Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, October 02, 2006

Malaysia syurga pekerja asing

Pekerja asing di Malaysia
5 negara teramai hantar pekerja di Malaysia :

Indonesia 1,172,990
Nepal 199,962
India 130,768
Vietnam 96,892
Bangladesh 64,156

Angka berkenaan direkodkan sehingga julai tahun ini membabitkan sektor perkilangan ( 614,245 orang), Pertanian ( 372,007 orang ), Amah ( 317,391 orang), Pembinaan ( 278,102 orang ) dan Perkhidmatan 9 159,977 orang ). Sekurang-kurangnya 22 negara menghantar pekerja mereka di Malaysia.Dan 5 Negara teratas adalah seperti data dia atas.
Apa yang menyedihakan 1.8 juta warga asing mencari rezeki di Malaysia berbanding 59,000 siswazah kita mengagggur. Jika di lihat dari segi negatif sudah pasti wang negara kita telah mengalir ke luar dengan bergitu banyak sekali tetapi tidak di nafikan dengan kehadiran warga asing maka terbinalah bangunan tertinggi di malaysia ( KLCC ).
Kisah seorang graduan yang mendedahkan dia memperolehi pendapatan sehingga 8,000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah, baru-baru ini tidak mendapat di jadikan contoh. Kerana berapa ramai graduan yang berani atau sanggup memegang pisau toreh dan bergelimbang bau busuk getah sekerap setiap hari. Rasa malu dengan sindiran masyarakat untuk bekerja sebagai petani atau penoreh getah atau di sektor pembinaan menyebabkan para graduan sangup menganggur selagi tidak memperolehi pekerjaan setanding dengan nilai ijazah mereka. Kenapa tidak mahu mengambil contoh masyarakat Jepun yang mana lulusan universiti di negara jepun itu di beri jawatan rendah ketika mula bertugas dalam sesebuah organisasi. Sikap masyarakat kita sendiri menyebabkan kerugian terhadap negara kita sendiri. Mungkin banyak perlu di lakukan untuk mengubah sifat dan budaya masyarakat negara ini agar lebih aktif dan Produktif .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home