Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, July 29, 2008

Konspirasi berterusan- Saudara Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.
Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.
Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

Laporan pihak hospital Pusrawi ini sebenarnya sudah cukup menyokong untuk menolak kes Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak mula di laporkan maka isu DNA saudara Anwar sebenarnya tidak menjadi satu isu yang perlu di gembar gemburkan oleh juak-juak Umno.Dari ketua polis negara, Timbalan keselamatan dalam negeri ,ayah saiful sehingga ke orang-orang kebanyakan bercerita pasal DNA yang sepatutnya tidak menjadi isu dalam kes tersebut tapi konspirasi tetap berterusan.Selepas ini mungkin berbagai spekulasi tentang laporan perubatan ini, tidak mustahil ia tidak di terima kerana bukan dari panel yang di kehendaki, atau Doktor tersebut terpaksa menarik balik laporan seperti kes-kes sebelum ini demi keselamatan diri dan keluarga dan berbagai-bagai lagi spekulasi dan tindakakan di luar batas fikiran manusia yang waras.Konspirasi tetap berterusan ia tidak akan berhenti di sini selagi saudara Anwar masih HIDUP kerana Anwar adalah musuh no wahid UMNO.Percayalah...

Tuesday, July 22, 2008

Mercedes E200 VS Perdana

Isu pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar, Exco dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Terengganu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu perlu dibincangkan bagi menentukan sama ada ia melanggar dasar kerajaan mengenai penggunaan kereta nasional oleh kementerian dan kerajaan negeri.Kerajaan Pusat sebelum ini telah memutuskan bahawa semua kementerian dan kerajaan negeri perlu menggunakan kereta nasional.
Dalam inflasi yang tinggi dengan kenaikan harga minyak, rakyat negara ini berfikir 2 kali untuk membeli kereta baru ,malah berfikir mengubah gaya hidup dengan menaiki kenderaan awam seperti saranan kerajaan agar berjimat cermat.Namun kerajaan Terengganu bagai mendengar guruh di langit,air tempayan di curahkan.Bila mendengar duit royality minyak di kembalikan kepada kerajaan Terengganu maka telah terbayang kekayaan akan di perolehi di depan mata.Maka kesenangan yang di perolehi bukan untuk memikirkan memberi kesenangan kepada rakyat Terengganu tapi memikirkan dulu perbelanjaan kemudahan diri pemimpin-pemimpin mereka.Alangkah malang rakyat terengganu mempunyai pemimpin yang tidak berjiwa Petriotik dengan membeli kereta luar negara maka Proton akan terkapai2 mencari pembeli kereta tempatan yang agak sukar masa kini akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan.Bagai perumpamaan Anak orang di susukan ,anak sendiri kelaparan..

Wednesday, July 16, 2008

Debat! Anwar VS Shabery- Anwar tenang dan berketerampilan?

