Rampasan kuasa di Thailand
Suasana politik tidak menentu menyelubungi Thailand khususnya di kawasan Bangkok berikutan pihak tentera mengambil alih kawalan ke atas Pejabat Perdana Menteri lewat malam ini ketika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berada di luar negara.Para saksi di luar bangunan kerajaan di tengah Bangkok berkata, tentera yang setia kepada komander tentera yang ‘dipecat’, Lt. Jen. Sonthi Boonyaratglin, mengambil alih kawalan bangunan itu dalam rampasan kuasa yang desas-desusnya telah kedengaran sejak minggu lalu.
Suasana politik dalaman Thailand yang bergolak telah melibatkan juga nama umat islam di selatan Thailand, Setiap keganasan letupan bom di kaitkan dengan umat islam disana. Ini telah mengakibatkan umat islam di selatan Thailand terinaya/tertindas akibat musuh dalaman. Sehingga umat islam di selatan Thailand terpaksa melarikan diri ke dalam negara kita dengan sebegitu ramainya. Warga selatan Thai menjadi mangsa tuduhan keganasan bagaikan penganas. Namun akhirnya terbukti ada unsur dalaman melakukan letupan demi letupan bom di selatan Thai. Setelah Pemerintah Thai leka dengan isu keganasan di selatan Thai terdapat politik dalaman terutama tentera mengatur strategi untuk merampas kuasa , walaupun cubaan secara pilihanraya sebelum ini tidak dapat melemahkan penguasaan pemerintah sekarang ( Takshin).
Suasana politik sebegini sebenarnya makin melemahkan negara Thai itu sendiri, Para pelabur antarabangsa pasti bimbang dengan suasana sebegini. Para pelabur pasti melarikan diri dan tidak berani untuk melabur di negara itu. Kebimbangan juga terhadap politik ASEAN, dimana terdapat dua buah negara di utara yang tidak setabil ketika ini iaitu Burma dan kini Thailand, akan mengakibatkan suasan Pengurusan dan Kesefahaman ASEAN akan tergugat. Walaupun Sonthi yang beragama Islam tidak dilihat bertindak mewakili umat Islam di selatan Thailand dan dipercayai bertindak atas arahan raja negara itu, Bumiphol Adulyadej, tetapi adalah diharapkan dengan penggulingan Thaksin, kekejaman dan penganiayaan ke atas umat Islam di wilayah-wilayah bergolak dapat dihentikan dengan seberapa segera dan perundingan ke arah keamanan akan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama . Negara kita juga bagai ada krisis politik dalaman, bagaimana PM dan bekas PM terdahulu bertegang leher menegakkan kebenaran masing-masing. Adakah suasana di Thailand ini memberi inspirasi kepada golongan menetang kerajaan, jika ya ? ia amat menakutkan dan merugikan rakyat negara ini. Kini terdapat segelintir ahli Parlimen yang berani menegur Perdana Menteri di Parlimen , akan tiada perubahan di lakukan terhadap negara . Jelas keberanian ahli parlimen di dalam dewan parlimen telah mengambarkan ada politik dalaman yang tidak senang dengan Perdana Menteri kini.Wallahualam. Tekanan ekonomi adalah faktor utama terjadinya krisis politik dalaman sesebuah negara, jika di renung apakah keadaan ekonomi terkini negara kita kini , bincang dan fikirkanlah ?

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home