Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, March 25, 2008

Sultan di sembah bukan di Sanggah


Hang Tuah pernah berkata takkan "Melayu Hilang Di dunia".Kisah Hang Tuah begitu sinonim dengan kesetian orang Melayu TERHADAP RAJA ATAU SULTAN. Orang Melayu akan di hormati dan di sanjung selagi ia menghormati pemerintahan sultan atau raja.Orang yang ingkar akan perintah sultan akan di anggap derhaka walaupun perintah Sultan itu tidak ada benarnya.Namun budaya dan peghormatan orang melayu menghormati raja melebihi segalanya. Persoalannya adakah 23 Adun Trengganu adalah Penderhaka kepada Sultan.Jawapan secara peribadi saya memang jelas dan nyata 23 Adun Terengganu itu adalah Penderhaka kepada sultan Terengganu.Jika kita melihat persepsi ketaatan Melayu terhadap raja/sultan di masa dahulu.Jika kita memperjuangkan ke Melayuan ( UMNO ), mereka pasti tidak lupa keunggulan Melayu itu sendiri terbit dari kepatuhan dengan perintah Sultan atau raja ,lihatlah Hang Tuan mengikut apa saja perintah Sultan bagi keperpaduan Melayu itu sendiri bukan di sanggah seperti Hang Jebat pasti membawa pertumpahan darah dan Huru hara.Lihatlah sejarah jika Sultan di sanggah dunia Melayu pasti membawa pertumpahan darah dan bencana pada melayu itu sendiri.Sultan adalah tonggak kaum Melayu,undang-undang mojoriti demokrasi adalah undang-undang British yang dicipta oleh kaum penjajah dan sultan kita adalah berhak memilih memakai undang-undang ini selagi kita bertuan kan sultan.Kuasa Sultan /Raja mengatasi undang-undang tanpa perkenan baginda adalah amat selari denga Ketuanan Melayu itu sendiri.Maka bila Sultan MENUNJUK KUASA kita sebagai kaum yang perjuangkan melayu islam patut berdiri teguh di belakang baginda.Pecayalah Sultan itu Tonggak orang Melayu.Bagai tiang seri di sebuah rumah tanpa tiang seri rumah rebah menyembah bumi. Ingatlah Kerana Sultan Melayu terdahulu memerintah rakyat memeluk agama islam maka kita yang berugama hindu berduyun-duyun memeluk islam,Ini semua kerana taat dan patuh pada perintah Sultan walaupun masa itu kita tak tahu pun apa itu islam?. jika tidak sudah pasti anda yang membaca artikel ini masih berugama hindu.Itu adalah jasa Sultan kepada orang Melayu yang tak patut di lupakan.
Sepanduk seperti Kami Nak Idris , Natang'. dalam bahasa tempatan , bermakna 'Kami Mahu Idris, binatang.' Sepandung ini di tulis kerana emosi petunjuk perasaan penyokong orang-orang tertentu yang berkepentingan sanggup menentang arahan Sultan.. "Sebagai warganegara Malaysia yang menerima Rukun Negara ,khasnya prinsip "Kesetiaan kepada Raja",tidak sepatutnya kita mengingkari perintah sultan.
Oleh itu jika kita mengaku sebagai orang Melayu masa sudah pasti raja dan sultan itu di sembah bukan di sanggah.Ingatlah Melayu itu akan hilang di dunia jika ia tanpa sultan,Ini kerana hang tuah ketika berkata Melayu tak kan hilang didunia ketika ia mempunyai Sultan,Tanpa Sultan Hang Tuah tidak akan berkata begitu ketika itu.Fikir-fikirkanlah buat renungan bersama.

