Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, August 30, 2006

Rating metaliti ( Mentality ) ) rakyat malaysia ke 49?

Majlis persandingan Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam kelmarin, disaksikan 6.3 juta penonton, lebih 1.6 juta mengatasi program bicara eksklusif Asmawi Ani dan bekas tunangnya, Nor Diana Md Naim.
Program Mawi... Ina yang juga disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, menarik 4.7 juta.Jumlah ini berdasarkan ‘rating semalam’ oleh AGB Nielsen Media Research, sebuah badan bebas yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan jumlah penonton sesebuah program televisyen.Pengarah Urusan AGB Nielsen, Danyal Abdul Malik, berkata perangkaan itu membabitkan jumlah penonton yang melihat program itu sekurang-kurangnya 15 minit.
Jumlah rakyat malaysia menyaksi rancangan hiburan adalah amat jelas mengambarkan rakyat ini suka berhibur,jika di campur kesemua jumlah rating 3 siaran tv tersebut menjadi jumlah yang agak besar 11 juta,bermakna ketika itu 11 juta rakyat malaysia sedang berhibur dan tidak membaca buku ilmiah atau melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan minda.Sasaran minda kelas pertama kelihatan agak samar untuk kerajaan mencapai sasaran menuju negara maju tahun 2020 jika ini berterusan dan seolah2 diberi galakan oleh RTM.RTM merupakan media utama pemerintah negara jika ia juga terlibat sama dalam programe hiburan yang keterlaluan maka ajakan ke minda kelas pertama hanyalah manis di mulut dan tidak ada tindakan susulan. Jumalah keseluruhan rakyat malaysia 25.45 juta berbanding dengan rakyat malaysia berbanding ranting menonton rancangan hiburan ina-mawi dan ct-dato K ,sejumlah 11 juta menunjukkan hampir 50% rakyat malaysia terdedah kepada rancangan2 hiburan.Jika ditambah dengan siaran hiburan yang lain di tv8,tv7,di tv2 sudah pasti ranting rakyat berhibur akan meningkat,Apa akan jadi kepada negara kita setelah merdeka selama 49 tahun.
Rakyat malaysia tidak boleh di persalahkan 100% kerana pihak kerajaan terlalu menyokong program2 hiburan kalau tidak macam mana boleh RTM juga terlibat sama.Nampak dan jelas begitu sukar untuk mengubah minda rakyat malaysia bagi memikirkan perkara2 yang lebih berilmu dan berperikemanusiaan seperti masalah penindasan rakyat plastine,kemusnahan lubanon,terpinggirnya melayu di pulau pinang,masalah pendidikan sejarah di malaysia ,kurapsi dan rasuah dan byk lagi yang perlu kita fikirkan.
fikirkanlah ketika 11 juta rakyat malaysia berhibur ketika itu israel memikirkan bagai mana untuk meghapuskan umat islam dan negara islam,ketika 11 juta rakyat malaysia berhibur berapa ramai saintis amerika,israel,russia dilahirkan..Jika anda rakyat malaysia dan sayangkan negara ini fikir2kanlah..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home