Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, May 28, 2009

Ekonomi merosot bawah -6 peratus

May 27, 09 5:35pm
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.
Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus .Kalau di baca fakta di atas tanpa merenungi secara ilmiah maka kita anggap ia biasa-biasa saje.Walau duduk di warong kopi simpang tiga,Kawan-kawan pang5 Tok Perak(P5TK) masih boleh memberi fikrian secara ilmiah,itu yang P5TK Tabik Spring tentang dia orang tu.Kawan sewarong bimbang akibat penguncupan ekonomi maka inflasi mesti terjadi dan ini menyebabkan banyak masalah jenayah dan sosial yang sukar di bendung.Jenayah rompak,ragut,pinjaman Ah Long
meningkat,Pengganguran,Mat Rempit,kes bunuh,kestabilan pemerintahan tergugat dll pasti makin menjadi-jadi.Kalau orang di warung kopi simpang 3 sangat bimbang,dimanakah pula pandangan anda?

Gejala Ah Long salah siapa?


KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.
Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.
Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.
Ini hanyalah cebisan cerita kekejaman Ah Long terhadap para peminjam yang gagal membayar hutang walaupun jumlahnya tak sebesar mana.Siapakah yang patut di persalahkan apabila pekara seperti ini berlaku, adakah si peminjam,adakah si pemberi pinjaman,atau pun masyarakat atau kerajaan sendiri yang bersalah?.Apa bila sesuatu gejala jenayah berlaku sebenarnya kesalahan bukan terletak pada si mangsa atau kepada si pemangsa sahaja.Adalah elok di lihat keseluruhan sistem kewangan di dalam negara kita.Adakah sistem pembelajaran kita ada mendidik cara-cara pengurusan kewangan yang betul,atau hanya hentam saja cara menguruskan kewangan mengakibatkan tiada matlamat dan hidup dalam sistem kewangan kita.Adakah sistem perbankan kita telus untuk menolong orang-orang yang susah atau hanya bank di adakan untuk orang-orang kaya,orang yang mempunyai kedudukkan kewangan yang baik sahaja yang boleh di berurusan dengan bank.Kenapa syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen seperti Ah Long ini bebas berluas-luasa di negara kita.Desakakan hidup pasti akan terasa beterusan dengan pengumunan bank negara bahawa ekonomi kita menguncup 6% bermakna,kehidupan dan pendapatan rakyat terus menderita.Berhati-hatilah dengan keselamatan diri dan keluarga dalam keadaaan ekonomi yang gawat ini.

Friday, May 22, 2009

Nizar kalah lagi


Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tersenyum lebar nampaknya YB Zambry,tapi dengar cite YB Nizar nak buat rayuan ke mahkamah persekutuan lak..emm masih panjang le nampaknya isu ni..Yang rugi rakyat Perak..Bubar Adun pilihan terbaik untuk rakyat Perak..

Apa Pula Alasan BN untuk tidak bertanding .

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.
Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Allah maha kuasa setiap pekara adalah di tentukan dengan Qadha dan Qadar nya.Seperti di Perak,BN tidak mahu ada pilihanraya kecil di Perak,Tapi kuasa Allah menentukannya PRK di bukit Gantang kemenangan Pakatan Rakyat.Kini BN tidak ingin ada sebarang pilihanraya pada masa terdekat sehingga tidak bertanding di PRK Penanti, Pulau Penang.Namun Qadha dan Qadar Allah menentukan di Manik Urai harus ada Pilihanraya Kecil,Terpulanglah UMNO/BN menyahut cabaran atau memberi seribu alasan.
Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

AL fatihan untuk allahyarham Ismail Yaacob.Semoga roh nya di tempah orang-orang yang soleh.Amin!!

Wednesday, May 20, 2009

Surat Tok guru kepada YB Nga Kor Ming -Yang Tersurat dan Tersirat!









13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Sumber dari blog tokGuru.

Tuesday, May 19, 2009

BN Nazak?

KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.
BN umpama pesakit yang Nazak yang bergantung hidup semata-mata dengan bantuan mesin Hayat.Secara Tektikalnya nyawa pesakit yang nazak ini memang tiada harapan lagi,Cuma BN berusaha untuk memanjangkan hayat pesakit yang nazak dengan tidak menanggalkan bantuan mesin penafasan pesakit.BN mempunyai dua cara untuk menyelamatkan pesakit yang nazak ini,Pertama mencabut mesin hayat ini seperti saranan para doktor dan para pakar Akedemik,yang kedua pula terus membiarkan pesakit menderita tanpa boleh berkhidmat pada masyarakat,cuma nyawa masih ada.Ibarat Koma tanpa dapat membantu masyarakat malah menyusahkan pula.
Terpulanglah pada warisa Umno dan BN menentukannya,begitulah dapat di gambarkan kenapa BN tidak bertanding di Penanti.Apa yang di lihat di Penanti Umno dan BN bertindak membiarkan Umno dan BN terus Nazak.Berserah pada Allah adalah jalan terakhir Umno.Harap2 sempat bertaubat.Amin!!!

Tuesday, May 12, 2009

Politik Perak makin Kalut


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Kong Kalikong...Rakyat Perak yang menderita!!!
Kong Kalikong---Satu hari satu malam cite lain-lain
Kong kalikong - RAKYAT DIDAHULUKAN,PRESTASI DI UTAMAKAN...rakyat di dahulukan ke?
Betul! Betul Kong Kalikong ni!!

Monday, May 11, 2009

Sah BN amal undang-undang rimba sebelum ni

Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
sumber malaysiakini.

Kes Ragut


Kes Ragut kini menjadi-jadi didalam negara kita mungkin isu ekonomi yg meleset ,kehilangan banyak pekerjaan dan pengganguran yang tidak terkawal menyebabkan kes-kes ragut menjadi-jadi, akibat tiada sumber pendapatan,maka mat rempit atau mat penagih terpaksa meragut dimana-mana.Kes-kes ragut ini ada yang menyebabkan kematian dan ini amat menyedihkan.Tapi kes ragut ini makin menular ke dewan rakyat pula,dimana baru-baru ini kerusi speaker dan speker negeri Perak itu sendiri telah di ragut dengan ganasnya.Nasib baik tiada kematian atau kecedaraan parah ketika kes ragut itu berlaku. Ini terbukti bukan masalah ekonomi saje membuatkan orang suka meragut,terbaru masaalah kuasa pun orang boleh meragut.Apa nak jadi kalau dewan rakyat tempat membela rakyat pun berlaku kes ragut..renungkan lah