Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, November 06, 2006

Tambak Johor strategi British ?

Sultan Johor Sultan Iskandar Sabtu meminta Tambak Johor dibuka, atau dalam bahasa Johor dirobohkan, bagi memberi laluan kepada kapal-kapal menyeberangi Selat Tebrau, yang memisahkan Johor dan Singapura.
Baginda bertitah kewujudan tambak yang dibina penjajah Inggeris itu, kini menghalang kapal-kapal daripada melalui Selat Tebrau, yang menyebabkan Johor sering menerima kutukan.
"Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan, baru negeri Johor ini maju," titah baginda semasa merasmikan projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) di Teluk Danga di sini.
Menurut baginda tambak itu dibina oleh penjajah yang mengunakan taktik kotor untuk menipu nenek moyang baginda.
Titah baginda lagi tambak itu sengaja dibina untuk menyekat kapal melalui perairan itu bagi memesatkan kemajuan Pelabuhan Keppel di Singapura.
Baginda menegaskan tidak mahu beri muka kepada orang putih.
Tambak Johor sepanjang 3,465 kaki (1,050 meter) dari Johor Baharu ke Singapura, dibina pada tahun 1920 dengan keseluruhan strukturnya berukuran 60 kaki lebar (18.18 meter) dan menampung dua landasan keretapi serta jalan raya selebar 26 kaki (7.87 meter). Ia juga membawa pair air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya serta kabel komunikasi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali menegaskan sepatutnya Malaysia meneruskan projek membina jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor, dan ia merupakan isu utama yang mencetuskan pertembungannya secara terbuka dengan Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir sering mengaitkan pembinaan jambatan menggantikan tambak dengan maruah dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Malaysia boleh saja membina apa-apa struktur yang difikirkannya sesuai di sebelah sempadannya dan tidak perlu pun bertanya dengan Singapura. Kalau timbul pertikaian, ia boleh dirundingkan atau dirujuk ke mahkamah antarabangsa.

"Kalau Singapura dengan keluasan sekarang pun sudah cukup banyak menyusahkan Malaysia, apatah lagi apabila Singapura bertambah luas satu setengah kali ganda lagi," tegas Mahathir.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home