Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, October 14, 2005

Nanoteknologi

Kemunculannya dianggap satu keajaiban dan dapat menyelesaikan segala masaalah manusia.Nanoteknologi atau sains yang memanipulasi atom,dapat menghasilkan robot kcil,yang lebih kecil dari rambut manusia dan dapat memasuki saluran darah manusia dan membaiki sebarang kerosokan dalam tubuh manusia.Dalam teknologi maklumat kita semakin dapat rasai perkembangan Nanoteknologi dengan begitu cepat dimana Syarikat2 teknologi maklumat berlumba2 membuat gajet yang begitu kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar.Sistem Hi-FI dulunya sebesar almari kini boleh dibeli pada saiz sekecil kad kredit seperti iPod.Kita tak dapat mengjangka kepesatan teknologi ini yang pasti kita tunggu untuk menikmati teknologi ini iaitu Nanoteknologi.Tapi Awas Setiap Kebaikan pasti ada keburukanya.Tepuk dada tanya selera?

Monday, October 10, 2005

Dunia semakin Tua.


Akhir2 ini bermacam2 bencana alam melanda bumi,selepas Thunami Melanda Asia meragut beribu2 nyawa terutama Aceh dan dikuti oleh Ribut Katrina di US dan terbaru gempa bumi di Pakistan dan India.Bencana yang tak mengira negara kecil yang miskin dan negara maju yang penuh kecanggihan ini tetap memusnahkan harta dan nyawa tanpa tanda amaran..Apakah kerana bumi dah tua tak mampu lagi berdiri gagah menanggung segala isi bumi yang penuh kemaksiatan ini,Hanya ALLAH sahaja yang tahu,Setiap yang berlaku mesti ada Hikmahnya..
Adakah Kiamat hampir tiba atau ia sebagai peringatan kepada manusia yang lalai.Hanya kita sebagai hamba Allah cuma mengkagumi ciptaan Allah dan bersyukur kepadaNya kerana masih membenarkan jantung berdegup untuk bernyawa di bumi ini.Kuatkanlah beribadah dibulan yang mulia ini ,Bulan Ramadhan bulan yang mulia..Amin.

Sunday, October 02, 2005

konsert alternatif dan bali di bom lagi.

Mungkin konsert mawi di kota bharu baru2 ini boleh dijadikan konsert alternatif bagi umat islam di negara ini..sebelum konsert sembahyang berjemaah beramai2 sebelum diikuti ceramah dan solah isyak sebelum konsert.Juga pengasingan lelaki disatu bahagian,wanita di satu bahagian dan yang berkeluarga satu bahagian adalah pekara baru yang dilakukan oleh pihak pengajur atau mana2 penganjur konsert dinegara ini.Mungkin ini yang ingin ditunjuk oleh kerajaan kelantan bahawa konsert masih boleh diadakan jika pekara2 tertentu semasa konsert di perbetulkan..anyway tahniah pada kerajaan kelantan yang berjaya menganjurkan konsert yang agak berlainan itu..
Cerita yang agak menarik juga minggu ini cerita Bali di bom lagi.Nampaknya sekali lagi nyawa terkorban di bali dan menunjukan ia masih tidak selamat dilawati,mungkin pelancong2 terpaksa memikir dua kali untuk pergi ke Bali lagi.Ini sudah tentu menjejaskan sumber ekonomi Bali dan juga indonesia.Sumber pendapatan bali adalah terutama pelancongan dan ini akan menjejaskan teruk pendapatan Bali dikala ekonomi yang tidak menentu dengan kenaikan harga minyak..tapi alasan sebenar pengeboman ini tidak ketahui dan siapa yang bertanggung jawap juga dalam persoalan.Siapa dan mengapa?...Yang pasti banyak nyawa terkorban dan yang menderita akibat pengeboman ini..Pada mereka yang pernah ke Bali pasti tahu kesibukan bandar KUTA pada waktu malam.mungkin anda yang membaca pernah kesana dan mungkin terfikir dua tiga kali untuk kesana lagi jika pengeboman ini beterusan?..