Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Tuesday, April 23, 2013

Herman tino jangan fikir berapa undi anda dapat?

"Herman Tino, penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas pada PRU 13 kali ini. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti ‘Yale Yale’ dan ‘Pelita Dalam Kabus’ mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato’ Haron di sini. Herman Tino pasti memberi pengajaran berguna buat Barisan Nasional agar golongan artis tidak terlepas dari Transformasi Politik. Dalam isu mengangkat darjat artis atau pengiat seni PAS kedepan dalam isu ini.PAS meletakkan calon bekas-bekas artis seolah-olah PAS nampak betapa besar masalah cetak rompak,Masalah moral dan kebajikan artis dalam negara ini. Mereka perlu dibela kerana cetak rompaklah walaupun kita menyanyi atau bernasyid sekali pun artis takkan hidup senang.Keringatan mereka diperah dan industri hiburan atau seni tidak dibela sepenuhnya dimanakah Transformasi dalam kesenian yang hendak dibawa.Selama 55 tahun kerajaan Barisan memerintah isu cetak rompak masih tidak dapat diselesaikan,artis atau pengiat seni langsung tidak dibela. Tahniah kepada Herman Tino berani berdepan untuk menjadi isu utama negara agar artis juga perlukan tempat untuk membela masa depan mereka.Herman Tino Jangan fikir berapa undi yang anda dapat tapi biarlah minda pemerintah dan rakyat berfikir dimana Transformasi buat anda gologan artis dan pengiat seni.Anda artis atau pemgiat seni pun perlukan perlindungan dan pembelaan. Tahniah kepada PAS kerana berani mengangkat Artis-artis atau pengiat seni ke arah yang dihormati masyarakat dan itulah sepatutnya,Bukan mereka di calun di Dun tapi peringkat yang tertingi peringkat Parlimen amat sukar dilakukan tapi demi keadilan kita harus memberi peluang buat mereka.Hanya artis atau pengiat seni yang tahu jerit perit mereka dalam mehanrungi bidang seni. Biarlah mereka bersuara diparlimen dan mengubal undang-undang bagi membela nasib mereka. Buat Pengiat seni yang bertanding Tahniah moga anda dapat membela nasib Pengiat seni dalam negara kita.Ayuh ini kalilah .."

Tuesday, April 09, 2013

Tsunami Politik..?

