Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, February 23, 2007

kahwin lelaki lebih tua,apa pandangan anda?

Alasan responden yang memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup (65 peratus memilih lelaki pada peringkat usia 40-50 tahun, manakala 12 peratus memilih lelaki peringkat usia 51-60 tahun) , kenapa mereka memeilih lelaki tua adalah kerana seperti berikut :
? Masa depan dan kerjaya wanita tidak dapat dijangkakan.
? Perlukan keselamatan dan jaminan masa depan.
? Tidak perlu bekerja keras.
? Hidup tidak pernah susah.
? Hidup susah dan ingin merasa kesenangan hidup.
? Tidak yakin diri dan perlukan sokongan lelaki berusia dan berharta.
? Cara hidup zaman moden yang tidak kisah mengenai pemilihan lelaki berusia asalkan
berharta.
? Tidak salah dalam pilihan itu asalkan bahagia.
? Tekanan hidup dan desakan kewangan.
? Membantu keluarga.
? Dapat hidup mewah dan impian menjadi kenyataan.
? Mencari kasih sayang sejati.
? Sudah jodoh apa hendak dikata.
? Cinta lelaki berusia meyakinkan, cinta lelaki muda menyakitkan.
? Lelaki berusia matang dalam pemikiran dan komunikasi.
? Bijak berkata-kata dan boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik.
? Romantik dan sensitif dengan perasaan wanita.
? Sabar melayan kerenah wanita.
? Tidak lokek berbelanja.
? Suka berjenaka dan banyak cerita yang melucukan.
? Komited terhadap pekerjaan dan masa depan.
? Bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
? Wanita tidak perlu kerja keras mencari duit.
? Hendak menunjuk bahawa mereka mampu menarik golongan kaya menjadi pasangan hidup.
? Dapat menyertai golongan elit dan ada kelas tersendiri.
? Hidup masa kini berfokuskan duit dan bukan semata-mata kasih sayang.
?Cinta boleh dipupuk dalam perkahwinan.
Memang ada positif dan negatifnya perkahwinan abnormal seperti ini, hanya yang mengalaminya dapat menjawap persoalan ini?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home