Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai,Kalah tetap kalah.


Dalam sistem Demokrasi walaupun menang dengan satu undi ia di anggap kemenangan dan yang kalah tetap kalah.Begitulah keputusannya bila Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.
Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.Kemenangan dengan mojoriti kecil ini adalah di sebabkan kerja kuat jentera BN yang menggunakan segala jentera kerajaan yang ada , menabur pelbagai janji dan taburan imbuhan wang.Mungkin jika di kira jumlah pelaburan maka tidak berbaloi untuk BN mengalami kekalahan tapi itulah terjadi di manek urai.
Kemenangan Tipis ini sudah cukup untuk meneruskan kemenangan Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya kecil untuk kali ke 5 berturut-turut.
Peningkatan undi BN tidak boleh di pandang sinis oleh jentera PAS kerana jelas penduduk manek urai tetap inginkan perbangunan yang setimpal (isu - pembinaan jambatan ) selari dengan keesaan kepada allah itu sendiri.Islam saja tidak menjamin kehidupan penduduk manek urai,mereka juka perlu perhatian dan pembangunan,itulah yang cuba di bawah oleh jentera BN.
Apa yang dapat dilihat isu kerajaan Perpaduan,pertelingkahan antara parti pakatan pembangkan seperti di kedah dan selangor telah mengugat penyokong-penyokong pakatan pembangkang.Keceluparan DAP dalam perbagai isu tanpa berunding dengan pakatan pembangkang sedikit sebanyak ketidak yakinan rakyat teramai terhadap pakatan rakyat.
Apabila di lihat dalam jumlah undi di lingkungan 5000 undi lebih kurang sama banyak maka di lihat undi melayu kini memnag terbahagi 2.Ini akan di ambil kesempatan oleh kaum monoriti yang akan menentukan kemenangan di PRU ke 13 nanti.Nampaknya parti-parti politik akan menjaga hati kaum monoriti seperti cina dan india selepas ini jika ingin menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.Itulah nasib kita kaum melayu yang mojoriti terpaksa juga bergnatung pada kaum monoriti.Jika begitu 1Malaysia adalah selari dengan pilihanraya ke 13 nanti,Maka BN berpelung menanbah kembali kerusi mereka di Parlimen.Bagi Pakatan Pembangkagn sokongan memang sedia ada cuba buktikan kesepaduan pakatan rakyat itu sendiri barulah keyakinan rakyat akan bertambah.Jika Pakatan sorong tarik maka keputusan rakyat pun begitu lah juga "Sorong Tarik".Kemusnahan BN hanya berlaku jika pakatan rakyat bersatu padu dan mungkin selepas ini satu tindakan drastik di ambil untuk mendaftar pakatan rakyat di bawah satu lambang.Jika tidak rasanya....tak kemana Pakatan Rakayt?

Thursday, July 09, 2009

Kenapa mesti 2012?

alhamdullilah,akhirnya kerajaan Barisan Nasional mengakui kegagalan PPSMI ,setelah mendapat bantahan dari segenap pelapis masyarakat malaysia.
Didapati Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.
"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata.
Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.
Jika telah di dapati gagal kenapa kena tunggu 2012.? Adakah kegagalan itu beterusan tanpa tindakakan segera.Masa nak buat tergopoh gapah,tergesa-gesa bila gagal kenapa lambat pulak ye?Adakah ada agenda politik PRU ke 13 atau agenda politik di manek Urai.allahualam.