Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, June 29, 2006

Ukhwah



Baru-baru ni saya telah menyertai programe IEP (Islamic Enhancement Programme ) bagi kulliyah Engineering,iaitu kulliyah baru saya setelah bertukar department.Berbagai aktiviti di jalankan bagi merapatkan ukhwah antara staff-staff di kulliyah ini,antaranya Qiamullai,tele-match,tarik tali,persembahan group dll.Semangat berkumpulan amat teserlah dalam setiap pertandingan dan persembahan dari kumpulan masing-masing untuk mengalahkan antara satu sama lain dengan penuh semangat kesukanan dan keikhlasan serta gelak ketawa bersama rakan-rakan seperjuangan.Aktiviti iep berlangsung pada 23.06.2006 hingga 26.06.2006.Kumpulan kami ( Setiau yang power ), yang diketuai M.yazid memenangi acara tarik tali yang sungguh memenatkan dan mencabar kejantanan kami.Alhamdullilah kami menang dan sebagai hadiahnya ialah dapat bantal peluk sorang satu..hehehe ,buat peluk dimalam hari akibat kepenatan,moga di tahun hadapan kita berjumpa lagi demi merapatkan ukhwah antara kita sesaudara islam..

Tuesday, June 27, 2006

"Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim"

Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini :
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah
ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar..

diperolehi dari sumbangan e-mail sahabat...

Thursday, June 22, 2006

cerita tanpa dialog

Photo adalah satu cabang seni yang sungguh unit,photo boleh menceritakan segala2 tanpa dailog atau suara.Bagai yang kreatif setiap object adalah subject yang amat mengasyikkan dan memberi makna tersendiri.Mengambil photo juga adalah menjadi hobi yang menyeronokan ,malah boleh meghasilkan pendapatan yang lumayan jika sesuatu photo itu menceritakan sesuatu yang penting ,Photo yang sukar di perolehi seperti anak kelahiran bard pitt dan Angelina jolie yang bernilai berjuta2 ringgit ataupun sesuatu photo itu menang dalam pertandingan photo atau photo yang tersiar di majalah-majalah ada nilainya yang tertentu.Photo menjadi teramat penting sehingga ia menjadi satu bahan bukti yang boleh diterima dalam mahkamah.Jadi bagaimana anda mentafsir photo.Pernahkah anda terasa sesuatu photo itu sangat bererti dan memberi kesan mendalam dalam diri anda,terutama gambar ibu dan ayah atau family kita ,tapi mungkin ada juga photo yang amat kita benci akibat peristiwa duka masa lalu.Kesimpulannya photo itu sendiri ada makna atau cerita tersendiri,adakah ia memberi makna atau tidak bergantung kepada tafsiran tersendiri...setiap detik berlalu itu adalah sejarah bagi kita,kenapa tidak kita jadikan ia suatu kenangan indah hidup kita..fikirkanlah?

Tuesday, June 20, 2006

Jodoh Pertemuan


Rezeki,Kematian dan jodoh pertemuan adalah ketentuaan Allah.Pekara yang halal dibenci oleh allah ialah Peceraian.Namun kekadang perceraian tak dapat di elakan,walaupun ramai yang mendoakan kebahagian rumahtangga kita.Tiada keserasian,masaalah ekonomi,masaalah tidak dapat memberi nafkah zahir atau batin selalunya menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga.Bertolak ansur,mempercayai pasangan,saling sayang menyayangi adalah kekuatan bagi sesuatu rumahtangga.Baru-baru ini peminat-peminat erra fazira dan yusri ( KRU) ,terkejut seketika apabila mendapat tahu mereka mengesahkan peceraian di mahkamah syariah,setelah beberapa bulan tidak tinggal bersama.Ketika persandingan mereka secara besar-besaran dahulu di sambut oleh turunnya hujan yang renyai2 bagi meredhai mereka dan begitu juga bila berlaku perceraian,hujan bagai menyambut mereka sekali lagi.Mungkin ada rahmat di sebalik peceraian bagi kedua-dua pasangan ini,mungkin jodoh pertama ini bukan jodoh mereka yang sebenar.Mungkin dengan peceraian ini membuat antara mereka senyuman menanti kebahagian yang akan mereka temui selepas ini..
Segala2nya adalah ketentuan tuhan,senyumlah sebagai menyambut kebahagian yang akan mendatang...? fikir2kan lah..

Monday, June 19, 2006

Bersyukurlah?


