CT oh CT

Hari ini dengan rasminya ct norhaliza artis tesohor berasal dari kuala lipis ,Pahang dengan rasminya mengumumkan tarikh perkahwinannya,yang akan dilangsungkan pada 21.08.2006.Desas -desus mengenai siapa pilihan dia terjawap dengan kehadiran bersama pasangan beliau di depan wartawan-wartawan yang telah lama menunggu .Terjawablah sudah pilihan beliau ialah Dato K,seorang yang matang,bermisai tebal,mempunyai kekayaan,pangkat,kematangan dan yang pasti ekonomi yang mantap.Sekali imbas begitu sepadan dengan beliau yang mempunyai harta dan nama yang agak sama.Cuma beza umur yang agak jauh,Dato k 47 tahun sebaya ayah beliau dan beliau sendiri 27 tahun,agak jauh bezanya (20 tahun).Namun kerana cinta,tiada siapa dapat menghalangnya,walaupun tanpa restu peminat beliau mengikut kata hati yang dilamun cinta.Semoga beliau berbahagia walaupun desas desus mengatakan dato k adalah seorang kasanova,panas baran,gila perempuan tidak dapat melemahkan cinta CT.Ada berpendapat perceraian dato K dan isteri adalah kerana CT tidaklah dapat di pastikan,hanya antara mereka yang mengetahui.Namun CT tetap jadi bualan dan cakap2 kedai kopi kenapa CT sangup merampas suami orang dan mengapa beliau sanggup berkahwin dengan lelaki seusia ayahnya.Sukar untuk kita menjawapnya,cuma berlandaskan cinta dapatkah rumahtangga beliau bertahan.Bagai kata orang-orang lama,kebahagian sesuatu rumah tangga itu hanya dapat dilihat setelah 7 tahun perkahwinan,kerana untuk melihat diri seseorang itu jujur dalam perkahwinan dan kematangannya selepas 7 tahun perkahwinannya.Jika ia bertahan selama itu dah lebih dari itu maka tidak teragak2 marilah kita ucapkan tahniah keatas beliau,tapi nampaknya kita kena tunggu 7 tahun dari sekarang,semoga beliau di panjangkan jodoh dan di murahkan rezeki..bertemu kita 7 tahun dari sekarang bagi mengupas isu ini..
Tragedi di London adalah penyebab segalanya,kita tidak tahu apa yang berlaku dan telah berlaku antara mereka di London.Apa yang pasti datuk K telah merancang dari awal untuk memenangi hati CT,dengan bertandang ke rumah untuk urusan tajaan ke London bagi menjadikan CT ,artis pertama Malaysia membuat pertunjukan disana.(Royal Albert hall ).Berjuta duit datuk K sedari awal kehabisan akibat memberi sponser yang begitu banyak bagi penajaan tempat tinggal ,penerbangan,tajaan kenamaan,peminat dll.Ini bagai menghibur hati CT yang ketika itu populariti yang agak menurun akibat kehadiran bintang baru AF iaitu Mawi dan juga krisis dengan biduanita Sharifah Aini juga sedikit sebanyak mengurangkan populariti beliau.Datuk K seolah2 sebagai penyelamat kepada kepopulariti beliau kerana selepas konsert di London,di dapati populariti beliau semakin meningkat dan anugerah hiburan kembali di dimenangi oleh beliau.Bagaikan orang termakan budi dan kerana sifat datuk K yang matang bagai seorang bapa menjaga anaknya menyentuh hati CT.emm Ini mungkin andaian saya tapi cuba fikirkanlah kenapa selepas di London yang ketika itu datuk K masih bersama isteri beliau,fikir2kanlah..siapa nama anak CT nanti ye?

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home