Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, February 27, 2008

Pilihanraya ke 12,Bagaimana Negeri Kelantan ?

Rakyat Kelantan adalah rakyat yang unit , memahami Demokrasi yang sebenar di dalam negara Kita.Rakyat Kelantan dan Terengganu boleh menukar kerajaan negeri pada bila-bila masa saja pada masa Pilihanraya. Rakyat Kelantan dan Rakyat Terengganu telah membuktikan berkuasa penuh untuk memilih Pemimpin Mereka, Tidak seperti negeri-negeri lain yang tidak berani melakukan perubahan atau menunjukkan kuasa rakyat yang di beri.Memberi undi kepada Pembangkan seolah-olah menderhaka kepada negara tetapi sebenarnya satu undi untuk pembangkang adalah baja kesuburan untuk demokrasi di negara kita.
Pilihanraya kali ini nampak sengit , Adakah peristiwa pilihanraya 1999 akan berulang.Pendapat saya negeri Kelantan kemungkinan Besar sekali lagi di Perintah oleh kerjaan Negeri PAS, ini adalah kerana masyarakat dan suasana Masyarakat di Kelantan adalah berbeza, Mereka memilih berdasarkan nilai-nilai Pemimpin yang bersih, tiada rasuah,berilmu dan beragama. Selagi Pemimpin mereka terdapat ciri-ciri ini maka perubahan pemerintah di negeri adalah sukar.Sebab itu mereka masih mengekalkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar sekali lagi. Masyarakat Kelantan pun begitu unit terdapat suasana ke masyarakan yang utuh kerana terdapat Kuliah-kuliah Agama di masjid atau surau-surau yang sentiasa di penuhi orang tidak seperti di keseluruhan surau di negeri-negeri lain.Terdapat sekolah-sekolah pondok sejak dulu, sekolah tahfiz dll. Ini adalah suasana kemasyarakat berilmu dan beragama yang telah di terapkan sekian lama, Amatlah sukar untuk Pihak lain untuk mempengaruhi pemikiran-pemikiran mereka ini jika tidak menjadi sebahagian dari masyarakat itu.Rakyat Kelantan juga tidak kisah memilih Pemimpin dari negeri lain yang bertanding di negeri mereka selagi pemimpin itu bersih dan mempunyai nilai tanggungjawap ,berilmu dan mempunyai pemimpin bercirikan islam.
Oleh itu amat sukar BN untuk menguasai Kelantan kecuali terbukit pemimpin mereka rasuah, tidak memelihara agama Islam, Perlakuan sosial yang tidak baik dan sebagainya. Pembangunan bukan lah isu utama di Kelantan kerana Jika Pembangunan merupakan isu pertama , sudah lama tampuk Pemerintahan di Kelantan sudah berubah sejak 2 Penggal dulu.Fikirkan dan renungkanlah dan kita tunggu Keputusan Pilihan Raya Ke 12 pada 9 March 2008 nanti.

Thursday, February 14, 2008

Gendang Di Palu ( Pilihanraya ke 12 )

Gendang piliharaya umum ke-12 sudah di palu semalam dengan pembubaran parlimen yang di umumkan oleh PM datuk seri Abdullah Ahmad Bedawi.Adakah BN dapat mengulangi kecemerlangan pilihanraya 2004 dengan mendapat mojoriti 2/3 sekali lagi.Mungkinkah isu-isu seperti Rasuah, Harga Minyak,Harga Barang Naik, Kos Hidup semakin Tinggi, Jenayah Meningkat, Demokrasi terhakis dan khazanah negara dibolot kroni boleh mengugut kecemerlangan BN kali ini.Kita sebagai rakyat merdeka haruslah bertanggung jawap membuang undi memberi mandat kepada yang berhak memerintah negara kita.Kerusi Parlimen pada pilihanraya 2004 , BN= 199, PAS=6,DAP=12,PKR=1,BEBAS=1.Tunggu dan lihat kerusi Parlimen pada piliharaya kali ini.

Wednesday, February 13, 2008

Bentuk peribadi muslim.

Kebejatan sosial yang melanda masyarakat Melayu di negara ini berlaku kerana mereka menggunakan acuan tamadun Barat dan bukan menghayati akar umbi ilmu berasaskan Islam.Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM) Prof Dr Sidek Baba berkata, masyarakat Melayu lebih selesa menjadi pengguna kepada pencapaian tamadun Barat biar pun keruntuhan moralnya begitu menular sekarang.
"Sedangkan sepatutnya kita menggunakan tamadun sendiri yang terkandung dalam agama iaitu jihad ilmu, kekuatan akhlak dan membentuk peribadi muslim.
"Kita sepatutnya tidak bergantung kepada kekuatan orang lain untuk membangun tamadun bangsa sendiri. Tamadun Barat biar pun diagung-agungkan namun krisis moral sedang melanda masyarakat tersebut,"katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Sedangkan kata beliau, Islam mengutamakan pembangunan akal dan hati dengan memiliki kekuatan ilmu sama ada dalam bidang agama, sains dan teknologi.
Menurutnya tanpa pembangunan yang seimbang di antara rohani dan jasmani masyarakat yang maju sekalipun akan pincang kerana krisis moral bakal berlaku.
Dr Sidek juga berkata, usaha untuk melahirkan umat cemerlang sebenarnya bermula dari rumah melalui bidang pendidikan yang berteraskan agama.
"Apabila kekosongan pada jiwa anak-anak tidak diisi dengan agama sejak dari kecil lagi, maka kehancuran bakal berlaku dalam institusi keluarga apabila mereka meningkat dewasa.Persoalannya adakah Islam Hadhari yang di perkenalkan oleh kerajaan menuju ke arah pembentukan peribadi muslim?Adakah setiap majlis mesti di sertai dengan konsert-konsert hiburan/... hanya anda perlu menilainya..Salinan dari www.harakahdaily.net