Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, August 01, 2012

Tanah Felda akan dimiliki kapitalis luar

" Apa yang saya cuba terangkan di sini, politik dunia hari ini sedang diatur untuk memastikan kepentingan kaum pemodal dan sistem ekonomi kapitalis ini terus berkembang. Dasar-dasar yang diajukan oleh para pemikir ini bertujuan untuk membuka pasaran seluas mungkin. Ini untuk memastikan kaum pemodal dapat meraih keuntungan dan akhirnya menakluk dunia ini. Contoh terbaik untuk rakyat Malaysia fahami ialah kes penyenaraian tanah Felda. Tanah Felda yang tidak disenaraikan bermakna tanah ini adalah milik rakyat Malaysia. Tetapi apabila Felda Global Ventures diapungkan di bursa saham maka tanah milik kerajaan - milik orang ramai ini - boleh dibeli hak milik sahamnya oleh individu atau syarikat luar negara. Satu hari nanti saham Felda ini akan dimiliki oleh kaum kapitalis luar negara. Maka tergadailah tanah mak cik Felda. Untuk membuktikan hujah saya ini saya meminta para pembaca mengingatkan kembali lawatan Najib ke London awal Mei lalu. Najib telah menjadi tamu dan menanda tangani perjanjian dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte ( LDCA) di London. LDCA ini adalah syarikat Yahudi yang menyokong zionis Israel. Najib terpaksa menggadaikan tanah Felda untuk membuktikan kepada kaum permodal antarabangsa bahawa dialah yang wajib terus disokong untuk menjadi perdana menteri kerana dia membuka peluang untuk kapitalis antarabangsa berkenduri kendara atas kepala para peneroka Felda." Petikan sebahagian dri tulisan Hishamuddin Rais di malaysia kini. 5:36PM Jul 17 2012 http://www.malaysiakini.com/columns/203922