Monday, March 17, 2008

Segera Merapatkan Barisan

Alhamdulliah Pilihanraya ke 12 telah selesai dengan jayanya dan keputusannya semua telah mengetahuinya.Kehilangan 5 Negeri kepada PKR,DAP dan PAS menyebabkan rumahtanggan BN terutama Umno Porak puranda. Apa yang dapat dilihat PKR,DAP dan PAS agak pantas merapatkan barisan untuk memerintah 5 negeri tersebut walaupun berbeza pendapat dan hala tuju parti tapi merapatkan barisan dengan segera adalah amat penting bagi memberi kepercayaan kepada rakyat di negara kita.Ini dapat dilihat dengan sempurnanya apabila semua Menteri Besar telah di persetujuai oleh Sultan dan telah pun mengangkat sumpah dan terbaru hari ini Menteri besar Perak akan di adakan upucara angkat sumpah sebagai Menteri Besar.Sebaliknya BN agak lambat merapatkan barisan ,ini dapat di lihat Menteri Besar Perlis masih dalam carca merba dan menteri besar Terengganu lambat di lantik walaupun negeri -negeri ini BN menang Bergaya.Begitu juga desakkan perletakan jawatan ke atas Perdana Menteri oleh MUKRIZ MAHATHIR , SURAT KEBIMBANGAN , Tg, Razaligh keatas kelemahan UMNO dan Sepanduk-sepanduk yang menyeru Dato Seri ABDULLAH meletakan Jawatan jelas menunjukan begitu sukar merapatkan barisan dalam UMNO dan BN. Jika ini berterusan dalam masa 3 atau 4 tahun ini tidak mustahil UMNO dan BN akan berkubur akibat sikap ahli-ahli parti dan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri yang tidak sedar kelemahan yang teruk dan tidak pula segera merapatkan barisan.Lambat merapatkan barisan bermakna lambat untuk berkhidmat,bekerja pada masyarakat dan lambatlah mendapat sokongan.Berbanding PKR,DAP, dan PAS telah merapatkan barisan dan telah pun mula bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat.Sokongan pasti bertambah dan kukuh jika menisfesto baru-baru ini berjaya di laksanakan tapi BN masih tercari-cari kelemahan diri dan pelbagai postmotem yang di rancang masih di awang-awangan kerana tidak dapat dilakukan akibat masih ada desakan untuk perletkan jawatan untuk jawatan peringkat tertinggi. Adakah Desakan untuk jawatan tertinggi ini tidak dilayan akan mengakibatakan kelemahan dan kejatuhan BN ,kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam pemilihan pucuk pemimpinan parti Umno September ini.Beranikah Dato Najib mencabar peringakat tertinggi mengikut gelombang desakan dalaman atau terpaksa mengkorbankan cita-cita tertinggi bergitu saja dan selesa hanya setakat no 2. Yang pasti dalam politik tiada cita-cita untuk no 2 melainkan no 1.Jika tiada cita-cita untuk no 1 maka dia bukanlah ahli politik yang sebenar ?.Kita tunggu dan lihat.

Wednesday, March 12, 2008

KEMENANGAN BARISAN RAKYAT ( BR ) KERANA MEDIA ALTERNATIF

Kemenangan Parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP DAN PKR adalah kerana pendokong parti tersebut yang telah menuju minda kelas pertama seawal dari pendokong BN yang masih di takuk lama dengan saluran media TV yang menonjolkan hiburan yang melekakan. Pendokong Parti pembangkan telah menggunakan minda waras mereka untuk menambahkan ilmu dengan membaca,mendengar, dan melihat dari pelbagai sumber tidak sahaja terkongkong dengan media kerjaaan yang banyak berunsurkan hiburan, sehingga rakyat tidak sempat berfikir kearah kebaikan dan leka dengan keseronokan.Sebaliknya media-media alternatif padat dengan ilmu perbahasan yang membuka minda dan ilmu.Perbahasan dan pendepatan dan sokongan dalam blog-blog, internet video dan tv internet banyak membuka minda rakyat dan berfikir dengan matang .
Sogokkan media kerajaan tidak di terima bulat-bulat, sebaliknya media alternatif di cari sebagai check and balance. Keputusan di buat setelah mendengar,melihat dan membaca pelbagai sumber ini yang di katakan pendokong BR kearah minda kelas pertama, tidak seperti sesetengah golongan pemerintah masih bergerak dengan cara lama,gaya lama di tahap lama maka thunami politik tidak dapat di kesan kerana media alternatif bergerak secara senyap dan effektif. Tapi untuk membina media Alternatif yang mantap bukanlah suatu yang senang sehari dua sahaja.Kebanyakan media alternatif dalam negara kita telah bergerak 10 tahun dahulu.Kebangkitan media alternatif bermula pada tahun 1999 tapi ketika itu sebahagian sahaja rakyat mengetahui alamat-alamat laman web akternatif ini, kini telah telah ramai rakyat malaysia mengetahuinya setelah berjuang sekian lama.Banyak juga media dan laman-laman web alternatif yang berkubur dan ada juga yang masih terus bergerak kerana ada sokongan beterusan. Tahniah kepada web-web/media alternatif kerana berjaya sehingga ke hari ini setelah bertahun tahun berjuang, tidak dapat di nafikan kemenangan PARTI -PARTI PEMBANGKANG adalah merupakan sumbangan anda yang tidak dapat di balas budi selama 10 tahun ini. Berjuang dengan ikhlas, jujur dan Amanah telah membuat media Alternatif kini di percayai KETULUSANNYA. Teruskan Perjuangan ANDA.Terima kasih."

