Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Sunday, August 09, 2015

Menang jadi arang kalah jadi abu

Kelam-kabut,membimbangkan,tunggu masa,simpan dihati,kacau bilau,tidak keruan,ketakutan,pak turut, sakit hati,kecewa,dendam ,sedih dan pelbagai lagi bahasa boleh digambarkan prihal politik Malaysia kini yang bercampur baur.Krisis pecahan kepimpinan dalaman PAS sehingga ingin menubuhkan parti baru dari GHB(Gerakkan Harapan Baru) -yang diketuai Mat Sabu dan rakan-rakan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini,Umno dengan krisis kehilangan wang 1MDB,duit derma 2.6 bilion,pertukaran kabinate baru dengan menyingkirkan Tim.Perdana Menteri,DAP krisis ROS yang belum selesai,Presiden MIC terkeluarnya secara automatik dari ahli MIC dan PKR pula dengan Anwar masih tidak bergerak bebas diPenjarakan. Sudahlah nilai ringgit merudum jatuh,saham turun,GST,krisis 1MDB,Inflasi dan pelbagai isu pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat Kabinet dan dalam pentadbiran awam menyebabkan rakyat letih menanggung derita akibat kepimpinan yang kacau bilau. Rakyat kini begitu letih dan bosan dengan parti-parti politik di Malaysia yang tidak telus untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.Berebut jawatan,rasuah yang tak pernah reda,seruan berdemo sana sini yang berterusan,jenayah merata-rata dan pelbagai lagi masaalah yang kronik.Apakah Malaysia dapat berdiri semula jika pemimpin-pemimpin ini terus diberi ruang untuk memimpin.Bagi saya seorang pemimpin baru yang berkarisma tinggi sangat diperlukan ketika ini,Tapi siapakan yang bersedia untuk kedepan bagi mengubah Malaysia kearah yang lebih baik ataupun bebas dari segala permasaalahan ini. Hanya gelombang baru satu kumpulan atau jamaah barulah dapat membebaskan Malaysia dari masalah ketika ini,tapi siapakah tokoh itu yang dapat menyatupadukan semua kaum di negara kita ini.Kita tunggu dan lihat,Insyallah ada.. Allhualam ..