Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, December 29, 2006

Mati Kutu !! Internet tak de!


Mati kutu!! itulah nasib rakyat Malaysia yang ketagihkan internet kerana tidak dapat melayari website kegemaran atau pun tidak dapat membuat searching bagi melakukan kerja atau menambahkan ilmu pengetahuan.Ia juga menjejaskan perniagaan dan pendapatan bagi golongan yang menggunakan internet untuk perniagaan ( cyber cafe ) dan sebagainya. Mati kutu bermaksud tak tahu nak buat apa2 dan ia mengambarkan betapa boring untuk menghabiskan masa terluang serta mengambarkan rakyat malaysia tak tahu nak buat apa2 apabila network tiba2 tiada.Semua adalah akibat gempa bumi di Taiwan ketika semua orang beragama kristian sedang menyambut perayaan krismas.Begitulah hebatnya pengaruh internet atau network masa kini, dengan adanya internet sumber ilmu dan berita diluar negara dapat di ketahui dengan sekelip mata sepantas kilat.Bayangkanlah ketika dulu datuk nenek kita mendapat berita di corong-corong radio/tv atau pun dengan secawan kopi di kedai kopi yang sering terlewat atau di putar belitkan akan beritanya.Kini Maklumat berita terlalu pantas di perolehi dengan internet,tapi awas anda akan mati kutu kalau network selalu down? hehe

Thursday, December 21, 2006

Banjir oh banjir!!

Banjir oh banjir!! di mana-mana pun kau berada , tak kira di kota metropolitan kuala lumpur, atau di Pantai timur malah merebak ke selatan tanah air.
“Kita menjangka Pantai Timur yang banjir tetapi Johor pula dilanda banjir teruk,” katanya ( datuk sri najib ). Banjir di Johor akibat fenomena hujan lebat luar biasa sejak tiga hari lalu, menyebabkan 22,751 penduduk daripada 4,925 keluarga dipindahkan ke 165 pusat pemindahan di semua lapan daerah di negeri itu. Segamat paling teruk dengan semua jalan ke daerah berkenaan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan. Lebih 200,000 penduduk di daerah itu kini terputus bekalan elektrik, telefon dan air bersih.
Apa yang kita boleh ambil pengajaran ialah tak kira di mana Allah maha berkuasa, walaupun kita rasa mustahil Johor untuk mengalami banjir yang teruk, tapi kuasa Allah yang menentukan. Persediaan banjir di pantai timur tapi banjir pula berlaku dia selatan, itulah kehendak Allah , hari ini kita senang, esok lusa belum tahu , bersyukurlah atas nikmat Allah di muka bumi ini ?.

Friday, December 15, 2006

Malaysia boleh - Michael Backman tidak memahami budaya kami?

Malaysia Boleh !!! . Walaupun ia begitu popular di kalangan rakyat Malaysia tapi ia masih tidak di fahami maksud di sebalik dengan perkataan itu menyeliputi budaya masyarakat negara ini.Jika rakyat kita masih ada yang tidak memahami nya apatah lagi orang luar seperti Michael Backman yang langsung tidak memahami budaya masyarakat kita. Malaysia Boleh bagai satu perkataan keramat bagi mendidik pemikiran rakyat malaysia supaya terus berfikir, berwawasan, terus menuntut ilmu dan terus meningkatkan kecemerlangan berdasarkan sifat budaya rakyat ini. Rakyat Malaysia terutama orang Melayu adalah golongan jarang ingin berfikir ,Dengan memberi idea atau sokongan untuk maju, rakyat malaysia boleh melebihi daya fikir dan daya intelektual dari orang luar.Walaupun pergi angkasa dianggap bagai menumpang taxi milik orang lain tetapi disebalik itulah cetusan Malaysia boleh.Rakyat kita telah di dedahkan dengan dunia angkasa , di situlah pengalaman yang di ambil,Bagaimana menjaga tahap kesihatan,pendedahan kepada equipment angkasa, pendedahan persediaan ke angkasa, menghadapi tekanan mental dan bermacam-macam lagi pangalaman di perolehi untuk dididik kepada Generasi muda agar terus dapat menguasai angkasa suatu masa nanti, Dari pengalaman itu segala ilmu akan di curahkan dengan si guru merasi segala pengalaman di angkasa,Tidaklah nanti menjadi sepeti pepatah "Seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus". Jika si guru dah merasai pekara sebenar tak timbul ungkapan tersebut?.

Tuesday, December 12, 2006

Maruah Negara Islam terbela?


Bertudung bukan halangan untuk mencatatkan kejayaan dalam acara sukan.Ini terbukti dengan kemenanagan pelari pecut wanita Baharin yang meraih emas dalam acara 200 meter wanita dengan catatan 23.19s manakala dalam acara 100m beliau meraih gangsa.Beliau membuktikan bahawa bertudung bukan alasan lagi untuk menang.Beliau telah menaikan Maruah diri umat islam dan negara islam itu adalah lebih penting daripada segalanya.Tahniah buat beliau semoga kerjaya beliau akan terus meningkat di arena antarabangsa. Pada saya bukan kemenangan emas itu yang di banggakan tapi mengekalkan maruah diri umat islam itu adalah keutamaan.Semoga selepas ini pelari pecut berugama islam tidak lagi menunjukan posat untuk menang.Buat apa kalau nampak pusat pun kalah?

Tuesday, December 05, 2006

Jangan Gadai Maruh Islam.

Mengejar kilauan emas dan ganjaran adalah matlamat untuk menaikan maruah negara, tetapi jangan sampai maruah diri tergadai. Dalam hidup ini kita mesti ada prinsip , Sebagai umat islam kita mestilah berperinsip yang berlandaskan agama islam itu sendiri, barulah kita akan di hormati. Tidak kira apa pekerjaan atau perbuatan biarlah ia menjadi ibadah kepada kita dalam setiap apa yang kita lakukan .S ama ada bekerja, bersukan , berceramah, mengajar dan lain-lain biarlah ia menjadi suatu ibadah yang mendatangkan pahala. Pakaian athlet sukan wanita islam masih tiada identiti sendiri, terikut-ikut pakaian sukan yang bukan beragama islam sedangkan dalam islam sudah ada garis panduan berpakaian untuk kaum wanita, tapi kenapa maruah islam mesti di gadai.Apa yang menduka citakan amalan berpakaian athlet wanita islam di Doha terus mengadaikan maruah agama islam. Sudah sampai masanya UMAT ISLAM DAN NEGARA-NEGARA ISLAM memutuskan satu suara untuk pakaian sukan bagi wanita-wanita islam atau pun untuk umat islam, agar umat islam di hormati dan agama islam di sanjungi. Jangan ikut ular menyusur alur sudah pasti tidak lurus,Ikutlah agama islam , tidak di larang umat islam bersukan atau berraidah tapi pakaian yang sesuai tetap di tuntut oleh agama islam. Adalah amat di harapkan Pihak penganjur sukan dan peserta di peringkat antarabangsa dan dalam negara untuk mengenalkan serta meletakkan syarat pakaian sukan yang menutup aurat khususnya bagi wanita Islam. ." emm Teringin tengok pakaian wanita islam Iran ketika bersukan?.".