Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Monday, October 30, 2006

Mahadir Vs Abdullah ( Pak lah )

Gelombang politik Umno nampak kian berkocak, bagai air yang tenang di lontar dengan batu menyebabkan riak-riak gelombang di air yang tenang. Ini berlaku akibat kritikan pedas Mantan PM terhadap Pak Lah dengan berbagai-bagai tomahan dan serangan peribadi , Antara kritikan Mantan PM ialah mengatakan Malaysia telah menjadi negara Polis, kakitangan awan tidak bebas mengkritik kerajaan kerana takut di tukarkan ke pendalaman, Orang cina tidak meyokong kerajaan dan akan lari ke negeri china, Menjatuhkan maruah malaysia akibat pembatalan jambatan diTambak Johor dan berbagai-bagai lagi kritikan pedas terhadap PM. Sedikit sebanyak mencalar kewibawaan Pak Lah yang mana ialah adalah pilihan Mantan PM itu sendiri.
Yang agak aneh semalam pertama kali Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata-kata melalui Buliten Utama setelah sekian lama tidak dapat berkata-kata menerus melalui media TV.Kata-kata beliau hanyalah menyangkal tuduhan Mantan PM tentang kebebasan besuara.Beliau dengan nada bersahaja berkata Mantan PM masih boleh menyampaikan ke tidak puashati beliau melalui TV ,sudah menunjukan kebebasan Mantan PM itu sendiri bersuara.Apa yang hendak kita renungi kenapa tiba-tiba suara datuk Anwar Ibrahim di ketengahkan di Media utama.Adakah ini tanda-tanda Anwar ibrahim akan mula di tarik ke dalam UMNO.Apa yang pasti Pak lah memerlukan sokongan sdr anwar ibrahim bagi mengukuhkan serangan politik dalaman umno terhadap pak lah.Tidak mustahil sr anwar ibrahim akan menjadi orang yang boleh melemahkan golongan umno dari dalam yang cuba menjatuhkan pak lah. Kita lihat nanti bila dato sri anwar ibrahim kembali ke Umno,yang pasti jika Pak lah tidak melakukannya,sudah pasti Datuk Najib menadah tangan menjemput datuk sri anwar ibrahim.Sama-samalah kita tengok siapa yang berjaya menjemput datuk sri anwar ibrahim ke dalam umno.Apa yang pasti siapa yang berjaya melakukanya akan menguatkan sokongan terhadap Umno dan diri mereka sendiri.Cuba fikir ada kebenaran atau hayalan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home