
Pelakon Hani Mohsin,41 meninggal dunia jam 9.30 pagi Selasa – dipercayai kerana serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan Air Asia untuk ke Alor Star dan seterusnya ke Pulau Langkawi di terminal tambang murah KLIA,Sepang.Allahyarham bersama anak tunggalnya Hani Karmila,9 ketika itu.Mereka berdua dalam perjalanan untuk bercuti.Pengacara rancangan Roda Impian itu mengadu sakit dada dan rebah di situ.Hani yang mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar adalah bekas suami kepada Tiara

Jacquelina.Di sebalik pemergian beliau banyak pengajaran yang kita dapat iaitu kasih sayang antara anak ayah dan ibu tetap utuh walaupun peceraian berlaku.Beliau yang terkenal dengan sifat kuat kerja,tiba-tiba berubah ingin bercuti bersama-sama anak beliau namun hasrat beliau tak tercapai,namum memberi pengajaran buat kita luangkanlah masa untuk anak atau famili selagi kita hidup didunia.Tuhan tak memberi kita walau sesaat pun jika sudah tiba masanya, walaupun kesedaran dan niat yang baik untuk kita lakukan sesuatu namun jika ajal tiba tuhan tidak akan memberi kita masa walaupun sesaat.Perceraian bukan lah pemusnah segala kehidupan bersama,terutama ikatan si anak dengan ayah dan ibu tetap ada,bagilah masa untuk mereka bersama seperti yang hendak di lakukan oleh allahyarham hani mohsin ingin bersama-sama anak beliau, dan masa yang sama ikatan kasih sayang si ibu tetap utuh dihati anak.Tidak putus perhubungan ini dapat di lihat bagaimana Tiara dan suami baru beliau sanggup menguruskan pengacara pengkebumian ini dengan sempurna tanpa rasa dendam dan syak was sangka.Semoga roh allahyarham di rahmati allah.al-fatihah.
2 Comments:
At 4:25 PM ,
Anonymous said...
Pandai berkata-kata mu ni ..,what yyou hv achieved in life?
At 4:27 PM ,
Anonymous said...
Jgn cakap sahja habuk takde
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home