Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, November 23, 2006

Tragedi Pembunuhan Misteri?

Tragedi pembunuhan kejam seorang model Mongolia baru-baru ini amat mengerikan dan penuh misteri.Pembunuhan kejam dengan di tembak dan di letupkan amatlah tidak berperi kemanusian. Bagaimana senjata Bom boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang memiliki senjata, Jika benar anggota UTK ( unit tindakan khas ) melakukan amatlah menakutkan.Bayangkan anggota polis atau askar yang boleh menggunakan senjata untuk kepentingan peribadi atau kepentingan sesorang.Bukankah keperluan peluru, senjata sentiasa di pantau untuk kegunaan apa dan untuk siapa. Apa yang misteri bagaimana anggota UTK begitu berani melakukan pekara seperti itu dan atas kehendak sendiri atau atas kepentingan orang tertentu , apa yang dapat di simpulkan ia amatlah misteri dan adakah golongan VIP or VVIP terlibat. Hidup kini makin menakutkan, jenayah yang mengerikan dengan berbagai cara sering berlaku dalam negara kita, kekadang tak terfikir oleh akal yang normal bagaimana ia boleh di lakukan. Hanya kesedaran dan pegangan agama saja yang dapat mengawal jenayah yang tidak berperi kemanusian seperti ini. Fikirkanlah untuk renungan bersama?

Monday, November 13, 2006

Tragedi Pemikiran Melayu

Sebahagian daripada tulisan : Profesor DiRaja Ungku Aziz :
Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua .
Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.
Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British.

Wednesday, November 08, 2006

Perancangan Kewangan Islam.

Pernahkah anda berdepan dengan perkara-perkara seperti berikut :

1. Perbelanjaan melebihi pendapatan
2. Hutang-hutang yang tidak di bayar sepenuhnya setiap bulan.
3. Risau akan masa depan keluarga jika berlaku musibah
4. Ingin menambahkan pendapatan tetapi tidak tahu caranya
5. Risau tidak cukup simpanan ataupun masih samar-samar berkenaan
sumber pendapatan selepas bersara kelak .
6. Terlintas untuk membayar zakat dan beramal jariah tetapi masih belum berbuat demikian.

Semua perkara di atas berkaitan dengan wang ataupun lebih tepat jika kita kata berkait dengan masalah tidak cukup wang. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh golongan miskin tetapi juga menghantui golongan yang boleh dianggap kaya.
Kita tidak pernah merancang untuk gagal tetapi sering gagal untuk merancang. Sebab utamanya ialah kebanyakan orang agak jahil dalam hal merancang dan menguruskan kewangan peribadi. Tidak kiralah sama ada orang itu berpendapatan tinggi atau pun rendah. Mereka mempunyai satu persamaan iaitu masing-masing risau dengan masalah kewangan.
Sebenarnya kita tidak pernah di ajar di sekolah atau universiti dengan ilmu dan kemahiran menguruskan wang. Kalau adapun ia disentuh dengan sipi-sipi sahaja. Banyak perkara berkaitan kewangan dimasukkan dalam kategori tahu sama tahu, patut tahu ataupun tahulah sendiri selepas terkena...Petikan dari buku cukup wang hati tenang , oleh Hajah Rohani..
Ingatlah jika di beri 1 juta kepada 2 orang , akhirnya kita akan dapati perbezaan perancanagn antara kedua-dua orang itu dan hasilnya mungkin ada yang jatuh miskin, kaya terus kaya atau kedua-duanya akan miskin dan pape kedana. Oleh itu Perancangan kewangan Islam itu amat penting, Cuba fikirkan selepas bersara cukupkah kewangan kita jika masih hidup hingga ke umur 80 tahun. Tanpa perancangan yang rapi dan berdisiplin dari sekarang, saya percaya kita akan jumpa orang yang terus bekerja selepas umur 55 tahun sebagai Pegawal, tukang cuci, tukang kutip besi buruk, Kumpul barang-barang terbuang dll..Tidak perlu sejuta ringgit untuk menjadi Perancangan kewangan islam yang berjaya?" Fikirkanlah ..

Monday, November 06, 2006

Tambak Johor strategi British ?