Hidup kita penuh kebahagian,rezeki berlimpah ruah,nasi dimakan jarang dihabiskan,KFC,Pizza sebulan sekali sudah pasti,Mc Donald pilihan hati..tapi adakah pernah kita bersyukur..?Allah maha kaya memberi rezeki kepada hambanya,bersyukurlah kita tergolong dalam golongan yang di limpah rezeki,bagaimana mereka yang kais pagi makan pagi,bagaimana mereka di Ethophia,Bagaimana mereka di negara2 terlibat dengan peperangan ,dapatkah mereka seperti kita.Makan sehalobanya,makan sehingga lupa.Ya Allah lembutkan lah hati kami supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat mu,Moga lembut hati kami menunaikan zakat bagi membantu mereka yg berhak keatas harta kami.amin..Fikirkanlah org lain ketika kita menyuap nasi yang penuh nikmat,bagaimana saudara islam kamu yg lain....
bersyukur lah dan fikir-fikirkanlah.


Dalam negara kita masih ramai orang yang tidak bernasib baik,seperti yang digambarkan oleh rancangan bersamamu di TV3.Orang miskin yang mulia tidak akan meminta2,carilah mereka di kampung2,di desa2 sedekahlah kepada mereka.Orang yang miskin yang mulia akan bersyukur dengan bantuan diberi.Insyaalah mereka akan gunakan bantuan itu untuk membebaskan diri dari kemiskinan,dan mereka akan berdoa tahun hadapan mereka pula yang akan mengeluarkan zakat atau bersedekah...Insyaallah.




Kalau kita pandang org kaya,hartawan kita rasa kita serba kekurangan,tapi cuba kita pandang orang yang miskin,bak kata pepatah kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,tengok kereta orang lebih besar terasa kita ni koman sangat,tapi tengoklah yang berbasikal mencari nafkah,baru terasa banyak nikmat yang allah beri pada kita,bersyukurlah...?

Friday, June 16, 2006

Antara anjing & Awek mu

Tazkirah Pagi - Antara Anjing & Awek mu...


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Fikir2kanlah.....

diperolehi dari e-mail :
Thanks & Best Regards
Hakim, PCBA Product Engineering, Western Digital (M), Ext: 5297

Wednesday, June 14, 2006

IMPIAN SIANAK


Bahagian sesebuah keluarga terserlah dengan kehadiran anak-anak yang comel dan manja sebagai pengikat kasih sayang antara 2 insan,dalam suatu perkahwinan.Sedangkan yang tak berkahwin pun merasa bahagia dengan kehadiran anak2 tapi keredhaan allah adalah sangat penting bagi kebahagian hakiki.Memberi pendidikan adalah salah satu tanggung jawap yang sangat penting,tapi sering kali kita berdalih tak cukup itu dan ini untuk memberi pendidikan anak.Adakah salah sianak jika tidak pandai,salahkan si anak jika tidak kenal dosa pahala,salahkah si anak lupa jasa ibu bapa...fikirkanlah..besarnya tanggungjawap kita??
Tanggung jawap anak terhadap ibu bapa pula dapat dilihat dalam ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”

Thursday, June 08, 2006

Demam??


Sehari dua lagi ramai orang akan demam?Kebanyakkan kawan saya temui hari ni mengaku dengan sejujur2nya yang dia orang akan demam mulai esok hari.Hairan juga saya,awal2 lagi dah tahu nak demam lepas tu siap kata "sebulan aku demam start besok".Doktor pakar kat Hospital Selayang pun tak tahu bila kita nak demam dan berapa lama kita demam.
Tapi respect juga saya kat kawan saya ni,tinggi ilmu dia ,siap tahu bila demam dan lama mana dia akan demam...Tapi itu la , saya pun hari ni , macam dah nak start demam je rasanya ni..???
Tapi saya rasa peminat bola sepak mesti "Demam Bola ",mulai esok,maklum lah Piala Dunia dah nak start ni.Esok malam kul 3 pagi banyak lah rumah yang terang benderang tengok bola,deman bola la tu...tapi eloklah kekawan sembahyang tahajud dulu ke,bola -bola juga...sambil menunggu bola ,elok lah mengaji al-quran ke,sekurang2nya musim bola ni boleh latih kita dekat dengan allah.. insyallah!!!.
kalau ok ,insyaalah lepas demam bola nanti terus demam baca quran or demam tahajud..setiap sesuatu tu ada kebaikan dan keburukan,mungkin demam bola ni dekatkan kita denga allah dan mungkin juga akan menjauh kan kita dariNYA.,Kalau siap berjudi,pertaruhan dan lain2 tu dah sah le jauh kita dariNYA..Fikir-fikirkanlah.

Demam jangan tak demam...!!!...harap2lah Germany juara!!!