Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, July 19, 2006

Zinedine Zidane Menegakkan maruah diri?

Peminat Bola terkejut dengan tragedi menyaksikan perlawanan
akhir Piala Dunia bola sepak malam baru-baru ini (awal pagi 10 Julai waktu Malaysia).
Salah satu aksi sentiasa menjadi igauan saya ialah ketika Zidane 'menanduk'
dada seorang pemain Itali. Mengapa, mengapa dan mengapa Zidane?
Saya turut menerima e-mel daripada rakan-rakan mengenai kejohanan itu.
Artikel ini saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama.

Pemain Sayap Perancis, Franck RiberyPARIS: Pemain kebangsaan Perancis,
Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada
Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula
perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk
Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal
peribadi dan tidak suka memperkatakannya di khalayak ramai, kerana bimbang
disalah tafsir penyokong Perancis.
Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu
wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi
memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media
mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary
di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada
2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai
seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.
"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang
permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier,
justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui
Islam."
Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï
'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya
dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat
pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk
Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka
merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan
pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.
Kapten Zinedine Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane' juga seorang Muslim.
Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk
Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.
Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari
senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal' apabila memeluk Islam. Dia
kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.
Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan
minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang
mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim
Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.
"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan
kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .
Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali
dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas
Piala Dunia 2006.
Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian
berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan
Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum
dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.
Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain
pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis
Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria
membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak
permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik
Dunia sebanyak tiga kali.
Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic
dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg
berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan
etnik Finland.
Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan
Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika
menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan
teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.
Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda
sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain
pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama Islam, Kolo
Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah
Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri
perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC
Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian
bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal. Mungkin ada kebenaran dari artikel ini,jika tidak abaikan ,fikir2kan lah

di perolehi dari sumber email .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home