Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, January 19, 2010

Mereka juga manusia? Bantulah!!!


Amerika Syarikat (AS) akan menghantar tentera tambahan ke Haiti hari ini bagi menyertai operasi bantuan ketika berpuluh-puluh ribu mangsa gempa bumi yang kelaparan, kehausan dan cedera, terdesak menanti bekalan makanan serta perubatan yang dijanjikan.

Jurucakap tentera AS, Jose Ruiz berkata, kira-kira 2,200 anggota marin dengan kelengkapan berat untuk membersihkan puing runtuhan, bantuan perubatan dan helikopter akan menyertai lebih kurang 5,000 tentera AS yang telah pun berada di wilayah itu.

Katanya, pasukan itu menyasarkan untuk menempatkan kira-kira 10,000 tentera AS di kawasan bencana bagi melibatkan diri dalam operasi menyelamat
Pang5 tok perak rasa makanan,pakaian,keperluaan ubat-ubatan dan lain-lain keperluan untuk hidup adalah lebih penting bagi masyarakat Haiti,dari jumlah tentera yang berpulu-puluh ribu ni,kalau ada 10 ribu tentera pun belum pasti boleh angkat runtuhan bangunan tu kalau tak de jentera-jentera berat,tapi kalau ada 10 ribu guni makanan dah tentu rakyat atau masyarakat Haiti akan hidup dan bangkit membangun kembali. Fikir2kan lah nak hantar tentera ke nak hantar guni makanan dan ubat-ubatan..bantulah apa yang patut!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home