Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, August 28, 2009

Siapa Penghianat Melayu?


KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ”Anwar Pengkhianat”, mereka lupa bahawa Umno lah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu. Sudah cukup 17 senarai pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahatir sebagai bukti dangkalnya dakwaan mereka itu.
17 senarai itu yang dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar sewaktu Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.
"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Katanya, sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskannya, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.
"Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," jelas Ahli Parlimen Tumpat itu.
Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal katanya, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.
Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea tersebut;-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang
Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama
anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti
orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh
Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu
boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime
Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang
Melayu daripada tiga syarikat
kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad.
Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura
boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang
menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan
usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi
Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.


Kamaruddin turut menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini hanya dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.


Hadir sama dalam majlis berkenaan, Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir - Perpaduan Pakatan dan Kehancuran BN

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Apa yang dapat di rumus dari kemenangan PAS di kawasan PKR dan di dalam negeri pemerintahan DAP ialah Perpaduan yang tidak boleh di gugat sama sekali oleh Barisan Nasional( BN ).Perpaduan ini terserlah dengan kemenangan yang agak besar jika di bandingkan dengan peratusan pengundian yang berkurangan.Pakatan Rakyat hanyalah perlu mendaftar sebagai satu lagi pakatan Parti untuk terus mengugat Barisan Nasional.Sistem 2 Parti akan wujud bila pakatan rakyat di daftar secara rasmi.
Pendaftaran Rakyat sebagai sebuah parti akan menghancurkan tradisi Umno dan BN dalam pemerintahan negara kita ini.Kehancuran BN dan UMNO itu sendiri bukan kerana kekuatan yang benar-benar padu Pakatan Rakyat kini yang masih tercari-cari pengkosian kuasa,tetapi kerana UMNO dan BN itu sendiri sentiasa mempunyai skandal dan krisis-krisis yang melemahkan BN dan UMNO itu sendiri.Isu-isu Rasuah seperti Pelabuhan Kelang ( PKNZ) yang melibatkan komponen parti BN iaiatu MCA menjadi duri dalam daging.Skandal dan krisis dalam Umno dan BN memberi kesempatan Pakatan Rakyat merapatkan Barisan dan menguguat BN sama sekali.
Rasuah menjadi duri dalam daging bagi Politik dalaman UMNO dan BN,dengan isu rasuah yang makin meningkat di negara kita menakutkan Pelaburan Asing.Kini Pelaburan asing mula meninjau negara jiran seperti Indonesia yang semakin membenteras Rasuah secara besar-besaran dengan tertangkapnya orang-orang ternama,dan juga Politik Indonesia yang kian stabil apabila PM dipilih secara mojoriti sekali lagi.Jangkaan Perningkatan KDNK Negara Indonesia dan Vietnam sangat membimbangkan saya.Menerusi laporan "Kewangan Pembangunan Global 2009: Indonesia dan Vietnam diunjur mencatat 3.5 peratus pertumbuhan pada 2009 dan 5.0 peratus tahun depan, manakala Filipina bakal menyaksikan penurunan 0.5 peratus tahun ini, sebelum meningkat kepada 2.4 peratus pada tahun berikutnya.Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pula dijangka susut sebanyak 4.4 peratus tahun ini sebelum pulih kepada 2.2 peratus tahun depan dan 5.3 peratus pada 2011, demikian menurut Bank Dunia dalam laporannya mengenai kedudukan ekonomi global.
Adalah di jangkakan jika masalah rasuah dan Politik dalam negara kita berterusan tidak mustahil Rakyat Negara kita pula dalam 10 tahun akan datang akan berlumba-lumba menaiki sampan mencari kerja di Indonesia.
Rasuah dan ketidak stabilan Politik adalah dalang memusnahkan negara kita.Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bertindak cepat menghapuskan Pemerintahan Rasuah dan Menstabilkan Politik dengan segera.PRU ke 13 Adalah tempat rakyat Malaysia membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka.Marilah kita bermuhasabah diri dan berfikir untuk negara yang kita cintai.Allahualam.

Monday, August 17, 2009

1malaysia?

Setelah merdeka sebegitu lama negara kita masih tiada identiti sendiri, bercampur aduk tiada adunan sebati seperti negara-negara maju seperti jepun,korea yang mempunyai jati diri sendiri.Bahasa diaangkat menjadi mertabat negara begitu juga negara kurang maju dari negara kita seperti indonesia mempunyai identiti sendiri dengan mempunyai bahasa dan nama sama bagi setiap kaum di negara mereka.
1Malaysia cuba di gembar gemburkan tanpa pelaksanaan yang mertabatkan bahasa melayu dan juga bangsa melayu itu sendiri.Memandang sepi bahasa melayu adalah kesilapan bangsa Melayu itu sendiri.Megahnya bahasa Melayu maka megahlah bangsa melayu.Kesilapan Umno ialah cuba mengagungkan bahasa Inggeris,bermakna kita berbangga dan terus mertabatkan bangsa inggeris dan bahasa Inggeris.Cuba anda bayangkan apabila semua keluarga di dalam malaysia ini telah pandai berbahasa inggeris 100%,di rumah di pejabat semuanya berbahasa inggeris.Agak-agak kemanakah bahasa melayu,dan dimanakah bangsa Melayu ketika itu.Utusan Malaysia pasti ditutup kerana tiada lagi orang melayu hendak membelinya,bangsa melayu pun mungkin dah hilang dinegara ini.Ketika itu barulah akhbar Utusan Malaysia sedar sokongan berlebihan mereka memertabatkan bahasa inggeris itu akan terpercik kemuka mereka sendiri.Tutupnya akhbar utusan malaysia seperti hilangnya taring akhbar utusan jawi seperti yang telah di lakukan pemimpinan terdahulu yang memeinggirkan tulisan jawi.
Ingatlah 1Malaysia atau apa saja selogan yang hendak meyatukan kaum di malaysia ialah dengan satu cara Memertabatkan Bahasa Melayu di Bumi Malaysia baru impian 1Malaysia akan berjaya.Tanpa memertabatakan bahasa melayu dan bangsa melayu 1Malaysia hanya lah retorik semata-mata.

Thursday, August 13, 2009

Anwar Penderhaka? Betul ke?

Seminggu dua ini ,pelbagai kempen,perhimpunan,banner-banner Umno diadakan untuk menggelar Anwar sebagai Pengkhianat Bangsa.Betul ke Anwar Penderhaka bangsa atau mainan politik yang keterlaluan.Rasanya tak de lak Anwar ambil duit negara,jual negara,ambil saham2 bumiputra,ambil kontrak besar dll.
Seranggan peribadi masih tetap ke arah anwar ibrahim walaupun apa yang di kata oleh nya adalah pegangan parti beliau PKR.Serangan peribadi adalah tidak kena sama sekali.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,ujarnya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.
Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.
Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.
Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya. Allah hualam.