Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, August 09, 2006

Ancaman Syabu

Penyalahgunaan dadah rekaan jenis syabu atau Amphetamine Type Stimulant (ATS) yang semakin berleluasa kebelakangan ini boleh mengucar-ngacirkan negara jika tidak dibanteras, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau yang melahirkan kebimbangannya itu memberitahu, penyalahgunaan dadah ATS di kalangan generasi muda amat membimbangkan dan ia dikenal pasti punca utama peningkatan kes-kes jenayah termasuk rogol, bunuh, samun dan rompak.
Menurutnya, mereka yang mengambil dadah ATS akan melakukan apa sahaja selepas menerima kesan dadah itu, malah tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah.
Dadah yang dikategorikan sebagai dadah tradisional seperti ganja, heroin, candu,pil actacy dan morfin semakin berkurangan di pasaran di negara ini ekoran kebanjiran ATS.Berlakunya jenayah yang makin tidak terkawal adalah amat menakutkan,pembunuhan kejam kerabat diraja baru2 ini juga adalah dikatakan berpunca dari sejenis dadah namun masih tidak dapat di pastikan?.Dadah tidak mengenal keturunan,kedudukan ,kekayaan malah pangkat sekali pun.Berbagai teknologi perkembangan dadah di pasaran yang disalah gunakan amat menakutkan,walaupun setengah jenis dadah adalah amat di perlukan untuk perubatan dan di dalam kegunaan teknologi farmasi.Pengawalan dari pihak berkuasa adalah tidak mencukupi begitu juga penambahan pusat-pusat rawatan dadah (serenti),malah ia semakin menambahkan kos pengendalian nya.Pembaziran kewangan negara amatlah tinggi terhadap pengawalan dadah didalam negara.
situasi keluarga amatlah penting dan begitu juga pihak sekolah atau pendidikan perlu mengambil serius dalam memberi pendidikan pada peringakat awal bahayanya penyalahan kegunaan dadah ini.Jauhkanlah generasi keluarga kita dari ancaman dadah ,sekali terkena hilang marwah diri dan keluarga.Fikir2...kanlah Dadah memusnahkan thamadun manusia..?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home