Sultan Johor Sultan Iskandar Sabtu meminta Tambak Johor dibuka, atau dalam bahasa Johor dirobohkan, bagi memberi laluan kepada kapal-kapal menyeberangi Selat Tebrau, yang memisahkan Johor dan Singapura.
Baginda bertitah kewujudan tambak yang dibina penjajah Inggeris itu, kini menghalang kapal-kapal daripada melalui Selat Tebrau, yang menyebabkan Johor sering menerima kutukan.
"Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan, baru negeri Johor ini maju," titah baginda semasa merasmikan projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga di sini.
Menurut baginda tambak itu dibina oleh penjajah yang mengunakan taktik kotor untuk menipu nenek moyang baginda.
Titah baginda lagi tambak itu sengaja dibina untuk menyekat kapal melalui perairan itu bagi memesatkan kemajuan Pelabuhan Keppel di Singapura.
Baginda menegaskan tidak mahu beri muka kepada orang putih.
Tambak Johor sepanjang 3,465 kaki (1,050 meter) dari Johor Baharu ke Singapura, dibina pada tahun 1920 dengan keseluruhan strukturnya berukuran 60 kaki lebar (18.18 meter) dan menampung dua landasan keretapi serta jalan raya selebar 26 kaki (7.87 meter). Ia juga membawa pair air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya serta kabel komunikasi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali menegaskan sepatutnya Malaysia meneruskan projek membina jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor, dan ia merupakan isu utama yang mencetuskan pertembungannya secara terbuka dengan Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir sering mengaitkan pembinaan jambatan menggantikan tambak dengan maruah dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Malaysia boleh saja membina apa-apa struktur yang difikirkannya sesuai di sebelah sempadannya dan tidak perlu pun bertanya dengan Singapura. Kalau timbul pertikaian, ia boleh dirundingkan atau dirujuk ke mahkamah antarabangsa.

"Kalau Singapura dengan keluasan sekarang pun sudah cukup banyak menyusahkan Malaysia, apatah lagi apabila Singapura bertambah luas satu setengah kali ganda lagi," tegas Mahathir.

Wednesday, November 01, 2006

Harta Plaintif ( Harta Intelek)

Ku sangka Panas hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari.Itulah ibarat bagi orang yang seronok dengan kesenangan yang di perolehi tetapi tidak menyangka musibah akan mendatang bila-bila sahaja.Banyak yang kaya raya akhirnya merempat atau putus pendapatan akibat tiada ilmu atau penegtahuan dengan harta intelek ( Plaintif ). Contoh terbaik ialah apa yang terjadi pada saudara ujang yang menerbitkan 'MAJALAH UJANG' yang menghasilkan beratus ribu sebulan pendapatan tetapi akhirnya kehilangan pendapatan sebanyak itu dan menjadi kais pagi makan pagi. Kesilapan beliau yang tidak memetenkan ( Harta Intelek ) jenama Ujang mengakibatkan ada pihak lain yang telah memetenkan jenama tersebut . Dengan itu ujang tidak lagi dibenarkan menggunakan jenama ujang untuk majalah beliau. Disinilah kehilangan pendapatan beliau bermula dan terpaksa menggunakan jenama majalah lain,sedang pihak yang memetenkan jenama ujang dengan senang lenang memasarkan semula majalah tersebut. Kekayaan segera bagi yang memetenkan jenama tersebut dan kesusahan dan hilang pendapatan bagi yang terlupa menjenamakan jenama beliau. Begitulah betapa pentingnya memetenkan jenama ( harta intelek ) tetapi berapa ramai yang faham dan tahu semua ini.Bak kata perpatah dah terantuk baru tergeladah. Yang terbaru "Mawi world" jenama bagi penyanyi Mawi yang menggunakan jenama tersebut ,sedangkan telah ada pihak lain memetenkan jenama tersebut. Adalah jelas Mawi tidak boleh menggunkan jenama tersebut untuk keluaran minuman beliau. Tidakkan mahkamah sedang di ambil dimana mawi world di saman 1 juta oleh sebuah syarikat Yassa Sdn.Bhd yang menegaku telah memetenkan jenama tersebut. Apa yang dapat kita pelajari ialah ilmu itu adalah segalanya.Tanpa ilmu kita akan hilang kekayaan,nama,Pangkat dan lain-lain.Kekayaan senang di cari tanpa ilmu pengetahuan kita senang di tipu atau di ambil kesempatan. Kekayaan hari ini hilang bagai debu berterbangan jika tidak di isi dengan ilmu. Kelekaan mencari kekayaan kekadang kita terlupa mencari ilmu. Dengan ilmu pengetahuan Allah pasti menaikan darjat seseorang, Oleh itu carilah ilmu walaupun sejauh ke negeri China.