Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, June 19, 2009

Hapuskan Umno,Baru Fikir kerajaan Perpaduan?


Apabila berbual di warong-warong di simpang tiga, mendengar sendiri suara akar umbi Pas ,Baru kita dapat rasa kebenaran kata Tuan Guru Nik Aziz.Idea kerajaan Perpaduan yang di lontarkan oleh Presiden Pas sebenarnya telah membibik perpecahan di dalam pakatan Pembangkang dan membisikkan perpecahan terhadap ahli Pas itu sendiri.Apakah akan terjadi jika Penyokong Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang,memulaukan undi di Manik Urai,bukankah itu yang di kehendaki oleh Umno.Melihat Perpecahan Pas didalam Pakatan Rakyat amatlah dirindui oleh Umno.Bisikan kerajaan Perpaduan menyebabkan Kelab Penyokong Pas Berfikir dua kali untuk menyokong Pas.Adakah Pas pun sama seperti melayu dalam Umno yang suka memungkiri janji ,sama bersikap gelojoh kepada jawatan dan sebagainya.Tuan Guru Nik Aziz telah membenihkan kejernihan dan kebaikan Pas,Sehingga ada kaum lain berkata "Tuan Guru, Tuhan Punya tak bikin jahat punya",apabila ada orang melayu cuba memburukna Tuan Guru Nik Aziz.Sehingga begitu tanggapan kaum lain terhadap Tuan Guru.Adakah perlu kita hapuskan tanggapan dan anggap yang baik begini terhadap Tuan Guru dan Umat Islam khasnya,di sebabkan isu kerjaan Perpaduan semua bagai di palit Najis ,terutama kepada parti Pas itu sendiri.
Cubalah di renongi, Kemenangan Kerusi PAS di negeri Johor adalah sumbangan siapa,bangsa apa dan sudah tentu Kelab Penyokong Pas menjadi peranan utama di sana.
Tuan Guru Nik Aziz telah memainkan peranan yang cukup baik di Kelantan sehingga kaum lain sanggup memberi undi kepada Pas dan tidak membezakan gap ugama,bangsa dan Pangkat.Inilah merupakan kerajaan perpaduan sebenar bukan bisikan kerajaan Perpaduan dari Umno yang sebenarnya meniup api kemarahan dan perpecahan di kalangan ahli PAS dan ahli Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga dipetik berkata Pakatan Rakyat ketika ini yang sebenarnya kerajaan perpaduan.
"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.
Ada ahli Pas di warong kopi simpang tiga berkata umno itu perlu di hapuskan seperti kita perlu menghapuskan Tugu Negara ,kerana Tugu Negara itu terang-terang telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno itu syirik dan munafik.Hapusnya tugu negara bermakna hapusnya Umno .Hapusnya Umno bermakna tertegaklah islam di Malaysia dan Hapusnya Umno bukan hapusnya Melayu,Melayu pelbagai jenis ada melayu Lina Joy,Ada melayu Ayah Pin ,Melayu yang syirik dan bermacam-macam jenis melayu,bak kata Melayu yang sepatutnya terhapus tapi bukan melayu islam seperti Pas. Hapusnya Umno ,baru fikir memantapkan kerajaan Perpaduan yang sedia ada.Walluhualam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home