Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, July 21, 2006

Kelemahan negara2 islam.


Tentera Israel hari ini terus memperhebatkan serangan di bumi Lebanon termasuk melalui jalan darat dan menggugurkan bertan-tan bom hingga meragut lebih 70 nyawa – jumlah tertinggi dalam tempoh sembilan hari pencerobohan rejim itu.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera marin Amerika Syarikat (AS) hari ini menjejakkan kaki ke bumi Lebanon buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun – satu perkembangan yang diikuti masyarakat antarabangsa secara berhati-hati, selepas kejayaannya menjajah Iraq.
Tragedi pencerobohan tentera israel ini dengan jelas menunjukkan betapa negara islam lemah dari segala segi,lemah dari segi ukhwah sesama negara islam,lemah ekonomi,lemah dari segi ketenteraan,lemah dalam segala skop kehidupan .Sehingga begitu mudah di perkotak -katikkan.Israel bagai membuat provakasi membunuh dan mengebom sesuka hati.Nyawa umat islam umpama tidak bererti,kanak-kanak terbunuh,orang tua lari bertempiaran di negara sendiri,sungguh sedih kita lihat,hanya doa yang dapat saya sertakan moga umat islam dilindungi dan di beri kemenangan akhirnya.AS yang membenarkan israel menyerang lebanon,tetapi tentera dia sendiri mula memasuki lebanon atas alasan untuk menyelamatkan rakyaatnya yang terkandas adalah amat di ragui.Bagaikan satu rancangan terancang antara AS dan israel,adakah AS bertujuan untuk menduduki satu lagi negara islam di negaraTeluk,atau hanya satu provokasi agar negara2 islam lain memberontak menyerang israel tanpa kebenaran majlis PBB.Kemungkinan juga ia satu provokasi ke atas negara Iran agar mengambil bahagian dalam kancah pencerobohan israel terhadap lebanon ini.Jika Iran terpedaya sudah tentu berlaku satu perang yang besar antara AS dan Iran di Negara Teluk,kemungkinan berlaku perang dunia ketiga adalah teramat cerah.AS sememangnya tidak gembira dengan perkembangan teknologi nuklear di Iran dan ini mungkin satu cara untuk melemahkan Negara Iran, jika peperangan berlaku lebih awal terhadap iran,ini bertujuan agar teknologi nuklear Iran tidak sempat berkembang atau mencapai kemuncak teknologinya.Kemungkinan Taiwan dan China juga akan berperang,Korea utara dan negara -negara lain yang tidak stabil akibat kenaikan harga minyak juga pasti memberontak,apabila AS dan Iran berperang negara lain mencari alternatif lain iaitu berperang untuk mencari sumber ekonomi yang baru bagi negara masing2.Semua negara akan merasa akibatnya jika negara AS dan Iran berperang,..Adakah sudah tiba masanya Imam Mahdi dan Nabi Isa sebagi penyelamat umat islam ? fikir2kan lah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home