Sebelum tahun 1998 aku tak terdedah dengan perkataan tsunami,Perkataan tsunami tak pernah aku dengar ketika cikgu-cikgu mengajar disekolah.Selepas tahun 1998 baru aku mengenali apa itu tsunami.Bagi aku tsunami adalah satu gelombang yang teramat kuat memusnahkan apa saja struktur yang kuat dan tidak meninggalkan kesan kecuali kesan kemusnahan. Begitulah juga kisah tsunami yang berlaku di Aceh,Thailand dan persekitaran asia dulu.Memusnahkan apa saja dan kehilangan harta benda dan sebagainya.Amat dasyat kesan perkataan tsunami ini. Politik juga tidak ketinggalan dari serangan tsunami.Gelombang kecil Tsunami politik mula aku terasa pada tahun 1998 ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri ) ketika itu dilucutkan jawatan atas tuduhan liwat tidak bermoral.Perkataan liwat sering kali aku berkumandang di TV,Radio,Suratkhabar,dll media.Aku menjadi rimas untuk menerangkan pada anak aku apa dia liwat,apabila anak aku sering bertanya apa itu erti liwat yang diceritakan tanpa malu berkumandang setiap hari.Sebagai bapa pelbagai cara untuk aku menerangkan semua itu. Tahun 1998 aku lihat ceramah politik mula segar kembali dengan kehadiran beribu dan berpuluh ratus ribuan orang sesekali ceramah diadakan.Sebelum itu hanya parti PAS yang mengadakan ceramah tapi dalam ratusan orang saja yang hadir.Tahun 1998 merupakan tahun pertama aku mendengar ceramah ketika itu di bandar baru bangi.Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz adalah penceramah utama dan saat dan ketika itulah aku mula berhijrah.Ketika itu aku lihat kaum melayu adalah kelompak yang memenuhi padang rumput tempat2 ceramah diadakan.Selepas itu aku rasa ceramah sudah menjadi biasa bagi rakyat untuk bersama mendengar untuk mendapatkan maklumat sebab disaat itu media utama telah mula dicurigai berita yang di sebarkan.Gelombang ini memnag dicetus oleh peristiwa pelucutan jawatan dato seri anwar ketika itu. Gelombang tsunami politik itu sentiasa berkocak semenjak itu ,isu utama ketika itu ketidakpuasan hati rakyat banyak berkaitan dengan keronisme dan rasuh.Gelombang tsunami politik seolah-olah dapat diatas dengan hanya dapat melihat riak-riak kecil saja,hanya keputusan yang membanggkan hanya kemenangan dato sri wan azizah di permatang pauh (PRU 2004 ).Rakyat bagai memberi peluang untuk UMNO untuk berubah,namun peluang yang diberi bagi dipersia-siakan setelah diberi mandat selesa ketika itu.Isu Rasuah terus berlaku dan semakin membesar dan bagai tidak terkawal.Akhirnya tsunami politik mula melanda begitu kuat sehingga memusnahkan banyak negeri.Kemusnahan yang teruk mula dibangunkan dan segala kekotoran mula dibersihkan dan rakyat mula nampak kenapa tsunami itu penting.Kemusnahan bukan untuk selamanya dan ia akan bangkit menjadi lebih baik.Begitu juga di Jepun ,Aceh ,Thailad yang mengalami tsunami,lihat bagaimana mereka bangkit dari kemusnahan.. Tahun 2008 aku sempat pergi menjengok satu ceramah politk yang penceramah utamanya Dato Sri Anwar Ibrahim bertempat di Seri Gombak,dan ketika itu aku tengok suasana di pandang rumput ceramah di dipenuhi oleh pelbagai kaum yang aku tak pernah tengok ketika tahun 1998 dulu.Setelah hujan renyai aku pulang dan yang lain tidak bergerak mengikuti ceramah dato Sri Anwar Ibrahim. Kini aku dah tak pernah pegi ceramah dan aku hanya mendengar di youtube,blog-blog dan juga ketika melayari internet.Aku lihat tanpa aku di padang-padang ceramah tetap ramai dan telah menjadi sebegitu ramai sehingga sukar untuk dibilang berapa ratus ribu orang yang menghadirinya.Kini pelbagai kaum menunjukkan sokongan tanpa rasa takut untuk kebaikan bersama,berlainan sungguh dari PRU tahun 1998 dan 2008.Tahun 1998 hanya kaum melayu bangkit menentang kemungkaran dan tahun 2008 seblingan kaum lain yang masih takut-takut bersama-sama mengharungi tsunami politik.Tahun ini aku lihat semua kaum ingin bersama-sama mengharungi tsunami politik dan akan bangkit membentuk satu bangsa Malaysia yang bersih,cemerlang dan terbilang untuk negara ini. Aku tidak lagi sekuat dulu untuk hadir di ceramah-ceramah politik ,Namun aku bangga generasi akulah yang menghidupkan dan merancakkan gelombang rakyat supaya hadir mendapat maklumat bukan hanya di media-media utama kerajaan sahaja.Kini kuasa internet telah menjadi sumber rujukan rakyat yang tidak dapat dibendong lagi.Aku tak perlu lagi menerangkan apa itu liwat,tsunami dan sebagainya kerana anak aku lebih tahu apa yang dia orang ingin tahu dan mahu.Ia menjadi lebih mudah dan mereka tahu yang mana itu intan dan kaca.Biarlah anak-anak ku dan rakan sebayanya merasai gelombang tsunami politik pada pilihan PRU 13 nanti, Agar mereka akan bangkit membersihkan kesan-kesan kemusnahan yang sedia ada dan membina satu wawasan baru buat rakyat Malaysia.Kini aku tidak lagi takut denga tsunami sebab setiap kemusnahan itu pasti ada rahmat disebaliknya. Dari jauh aku melihat,sudah cukup lama (15 tahun ),aku mengenal erti rasuh dalam negara kita dan ia tetap menjadi isu utama negara kita sehingga kini.Aku sanggup berhadapan dengan Tsunami Politik jika itu dapat menyembuhkan luka 15 tahun yang aku rasa dan dengar pasal rasuh dan perasuah dalam negara ini.Tsunami politik pasti akan memberi harapan yang lebih segar dan jitu buat anak-anak ku membina negara maju dan aman.Maafkan kami generasi ayah mu yang meninggalkan kamu dengan semua permasalahan ini.Apakah Tsunami Politik akan tiba ? Jika YA, Selamat datang tsunami politik aku rela untuk mu demi kebaikan semua.

Monday, April 08, 2013

Al KISAH POSMEN

Alkisah posmen… Ada seorang pakcik tua suka menerima surat. Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen. “Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen. “Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu. “Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali. Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen. Satu hari, di bulan Ramadhan… Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya. Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti. Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen. “Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu. “Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu. “Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi. “Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar. “Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu. Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali. Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.” “Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu. Posmen tidak berkata apa-apa. Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya. “Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa. Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau… Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang. Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadang kala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita. Dapat cerita ini?. Senyum. Sumber harakahonline Tuan Ibrahim Tuan Man, 08 Apr 2013