Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, November 05, 2009

Minta bonus salah dari segi moral?

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moral.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.
Nampaknya Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menghina penjawat awam yang mengambarkan seoalah-olah penjawat awam yang tidak mempunyai akal fikiran meminta bonus.Tanpa penjawat awam maka keadaan ekonomi tak kan semakin pulih seperti sekarang dan mengatakan tidak bermoral bermakna menghina semua ahli Cuepacs.Jika orang meminta sesuatu pada kita,jika tak nak bagi jangan hina pada sipeminta kerana suatu hari kuasa Allah akan berputar balik,silap2 dia pulak yang meminta-minta ehsan selepas ini?
Kalau beliau tidak menarik balik kata-kata tersebut maka beliau akan faham akibatnya..Cuma yang pasti beliau akan menghargai kakitangan awam selepas beliau berkata bergitu..selepas ini kita tengok apa kata beliau bila presiden Cuepacs berjumpa beliau sedikit masa lagi..fikir2 kan lah apa kita nak buat jika tak di tarik balik kata-kata tak bermoral tu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home