Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, September 28, 2006

Hampir 8,000 pelajar buta solat.

Seramai 7,942 pelajar beragama islam di beberapa sekolah rendah dan menengah di Terengganu tidak pandai mendirikan solat. Kepincangan ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Dr.Abdul Latif Awang berdasarkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Menurut tinjauan JPN terhadap 70,903 murid sekolah rendah dan 79,919 pelajar sekolah menengah sehingga Ogos tahun ini.Daripada itu 4,430 atau 6.2 peratus murid sekolah rendah belum dapat menguasai solat sepenuhnya.Seramai 3,512 pelajar sekolah menengah belum pandai sembahyang.
Sungguh memeranjatkan apabila masih ramai orang islam di Malaysia tidak pandai solat, Pendidikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan amat jelas gagal dalam memberi pendidikan untuk menjadi umat islam yang sejati.
Pengalaman saya, pendidikan dari seawal sekolah tadika adalah amat penting kerana minda kanak-kanak yang masih lagi bersih amat mudah untuk menghafal atau menerima pelajaran. Anak kawan saya yang di dedahkan pada tadika/kidergarden uia telah boleh melakukan solat seawal umur 5 tahun, Ini amat jelas menunjukkan begitu mudah untuk mendidik seorang muslim untuk mendirikan solat. Apabila selibus sekolah yang tidak menitik beratkan pendidikan rohani , sudah tentu menjauhkan lagi anak-anak dari agamanya. Di tambah dengan kesibukan ibu dan ayah bekerja, mencari sesuap nasi di zaman ekonomi sekarang memanglah amat sukar memberi masa untuk mendidik anak-anak sepenuhnya. Dengan bantuan sekolah yang masih berpegang kepada prinsip agama islam telah memudahkan ibu bapa bekerja. Jika sekolah kebangsaan masih tidak di rombak bagi menguatkan pendidikan agama nascaya peratus yang tidak pandai solat akan meningkat, dan tidak hairanlah ia selari dengan peningkatan gologan-gologan yang murtad. Jika sekatan dan bantuan masih di pinggirkan kepada sekolah-sekolah berteraskan agama maka tidak mustahil ada anak di kalangan kita yang tidak akan pandai solat nanti. Fikirkanlah untuk ugama islam,negara islam dan syiar islam.....?

