Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, October 14, 2008

Teori ANWAR selepas Teori RAHMAN


Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.Adalah jangkaan lengkapnya "teori rahman" maka akan berakhirlah pemerintahan BN selama ini.Tapi berapa lama pemerintahan terakhir ini tidak di ketahui jangkaan berapa penggal.Mungkin menyamai pemerintahan mantan PM Tun Sri DR. Mahathir Muhammad atupun melebihinya,tapi ia merupakan PM terakhir BN.
Adakah Teori baru akan muncul selepas ini,Adakah "Teori ANWAR" akan muncul.Kita tunggu dan lihat perkembang politik negara kita dalam mana desakkan rakyat berkobar-kobar untuk menukar pemerintahan kearah kebaikan negara kita.Bukan mustahil atau khayalan bibit-bibit pertukaran kerajaan telah nampak dan bagi api kecil yang semakin marak membesar.Tidak hairan jika Anwar jadi PM sudah pasti beliau akan di beri "anugerah Nobel" kerana perjuangan beliau kearah keadilan,kebebasan mahkamah dan rasuah diambil kira sehingga di Penjarakan kerana perjuangan beliau.
Kita terpaksa tunggu semua ini berlaku bila teori rahman sudah lengakap.Mungkinkah ini berlaku? Allahualam..

Wednesday, October 08, 2008

Kalau aku Pak lah ,Bertempur atau berundur?


Hari ini atau esok Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sama ada beliau akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno atau tidak.
Abdullah sedang berteka-teki dengan perasaan beliau sekarang, jika berundur dengan penuh hormat sekalipun, masa depan politik dan perniagaan anak beranaknya diperjudikan.
Jika bertempur dengan Najib serta gerombolan, kemungkinan besar beliau akan tewas 'sebagai anak jantan', tetapi dijatuhkan dengan penuh kehinaan oleh orang-orang Umno.
Inilah percaturan yang paling getir buat Abdullah. 'Membujur lalu, melintang patah'. Dalam apa keadaan pun sekarang ini, Umno tetap berpecah. Abdullah kekal pun Umno berpecah, Abdullah jatuh pun Umno akan berpecah juga.
Dalam apa situasi pun, hakikatnya masa depan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat, sedang diperjudikan oleh pemimpin-pemimpin Umno. - Tapi jika aku Pak Lah dah tentu aku akan bertanding mencabut keris Lambang Keagungan umno ,berjuang habis-habisan ,kalau tewas pun "sebagai anak jantan" tewas di gelangang,kalau tidak bertanding di gelangan baik kamikaze macam budaya jepun ada gak marwah diri rasa bertanggung jawap terhadap bangsa tidak mengikut penasihat-penasihat berkepentingan yang sememangnya hendak Pak Lah beundur.Kalah sebelum berjuang bukan adab atau adat orang Melayu.Ayuhh Kegelangan!!!Pecayalah Gelangan pasti menebus marwah diri..