ia terjadi,Atau dorongan kawan2 di asrama,ingin mencari ilham ketika belajar di universiti2,mungkin ingin menunjuk status dan juga bermacam-macam alasan lagi.Kadang-kadang merokok tu menjadi sumber pihak luar untuk menghapuskan umat islam,ada yang berpendapat penjual-penjual rokok antarabangsa adalah penyumbang besar kepada pihak yahudi untuk menyerang palastine,namun kesahihannya sukar kita perolehi.Bagi kita sebagai ketua keluarga,eloklah kita menghapuskan budaya merokok dalam keluarga kita,Agar sekurang-kurangnya generasi keluarga kita tiada yang merokok ..Mungkin tak nak rokok akan menjadi releven bila ada kesedaran dalam sesebuah keluarga.Fikir3kan lah

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home