Wednesday, September 20, 2006

Rampasan kuasa di Thailand

Suasana politik tidak menentu menyelubungi Thailand khususnya di kawasan Bangkok berikutan pihak tentera mengambil alih kawalan ke atas Pejabat Perdana Menteri lewat malam ini ketika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berada di luar negara.
Para saksi di luar bangunan kerajaan di tengah Bangkok berkata, tentera yang setia kepada komander tentera yang ‘dipecat’, Lt. Jen. Sonthi Boonyaratglin, mengambil alih kawalan bangunan itu dalam rampasan kuasa yang desas-desusnya telah kedengaran sejak minggu lalu.
Suasana politik dalaman Thailand yang bergolak telah melibatkan juga nama umat islam di selatan Thailand, Setiap keganasan letupan bom di kaitkan dengan umat islam disana. Ini telah mengakibatkan umat islam di selatan Thailand terinaya/tertindas akibat musuh dalaman. Sehingga umat islam di selatan Thailand terpaksa melarikan diri ke dalam negara kita dengan sebegitu ramainya. Warga selatan Thai menjadi mangsa tuduhan keganasan bagaikan penganas. Namun akhirnya terbukti ada unsur dalaman melakukan letupan demi letupan bom di selatan Thai. Setelah Pemerintah Thai leka dengan isu keganasan di selatan Thai terdapat politik dalaman terutama tentera mengatur strategi untuk merampas kuasa , walaupun cubaan secara pilihanraya sebelum ini tidak dapat melemahkan penguasaan pemerintah sekarang ( Takshin).
Suasana politik sebegini sebenarnya makin melemahkan negara Thai itu sendiri, Para pelabur antarabangsa pasti bimbang dengan suasana sebegini. Para pelabur pasti melarikan diri dan tidak berani untuk melabur di negara itu. Kebimbangan juga terhadap politik ASEAN, dimana terdapat dua buah negara di utara yang tidak setabil ketika ini iaitu Burma dan kini Thailand, akan mengakibatkan suasan Pengurusan dan Kesefahaman ASEAN akan tergugat. Walaupun Sonthi yang beragama Islam tidak dilihat bertindak mewakili umat Islam di selatan Thailand dan dipercayai bertindak atas arahan raja negara itu, Bumiphol Adulyadej, tetapi adalah diharapkan dengan penggulingan Thaksin, kekejaman dan penganiayaan ke atas umat Islam di wilayah-wilayah bergolak dapat dihentikan dengan seberapa segera dan perundingan ke arah keamanan akan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama . Negara kita juga bagai ada krisis politik dalaman, bagaimana PM dan bekas PM terdahulu bertegang leher menegakkan kebenaran masing-masing. Adakah suasana di Thailand ini memberi inspirasi kepada golongan menetang kerajaan, jika ya ? ia amat menakutkan dan merugikan rakyat negara ini. Kini terdapat segelintir ahli Parlimen yang berani menegur Perdana Menteri di Parlimen , akan tiada perubahan di lakukan terhadap negara . Jelas keberanian ahli parlimen di dalam dewan parlimen telah mengambarkan ada politik dalaman yang tidak senang dengan Perdana Menteri kini.Wallahualam. Tekanan ekonomi adalah faktor utama terjadinya krisis politik dalaman sesebuah negara, jika di renung apakah keadaan ekonomi terkini negara kita kini , bincang dan fikirkanlah ?

Thursday, September 14, 2006

konsep rezeki dalam islam

Konsep rezeki dalam Islam

* Allah memerintahkan manusia memanfaatkan rezeki diperoleh sebaik mungkin.
* Beristighfar dan taubat seseorang manusia ke hadrat Allah akan menjadi jalan datangnya
rezeki.
* Rezeki mengikut Islam adalah benda memanfaatkan kepada tuan empunyanya, bukannya
keuntungannya atau kekayaannya atau apa dimilikinya.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman bermaksud: Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh, ayat 10-12).

Ketika mentafsirkan ayat itu, Imam Ibnu Kathir menegaskan bahawa beristighfar dan taubat seseorang manusia ke hadrat Allah akan menjadi jalan datangnya rezeki, turunnya hujan yang membawa keberkatan, bertambahnya zuriat keturunan dan melimpah ruah hasil bumi.Pada dasarnya, orang beristighfar mengaku kesalahan yang mengotori jiwanya. Tatkala, dia memohon ampun dan bertaubat, dosa kesalahannya itu terhapus daripada hatinya. Natijahnya, hati yang bersih suci akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan termasuk mencari rezeki yang halal lagi baik.

Daripada rezeki yang halal dan baik itulah turunnya keberkatan Allah SWT.Namun, umat Islam terkeliru konsep rezeki sebenarnya mengikut Islam. Rata-rata mereka memahami rezeki yang bernilai kerana mereka melihat rezeki itu sebagai harta dan benda yang pada asasnya adalah aset kekayaan. Padahal, persepsi itu tidak benar kerana rezeki pada hakikatnya tiada kaitan, apatah lagi hubungan secara langsung dengan benda dan tidak juga dengan kemiskinan atau kekayaan. Sebagai contoh, mungkin kita pernah bertemu dengan seorang jutawan memiliki aset hartanya berjuta-juta ringgit, hanya membelanjakan sebahagian kecil daripada hartanya itu pada setiap hari, dia tetap memakai pakaian lusuh, tidak memiliki walaupun sebuah kereta mewah, malah sanggup berjalan kaki ke sana ke mari. Maka timbul persoalan mengapa jutawan itu berbuat demikian sedangkan dia berharta?

Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud; Berkatalah anak Adam: Mana hartaku? Mana hartaku? Itu bukanlah harta kamu melainkan apa yang kamu makan dan hancurkannya (dalam perut kamu) atau apa yang kamu pakai sehingga pakaian menjadi lusuh dan koyak atau apa yang kamu sedekahkan dan kamu nafkah (dengan tulus ikhlas).(Hadis riwayat Muslim).Jelas hadis Rasulullah SAW bahawa rezeki sebenarnya mengikut Islam adalah benda memanfaatkan kepada tuan empunyanya, bukannya keuntungannya atau kekayaannya atau apa dimilikinya. Wang sedikit dibelanjakan itu adalah rezekinya, manakala bakinya masih tersimpan bukanlah rezekinya. Dalam hadis itu, Rasulullah menegaskan tiga perkara menjadi pintu utama rezeki bagi manusia. Justeru, manusia pada dasarnya tidak memiliki harta melainkan pada tiga perkara disebutkan tadi. Ringkasnya, harta itu sebenarnya satu amanah dipertanggungjawabkan dengan kewajipan mengagihkan hak milik Allah kepada makhluk menghuni alam maya ini.

Kehidupan dunia ini ujian bagi manusia sama ada menjadi orang beriman dan mencintai Allah ataupun sebaliknya, sedangkan Allah menjadikan manusia daripada tanah, memberi dan memenuhi segala keperluan hidup dengan limpahan nikmat tidak terhingga supaya dapat dilihat dan dinilai siapakah yang lebih baik amalnya seperti firman Allah yang bermaksud: Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (Surah al-Mulk, ayat 2).Setiap pemberian Allah pada hamba-Nya adalah rezeki kerana dapat memanfaatkannya ke arah kebaikan, kesejahteraan dan keredaan Ilahi.

Rezeki itu bukanlah harta semata-mata, sebaliknya sifat pemurah itu adalah rezeki. Allah tidak melihat seseorang itu lebih tinggi kedudukannya daripada yang lain dalam apa juga bentuk rezeki, malahan semuanya diberikan keutamaan dan kelebihan masing-masing.Kunci rezeki terletak kepada cara memanfaatkan rezeki itu ke arah kebajikan dan ganjarannya adalah rezeki yang melimpah ruah kerana menghormati dan mensyukuri pemberian Allah. Bukankah Allah SWT berfirman bermaksud: Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. (Surah Ibrahim, ayat 7)

Petikan dari bharian.

Tuesday, September 12, 2006

Kemana Wawasan Minda orang melayu?


Misteri suara dari kubur jadi tumpuan orang ramai
KOTA BHARU: Misteri kononnya suara seorang perempuan mengilai dan menangis di kubur Kampung Sungai Keladi di sini yang tersebar sejak dua minggu lalu, menjadikan kawasan itu tidak putus-putus dikunjungi orang ramai terutama pada tengah malam.

Pinang tree with a ‘face’ on a frond
KEPALA BATAS: A “scary-looking face” on a pinang tree has been drawing curious crowds to a village house in Kampung Paya near here.

Vampire’s locks ‘grew’ at museum
THE hair of an exhibit that apparently “grew” while it was on show at the Asian Arts Museum in Universiti Malaya has become a topic of discussion in a KOSMO! report.

