Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Thursday, May 31, 2007

Alhamdullilah,Rayuan lina joy di tolak

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya, sekali gus mengakhiri isu pertindihan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah dalam hal berkaitan Islam.Dalam keputusan majoriti 2-1, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (gambar), dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif, menolak rayuan itu, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan permohonan. Ahmad Fairuz ketika membacakan penghakiman setebal 42 halaman berkata, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mutlak dalam menangani sebarang isu mengenai perundangan Islam. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya, berhak untuk memerintahkan Azlina atau nama Kristiannya, Lina Joy, 42, mendapatkan suatu perakuan murtad dari Mahkamah Syariah sebelum ia boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.Alhamdulliah sekurang-kurangnya undang-undang islam (mahkamah syariah ) di Malaysia di ambil kira walaupun ia bukan undang-undang islam sepenuhnya,semoga kesucian islam dijaga dan kearah kebaikan seterusnya. “Menganuti dan mengamalkan agama Islam sudah tentu bererti mengamalkan bukan saja aspek teologi agama itu, tetapi juga undang-undangnya,”

Wednesday, May 23, 2007

Gaji kakitangan Awam naik melampau,Bagaimana orang kampung?

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.Kenaikan gaji ini mungkin memberi senyuman kepada kakitangan awam tetapi jika tidak berhati-hati tanpa perancangan kewangan islam yang betul tidak mustahil kakitangan awam akan kembali ke kancah berhutang.Perlindungan dan perlaburan harus di titikberatkan bukan kembali berhutang membeli ikut nafsu kemewahan.Kenaikan gaji ini sudah pasti kenaikan barang melampau ,sudah tentu kerajaan tidak dapat mengawalnya kerana kuasa berada pada pengilang dan permintaan pengguna.Bagaimana orang-orang tua di kampung,nelayan,pesawah dan lain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sudah tentu merasai kenaikan harga barang ini dan pendapatan mereka tetap sama.Sedih kalau di bayangkan jika emak kita di kampung membawa rm10 ke pekan-pekan sari,pasar minggu apa sangat di bawa balik dengan rm10. Kerajaan kena fikirkan bagaimana untuk menaikkan taraf pendapatan golongan seperti ini bukan melihat segolongan pekerja sahaja untuk meraih undi kakitangan awam,polis dan tentera untuk pilihanraya yang bila-bila saja akan diumumkan.Bila kita memperolehi rezeki berlipat kali ganda fikirkanlah untuk golongan yang berhak keatas rezeki kita,Ingatlah berzakat salah satu cara membersihkan dan memberi berkat harta kita.Alhamdullilah.

Wednesday, May 16, 2007

3 soalan vs 1 jawapan

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya? Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit. Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada? Pemuda : Ya! Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Pemuda : Saya tidak boleh. Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda : Tidak. Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda : Kulit. Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda : Kulit. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Sakit. Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan. di perolehi dari email sahabat" renungkanlah "