Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, January 29, 2007

Pilihan raya Batu Talam..Terimakasih Ng Chee Pang.

"Seperti katanya ayah kepada Ng Chee Pang sekurang-kurangnya pilihanraya kecil ini ada bawa bisnes kepada Batu Talam dan Raub umumnya. " Saya setuju sangat kata-kata beliau!
Batu Talam bukanlah asing bagi saya kerana ia bersebelahan dengan daerah Dong yang merupakan kampung saya, Setiap kali saya balik kampung terutama ke kampung isteri ( Sg,Koyan 1 ) saya pasti saya menempuh kawasan Batu Talam ini.Tidak apa yang dapat di banggakan kawasan Batu Talam ini sama seperti Pekan Dong yang sederhana kemajuaaannya dan merupakan kubu kuat BN semenjak dulu.Kalau di suruh Tim.Pm,Para Menteri,juragan-juragan Umno,pasti tak nak pegi ke Bandar Raub yang berhampiran kerana tiada Hotel-Hotel 3,4 ATAU 5 BINTANG,seingat saya mungkin hotel 1 atau 1 1/2 bintang adalah.Ucapan Terimakasih pada Calon Bebas yang berani bertanding walaupun tahu akan hilang duit Deposit demi memberi business kepada daerah raub dengan datangnya gerombolan-gerombolan ahli Umno yang tak tahu dari mana datangnya termasuk lah jurugan-jurugan yang besar besar belaka.Dalam ertikata lain wang deposit RM5,000 yang dilaburkannya berbaloi demi memberi pulangan 90% kepada rakyat Batu Talam dan daerah Raub Khasnya.
Hotel sekitar Raub semuanya penuh,banyak rumah orang kampong yang disewa oleh petugas kempen BN,gerai makan tak menang tangan melayan pelanggan,projek dan bantuan diumumkan di sana sini.
Ng Kwi Ling yang menurunkan anaknya atas apa sebab sekalipun tentunya sedar mereka boleh goyang kaki saja sehingga membuang undi ketika ‘bala tentera’ BN terus menerus kena berkerja keras. Bagai bala tentera bergajah menyerang Batu Talam, Tak de menteri tak masuk sawah bendang,hutang belantara untuk mengajak mengundi.Pelikkan sampai mcm tu sekali tengok rakyat maka terjumpalah yang merangkak,yang kudong,yang terbaring,yang sakit semoga mereka insaf melihat rakyat sedemikian rupa , itulah rahmat pilihanraya Batu Talam.
Fikir-fikirkan lah.

Thursday, January 11, 2007

pehh!!! bangga ,uiam juara debat lagi!

Pehhh !!! bangga juga jadi warga ahli UIAM bila tengok nama di julang di luar negara, Berbangga kerana UIAM boleh bersaing dengan Universiti antarabangsa yang lain, tanpa ilmu dan penguasaan bahasa inggeris yang mendalam mustahil UIAM boleh bersaing dengan 344 buah universiti di dunia ini.Bukan umpama masuk bakul angkat sendiri tapi perasaan bangga itu harus ada setelah kali kedua membuktikan kejayaan seumpama ini. Bermakna Sekali lagi UIAM mengharumkan nama negara apabila menjuarai Kejohanan Debat Universiti Dunia bagi kategori Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) di Vancouver, Kanada.
Dalam kejohanan disertai 344 pasukan universiti dari seluruh dunia minggu lalu itu, pasukan A UIAM yang diwakili pelajar kejuruteraan, Syed Suhaib Hassan dan Tasneem Ahmad Elias dari pengajian Kesusasteraan Inggeris, menewaskan National Law School of India, Hebrew University dan Stockholm School of Economics pada pertandingan akhir.Lebih membanggakan, Syed Suhaib dipilih sebagai pendebat terbaik keseluruhan, mengetepikan peserta dari beberapa universiti terkemuka termasuk Universiti Cambridge, United Kingdom dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat.Tasneem pula disenaraikan seorang daripada empat pendebat terbaik kategori ESL pada kejohanan bermula 27 Disember hingga 4 Januari lalu itu.Kejayaan antarabangsa itu adalah yang kedua dicapai UIAM selepas menjuarai kejohanan Debat Antara Universiti Australasia 2005 di Universiti Queensland, Brisbane, Australia. Selain UIAM yang menghantar tiga pasukan ke Vancouver, Malaysia turut diwakili Universiti Teknologi Mara yang juga menghantar tiga pasukan serta Universiti Multimedia (dua) dan masing-masing satu pasukan dari Universiti Sains Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. .Moga UIAM terus maju di arean antarabangsa.amin!

Monday, January 08, 2007

Sunni atau Syiah ?

SEMUA tahu Saddam Husein adalah diktator dan ada ciri dan simbol Firaun padanya sepanjang pentadbirannya. Mungkin tragedi yang dihadapinya dalam menjalani hukum bunuhnya, adalah balasan kepada tindakan dan mangsanya sepanjang kekuasaannya. Tetapi dunia seluruhnya mengecam tindakan yang terjadi pada Saddam. Saddam telah tidak diadili tetapi telah dibunuh atau dikorban di hari Iraq dan umat Islam menyambut hari raya korban. Saddam adalah diktator dan pentadbirannya adalah lembah kezaliman. Dia wajar diadili dan bukan dibunuh oleh orang-orang yang amat marah kepadanya. Selepas Saddam dijatuhkan tiada lagi kesatuan nasional. Rakyat berpecah, perang puak antara Sunni dan Syiah berterusan. Ratusan terbunuh setiap hari, curi, rompak, culik dan meletupkan diri berleluasa. Setiap kerajaan boneka berkubur beberapa bulan saja. Begitulah rentetan perang saudara yang kemungkinan berlaku di Iraq, angkara fahamaan berlainan ia itu sunni dan syiah tetapi mempunyai tuhan yang satu iaitu ALLAH yang maha berkuasa. Wujudnya sunni dan syiah adalah apabila nabi muhamamad meninggal dunia dan umat islam mula berpecah kepada beberapa golongan termasuklah sunni dan syiah. Kematian saddam dengan sorakkan al muktadar bagai menunjukkan kebencian mendalam golongan syiah terhadap saddam,Sedangkan saddam dengan tenang mengucapkan syahadah menentukan ia masih islam walaupun mati di tali gantung.Bagaimana dengan kita yang sentiasa membenci antara satu sama lain ,belum tentu sempat mengucap syahadah seperti saddam. Ingatlah sekejam mana manusia tidak sejahat jin dan sekejam manusia hanya allah menentukan di mana syurga dan di mana neraka buatnya. Untuk kita yang tinggal ini apakah sunni atau syiah menentukan syurga atau neraka.Sedangkan antara dua golongan itu tiada titik noktahnya?.Mungkinkah turunnya imam al-mahdi dan nabi isa saje dapat menyatukan kembali dua fahaman ini.emm fikirkanlah demi penyatuan dan kebaikan islam itu sendiri?