Tuesday, March 11, 2008

Politik Perkauman tidak lagi Relevan

Kemenangan Barisan Altenatif ( BA ) telah BERJAYA dengan penuh bergaya pada pelihanraya ke-12 baru-baru ini , sehingga menidakkan Barisan Nasional (BN ) MEMPEROLEHI 2/3 Mojoriti. Mimpi ngeri thunami politik ini menyebabkan para pemimpimpin BN tidak dapat tidur dengan lena dalam masa 2 ke 3 bulan ini, kerana tidak sanggup bertemu masyarakat, wartawan, dll yang ingin perjelasan konkrit dan berfakta bukan kerani ulasan emosi kemarahan.Gelombang isyarat rakyat memang jelas sehingga 5 negeri iaitu Kelantan , Kedah, Perak, Pulai Pinang dan Selangor di kuasai oleh BA. Dapat di lihat dengan jelas kemahuan rakyat kini bahawa isi perkauman tidak lagi relevan.Kini Rakyat Malaysia inginkan BANGSA MALAYSIA yang yang berjuangkan tidak mengira kaum,agama dan Budaya .Rakyat Malaysia kini benci dengan isu-isu perkauman ,bermuka-muka untuk kepentingan Parti Mereka ( MCA,MIC,GERAKAN DAN UMNO ) apabila sesuatu isu perkauman di tonjolkan.Rakyat kini sudah bosan dengan permainan isu perkuman parti-parti Politik ini kerana rakyat malaysia kini telah Memikirkan " BANGSA MALAYSIA " yang mempuyai berlainan Kaum, agama dan budaya tetapi bersama dalam keadaan susah dan senang. Masalah kaum, agama dan budaya hendaklah di hadapi bersama-sama BUKAN BANGSA,AGAMA DAN KAUM tertentu sahaja berjuang dengan masaalah mereka.Ini dapat dilihat masalah kuil Hindu di roboh kini semua rakyat " BANGSA MALAYSIA " bersama-sama berjuang menuntut keadilan dan bukan penindasan sewenang-wenangnya.Masalah ketulusan SPR seluruh kaum,bangsa dan agama keluar kejalanan menuntut hak rakyat BANGSA MALAYSIA . Inilah yang tidak di fahami oleh parti-parti pemerintah dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.Jika BN masih memainkan isu-isu perkauman lagi selepas pilihanraya ini tidak mustahil BN AKAN BERKUBUR TERUS dari arena Politik Malaysia.BN kini kena memikirkan isu-isu kebajikan rakyat bukan lagi menonjolkan isu-isu perkauman untuk menjadi wira kaum tertentu jika ingin terus berjuang dalam arena Politik Malaysia.Fikir-fikirkan lah.

Monday, March 03, 2008

Angin Perubahan Memang Nyata Terserlah

Kawan saya adalah seorang yang bukan fanatik terhadap ceramah-ceramah politik sehingga sanggup berhujan panas menunggu kedatangan penceramah-penceramah POPULAR atau berwibawa.Selalunya dia akan mengikuti politik dari jauh sahaja.Golongan orang macam kawan saya ini lebih menimbang pandangan dua belah pihak tidak fanatik kearah satu pihak atau parti, mungkin juga tergolong dalam orang-orang atas pagar. Tahun 1999 beliau memang memberi sokongan padu terhadap ceramah-ceramah parti pembangkang akibat tindakkan kerajaan yang tidak peri kemanusian ketika itu menyebabkan beliau bersama-sama rakyat turun di jalanan menuntut kebenaran.Tahun 2004 beliau hanya sepi membisu tidak lagi keluar mendengar ceramah atau berdemotrasi di jalanan,mungkin pertimbangan beliau ketika itu tidak apa yang perlu di perjuangkan. Tapi tahun in 2008 saya ternampak kembali kelibat beliau di tengah-tengah orang ramai ketika hujan rintik-rintik mendengar kyusuk penceramah memberi penerangan terhadap isu-isu semasa. Inilah yang ingin saya gambarkan betapa memang ada perubahan yang nyata pada rakyat di negara kita pada pilihanraya kali ini.Paling mengujakan begitu ramai orang cina dan indian yang tidak segan silu mendengar kempen-kempen parti pembangkan seperti Pas dan Keadilan tidak seperti tahun 1999 dahulu hanya kaum melayu bangkit menentang kezaliman kerajaan. Pandangan saya bila melihat perubahan rakyat yang menyeluruh ini memang agak sukar untuk parti memerintah untuk mengulangi kejayaan tahun 2004.Apa yang pasti kerusi Parlimen keadilan akan bertambah begitu juga dengan jumlah kerusi Parlimen bagi Parti PAS.Mungkin boleh menghalang mojoriti 2/3 parti memerintah.Secara jujur untuk memerintah agak sukar bagi parti pembangkang akibat berat sebelah SPR dan persempadanan semula dan lain-lain halangan lagi yang berkaitan , tapi ia adalah permulaan yang baik menidakkan mojoriti 2/3 parti memerintah.Demokrasi pasti bertambah subur jika pihak pembangkang dapat menambahkan kerusi di Parlimen sebanyak mungkin.Hanya doa dan usaha yang bersungguh-sungguh impian pasti menjadi kenyataan untuk menidakkan mojoriti 2/3 di parlimen atau pun bergaya menidakkan parti pemerintah di negara kita.Mari kita tunggu jawapan di 9 mac 2008 nanti!