Petikan keratan akhbar-akhbar diatas dengan jelas betapa orang melayu begitu tertarik dengan perkara-perkara mistik dan misteri. Sesuatu tempat yang misteri atau mistik pasti akan menjadi tumpuan orang ramai terutama orang melayu. Tidak hairanlah Muzium Negara baru-baru ini pun mengambil kesempatan dengan mengadakan Pemeran-pemeran Alam Mistik, misteri atau hantu ini mendapat sambutan yang menggalakan dan di luar jangkaan. Walaupun tiada research atau kajian mendalam di mana hasil dan datangnya bahan-bahan Alam Mistik tersebut. Cuma keterangan yang sedikit dan bukan ilmiah hanya tertera di pameran itu. Juga kalau di amati majalah berunsurkan alam-alam mistik dan misteri boleh bertahan bertahun-tahun lamanya seperti majalah Mastika berbanding dengan majalah lebih ilmiah yang berkubur setelah beberapa tahu di keluarkan.
Sejak di zaman kesultanan Melayu Melaka lagi orang melayu telah di jajah oleh Hindulisme, ketika itu orang melayu mengamal budaya hindu dan agama hindu dalam kehidupan seharian. Sehinggalah kita amat sukar menghapuskan budaya hindu dalam kehidupan seharian orang melayu, seperti bersanding ketika berkahwin, berinai,memakai tangkal,dan mempercayai kuasa ghaib dan lain-lain. Kalau tidak kerana Sultan Melaka memerintah semua rakyatnya menganut agama islam ketika itu mungkinkah kita masih berada didalam keadaan Hindulisme sehingga kini. Sekurang-kurangnya berjasa sultan kepada orang melayu yang amat besar adalah memerintah orang melayu memeluk islam ketika itu. Jadi apa jasa kita kepada bangsa kita?
Apakah kita akan meneruskan budaya atau amalan Hindulisme ini yang memang bertentangan dengan agama islam. Beratus tahun cuba menukar minda orang melayu, Bagaimanakah kita nak tukar minda orang melayu pada kelas pertama pada wawasan 2020 ,yang hanya berusia berpuluh tahun sedangkan beratus tahun lamanya, minda Melayu masih berbudaya Hindulisme. Rasanya banyak perlu di lakukan oleh pelbagai pihak termasuk Media , Pemerintah dan keseluruhan rakyat Malaysia? Fikir2kan lah ye?...

Friday, September 08, 2006

Bila Prinsip di Pegang?

Presiden Republik Iran : Ahmadinejad, hanya menundukan sedikit kepalanya tanda hormat tanpa menghulurkan tangan, apabila pemimpin wanita itu ingin berjabat tangan/bersalam dengannya. Itulah perinsip Islam yang amat cukup kemas di pegangnya. Iaitu lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh sewenangnya berjabat tangan. Ahmadinejad sedikit pun tak merasa janggal atau malu untuk berpegang kepada Prinsip Islam. Malah dia sangat berbangga dengan Islam yang dianutinya. Biarlah apa orang kata prinsip tetap prinsip, Islam tetap Islam. Mungkin perkara ini di pandang remeh oleh setengah orang, tapi bayangkanlah kalau perkara "Seremeh ini " pun beliau sangat bertegas, bagaimanakah dengan hal yang lain?
Seperti isu Nuklear, pencerobohan Israel terhadap Plastine, Lubanon, dan lain-lain isu yang lebih besar dari ini. Atas ketegasan pada prinsip Islamlah, makan Iran menjadi negara umat islam yang di geruni dan di hormati ketika ini oleh negara -negara Barat. Itulah Sunnah Allah. Umat Islam akan di geruni oleh lawannya, hanya apabila mereka berpegang teguh dengan Prinsip dan Aqidah Islam itu sendiri. Siapalah yang patut berbangga dengan Prinsip Umat Islam kalau bukan Umat Islam itu sendiri.
Bagaimana dengan ANDA? Fikir-fikirkanlah...diperolehi sumbangan email sahabat.

Thursday, September 07, 2006

Fahami matlamat hidup kita?

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ?Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! ?Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!?Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!Demikianlah kehidupan ini ? ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
 Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ?keseronokan? atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
 Kita terlalu banyak ?komplen? dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
 Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
 Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ?kematian? itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ?Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.?

diperolehi dari email sahabat?..