Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, January 11, 2008

Tokoh MAAL HIJARAH 1429


Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.
Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.
Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.
Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.Semoga allah memberkati usaha beliau dan moga syurga adalah balasan untuk nya..AMin

Wednesday, January 09, 2008

Pilihanraya Bulan 3 ( Mac ) ,Boleh ke?

Masalah yuran sekolah yang dipaksa ke atas ibu bapa, bencana banjir, skandal seks Menteri Kesihatan, kenaikan harga minyak masak, tepung, tambang bas sekolah dan tol serta kemungkinan kenaikan harga petrol dalam masa terdekat ini membuatkan pemimpin BN panas punggung.
Apatah lagi apabila berlaku pergolakan politik Umno secara terbuka di Perlis dan Terengganu, selain perbalahan antara parti komponen BN, menambah lagi pening kepala parti memerintah BN. Semua isu ini diambil kesempatan oleh pembangkang kerana 'tarikh pilihan raya' yang diunjurkan oleh Abdul Rashid, Pengerusi SPR. Justeru, tindakan Abdul Rashid baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulasi mendakwa sudah mengetahui tarikh sebenar pilihan raya adalah tidak wajar.
"Soalan (bila tarikh pilihan raya) tiada siapa yang boleh keluarkan kenyataan termasuk pemimpin-pemimpin politik kerana itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.Yang pasti pilihanraya diadakan sebelum Mantan TPM (Anuar Ibrahim ) DI BOLEHKAN BERTANDING.Jika tidak.................................?

Tuesday, January 08, 2008

Catuan Minyak Masak-di Salah sebuah Negara Pengeluar Utama

Mendera rakyat sempena sambutan tahun baru 2008 dengan berbaris panjang bagi mendapat bekalan makanan untuk hidup (minyak masak). Sebagaimana pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Mohd Shafie Apdal di pejabatnya di Putrajaya; yang berkata "pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu.
Daripada kenyataan ini, rakyat telah dihadapkan dengan suasana yang 'susah' untuk makan minum di bumi sendiri.
Pertama, catuan minyak seumpama gula yang menggambarkan bahan gula dan minyak masak adalah tarafnya sama, dan kedua suasana kehidupan rakyat Melaysia sekarang sedang berada di dalam 'krisis' yang bermaksud keadaan getir yang rakyat perlu mengunci selera dan perut kerana catuan sumber. Adalah sangat menghairankan bagaimana Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit tetapi bekalannya di catu. Apakah ada unsur tidak sihat di dalam negara kita, mungkinkah pihak pengeluar menyorok bekalan menjelang tahun baru china, kerana mereka adalah pembekal dann pemborong utama. Mungkin kelemahan pemimpinan yang terlibat dalam mengendalikan keperluan makanan rakyat.Rakyat Malaysia kita sering menghadapi catuan makanan seperti gula,minyak, tepung dan entah apa lagi selepas ini yang tidak pernah berlaku ketika dulu. Krisis catuan begini selalunya menyebabkan kenaikan harga barang tersebut..Cara mudah untuk naikan barang ialah dengan menyimpan, meyorok bekalan dan ini menyebabkan kenaikan harga barang tersebut.Teknik yang digunakan untuk menaikan harga barang kawalan di negara kita. Tak Pecaya !! cubalah..

Wednesday, January 02, 2008

SEX scandal-Politik Malaysia

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Inilah Politik di Malaysia ,walaupun mengaku bersalah tetapi tak rasa apa-apa dan pengakuan seolah-olah suatu kejujuran yang patut di beri sokongan. Inilah Umno Labis lakukan memberi sokongan 100% kepada orang yang bersalah tanpa menghukum, sedangkan itulah tabiat di luar budaya masyarakat Malaysia. Secara moralnya demostrasi jalanan adalah lebih bermoral dari melakukan hubungan sex diluar batas perkahwinan yang sah, sedangkan ia adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat Labis. Beliau sepatutnya telah meletak jawatan serta merta jika beliau mempunyai moral yang tinggi, kaum wanita dan rakyat Malaysia tidak menerima penghinaan terhadap wanita seperti ini. Tanpa meletak jawatan sudah pasti parti Barisan Nasional menghadapi waktu yang sukar di Piliharaya yang akan datang..