Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Wednesday, February 28, 2007

Berhati-hati bila nak cepat kaya - anda terdesak?

Dalam dunia globalisasi kini, apa pun yang kita buat semua nak segera/cepat ( fast ) , nak makan pun kena segera, maka wujudlah makanan segera di pasaran,berbagai jenis makanan segera dari yang serendah2 marwah makanan segera di kedai-kedai runcit sehinggalah makanan segera yang berlevel tinggi seperti KFC,McD,PIZZ HUTT dan lain-lain yang mengaut untung beribu-ribu ringgit setahun. Kini wujud pula pasaran segera mendapat wang, melabur dan di janjikan keuntungan yang tetap, di mana anda boleh target bila anda ingin kaya kerana keuntungan segera yang di jamin di pelaburan internet. Jika anda ingin jadi jutawan maka laburkanlah berapa ribu kedalam pelaburan internet ini dan yang pasti anda akan di jamin kaya dalam 100 hari.Kekadang saya tersenyum sendiri masih ramai orang yang percaya dan suka kepada perkara-perkara segera dan cepat. Setiap yang segera pasti ada muslihat dan keburukan tertentu yang tidak dapat di lihat.Ia umpama makanan segera yang sedap , menyelerakan, menjadi rebutan, Keindahan makanan itu di tonjol kan dari segi rupa bentuk dan tidak dari zat sebenarnya.Maka kini telah terdengar keburukan makanan segera mengakibatkan kesihatan masyarakat berpenyakit,Sehinggalah kerajaan berura-ura mengharamkan iklan makanan segera ini. Begitulah akibat bila nak semua segera sehingga kesihatan menjadi mudharat, Setelah menjadi darah daging, amalan masyarakat dan kehendak umum amat sukar untuk mengubah gaya hidup masyarakat kita. Begitu jugalah dengan nak segera kaya, halal haram tak sempat nak kaji/fikir, kenapa begitu mudah semua orang boleh target kaya dalam 100 hari?,mana pegi si miskin? kalau si miskin boleh tahu 100 hari dia akan kaya? berubahkah gaya hidup masyarakat kita? ., apa yang segera pasti ada muslihatnya.Adakah wang segera di internet di gunakan untuk menyerang Iran ,Alluhualam...!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home