
Sesuatu yang agak mengejutkan penyokong Reformasi yang bersama-sama berhujan,berpanas , bersama berpedih mata dengan asap /air berwarna kuning FRU,Bersorak gempita dengan laungan reformasi , semua atas sebab memberi sokongan padu pada laungan reformasi yang di gerak oleh salah seorang ialah saudara ezam sendiri. Dalam kesibukan ahli Umno baru kehilangan ahli no. 001 Mantan Perdana Menteri Dr.Mathadir yang tidak mempercayai lagi integriti dan krabeliti Umno tapi sebaliknya saudara Ezam tidak pecaya kepada kata-kata dan saranan ahli no .001. ini.Disini dengan jelas kemasukkan tanpa syarat adalah bayang dan mainan politik syarat Kemasukan beliau ke dalam umno tidak menjadi hairan sangat sebab beliau pun bekas ahli umno dan juga tak hairan jika Mentor beliau saudara Anuar Ibrahim kembali kepada Umno kerana mereka sememangnya ahli Umno.UMNO adalah parti tempat mencari Jawatan, Kedudukan, Kemewahan dan segala-galanya ada di dalam Umno , tanpa syarat Jawatan, Kedudukan dan Kemewahan siapa yang hendak masuk Umno, di mana di dalam keadaan orang-orang berduyun-duyun keluar Umno. Apa yang dapat di lihat dengan kemasukan saudara Ezam ini ialah Pak lah sedang mengatur gerak mengukuhkan kedudukan beliau dalam umno itu sendiri, tidak hairan selepas ini beliau akan bertanding dalam Peringkat Tertinggi Umno , mungkin sebagai Ketua Pemuda Umno di lihat meyebelahi dato Najib, atau beliau sendiri di janji untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden itu sendiri , mana tahu?.Sokongan dari dalam memang ada untuk beliau melakukan sesuatu di luar dugaan.Tetapi apa yang amat di kesali saudara Ezam TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR dari Mentor beliau sebelum ini sebelum berkerat rotan dengan mentor beliau . Tujuan sama ingin membetulkan rasuah, kronisme ,Politik Wang dari dalam Parti tapi akhirnya di hina, di caci, di sepak terajang tanpa marwah sebagi manusia. Jika beliau begitu menonjol di dalam Umno dengaN begitu singkat tidak mustahil beliau akan menjadi seperti saudara Anwar Ibrahim di hina sedemikian rupa.Ketika itu tidak ada Gelombang Reformasi kali kedua dan bayangkanlah penghinaan maruah diri tanpa Sokongan Rakyat? Saudara Anuar Ibrahim bernasib baik maruah di hina tapi di bela rakyat kebanyakan kalau beliau kembali juga kepada Umno seperti Ezam,INGATLAH Tiada Gelombang Reformasi kali kedua untuk Saudara Anwar Ibrahim dan Saudara Ezam .WAllahualam..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home