Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, July 27, 2012

Bila PRU 13 ?

Semua rakyat negara ini tertanya-tanya bilakah PRU-13 akan diadakan,ada yang berkata bulan Mac 2012,dan ada pula yang mengatakan bulan jun 2012 atau September 2012.Pelbagai pihak membuat analisis tersendiri malah sudah ada yang meramalkan siapa yang menang dan siapa yang kalah pilihan raya ke 13 nanti.
Ada pakar politik tempatan mengatakan Pakatan akan memenangi pilihanraya kali ini,namun tidak ketinggalan pula ada yang berpendapat BN akan menang besar.Spekulasi pelbagai ini menambah kehangantan PRU-13 itu sendiri.Profesor-profesor pelbagai universiti tempatan sibuk membuat reserch/peyelidikan pendapatan atau pemilihan orang awam berkaitan sokongan kepada pihak mana.Keputusan yang berlainan kemungkinan akibat jumlah analisi mereka di pengaruhi dengan tempat atau lokasi yang diambil,jumlah ramai data yang di ambil,Kaum mojorit data di ambil dan pelbagai sebab lain.Penyelidikan UKM berbeza dengan UIAM dan bergitu juga penyelidikan di Sabah pula mendapat data yang berlainan.Ini menambahkan lagi kehangatan PRU-13, dan begitu sukar pula BN untuk membuat keputusan membubarkan Parlimen, dimana sepatutnya ia menjadi mudah untuk membuat keputusan dengannya adanya data-data penyelidikan dari Universiti Tempatan.Adakan BN tidak percaya yang mengatakan Populariti PM naik sedikit dan sebagainya.Apa pun hak membubarkan Parlimen terletak kepada 100% kehendak Perdana Menteri. Bagi pandangan penulis sokongan akar umbi parti masing-masing ada tetap tidak berubah,cuma pengundi atas pagar dan pengundi baru yang akan menentukan mana-mana parti dalam PRU-13 nanti.Oleh itu gerak kerja Parti hendaklah menjuruskan kepada golongan atas pagar dan pengundi baru.Kebijaksanaan mana-mana parti mempengaruhi golongan atas pagar dan pengundi baru akan memperolehi kemenangan.Kemungkinan kerusi yang menang nanti akan mempunyai perbezaan undi yang sedikit sahaja dalam setiap peti undi Parlimen atau Adun namun sudah cukup membuat sesuatu parti akan Gulong tikar.Bayangkanlah setiap kawasan Parlimen dan Adun di menangi oleh satu parti yang hanya berbeza puluhan atau ratusan undi sahaja.Namun Menang tetap menang tidak mustahil mana-mana Parti (Pakatan atau Barisan )yang boleh menang memperolehi 2/3 tetapi setiap kemenangan hanya dalam puluhan dan ratusan undi sahaja dalam setiap kawasan Parlimen dan kawasan ADUN. Namun keputusan PRU-13 amat penting bagi mencorakkan kembali politik Malaysia kemana dan arah mana tujunya.Hanya gerak kerja yang tersusun dan beterusan pasti menambat hati pengundi atas pagar dan pengundi baru.PRU-13 membuat ramai orang tidak sabar menantinya bagaikan menunggu kehadiran keberkatan bulan Ramadhan.Allah whualam. http://warongsimpang3.blogspot.com/