Debat yang disangka bakal menggegarkan berakhir dengan satu debat yang sia-sia di pihak UMNO&BN tetapi memberi kredit yang besar kepada Pakatan Rakyat.Shabery banyak lari dari tajuk dan lebih selesa menyerang peribadi DS Anwar, dan ini dapat dilihat dari hujahnya mengaitkan DS Anwar dengan zaman demonstrasi pelajar dahulu. Hujahnya juga banyak lari dari tajuk perbincangan. Soalan dari saudara Zul, Ketua Pengarang Siasah juga tidak dijawab sebaliknya menyeleweng entah ke mana-mana.
Saudara Nordin Kardi juga jelas bertanya soalan yang menyimpang. Dia secara tidak langsung merendahkan imejnya sebagai seorang intelektual.
Tabik buat DS Anwar, meskipun di dalam suasana tertekan dengan isu liwat dan tindakan pihak Polis, beliau berupaya berhujah dengan penuh kematangan, profesional dan tidak melatah dengan provokasi dari Shabery Cheek berkaitan peribadinya. Bahkan, beliau mencabar jika isu peribadi atau tindakannya yang dikatakan tidak betul sewaktu beliau di dalam kerajaan dahulu, beliau sanggup dipanggil untuk berdebat lagi.
Apa yang dapat di lihat Menteri penerangan Malaysia sepatutnya memberi hujah-hujah yang bernas kerana mempunyai sumber-sumber dan fakta-fakta maklumat terus dari kerajaan sebab menaikan harga minyak yang mendadak sebegitu tinggi, tetapi menteri penerangan menerangkan hujah-hujah keburukan peribadi seseorang yang tidak berkaitan dengan dasar kerajaan. Amat daif dan memalukan hujah-hujah seperti itu tidak langsung menegakkan pendirian kerajaan menaikan harga minyak. Kalau masalah peribadi menjadi masalah kenapa Saudara Anuwar adalah oranag yang di panggil untuk menyampaikan hujah-hujah di majlis itu.Peribadi bukan masaalah dalam perdebatan itu,kalau peribadi menjadi isu tak perlu panggil saudara Anuar kerana sememangnya orang tahu pelbagai tuduhan kes peribadi beliau hadapi, kalau beliau tak layak beliau tak berada di situ mungkin anda yang membaca tulisan ini lebih layak kerana mempunyai keperbadian yang mulia.Kesilapanyang amat nyata memburukkan keperbadian seseorang dan tidak memberi fakta menyokong tindakan kerajaan adalah amat jelas saudara Shabery Cheek gagal dalam memberi peneranagan kepada rakyat Malaysia.Wallahualam.

Tuesday, July 15, 2008

Debat! Anwar VS Shabery- Debat tinggal Debat?

Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur berjalan lancar.Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam ini 15 Julai. Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini.TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian.
Rakyat masih ragu dan tertanya-tanya apakah kepentingan debat ini yang akan di ambil perhatian oleh kerajaan, atau hanya debat tinggal debat seperti banyak perdebatan sebelum ini.
Adakah forum ini adalah untuk menunjukkan keterampilan dan ketokohan individu-individu tertentu bagi mendapat populoriti murahan,atau untuk meningkatkan rangking tv masing-masing dan berlumba-lumba mendapat periklanan dan pernajaan serta undian SMS yang menguntungkan syarikat tertentu sahaja. .Bila ini di kejar maka debat tinggal debat, sekejap-sekejap iklan dari penaja sebab itu yang di kejar.
Bagi rakyat itu bukan keutamaan ,Debat di harap dapat meringgankan beban tanggungan kehidupan yang makin meningkat, juga debat juga di harap dapat meringgankan bebas fikiran yang kusut akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan.Apa yang berligar di fikiran rakyat adakah debat ini dapat mengurangkan harga minyak ? atau pun tidak mengurangkan harga barang dan kos hidup masa kini.Jika tidak apakah tujuan debat, demi debat yang di adakan,apakah tindakan susulan daripada debat itu.Kalau tidak debat hanyalah debat, debat tinggal debat ?..

Thursday, July 10, 2008

Tuduhan paslu tanpa bukti-Qazaf berbezanya Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.
Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Sementara itu, peguam beliau, Kamar Ainiah menjelaskan, Anwar membuat laporan itu kepada JAWI memandangkan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya, hukuman qazaf ke atas orang yang membuat tuduhan palsu tiada dalam undang-undang jenayah sivil.
“Peruntukan undang-undang (mengenai tuduhan palsu tanpa saksi) ini hanya termaktub di bawah kesalahan jenayah syariah, sebab itu kes ini perlu dibicarakan dan diadili mahkamah syariah.Apa yang kita dapat di lihat disini betapa murninya hukuman dalam islam si Fitnah atau yang di Fitnah tetap mendapat hukuman tidak seperti mahkamah sivil (undang-undang buatan manusia ) tidak membela keseluruhan, adakah yang memfitnah palsu itu tidak perlu di hukum, setelah nama baik dan marwah orang di hina sedemikian rupa?