Gaji kakitangan Awam naik melampau,Bagaimana orang kampung?
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.Kenaikan gaji ini mungkin memberi senyuman kepada kakitangan awam tetapi jika tidak berhati-hati tanpa perancangan kewangan islam yang betul tidak mustahil kakitangan awam akan kembali ke kancah berhutang.Perlindungan dan perlaburan harus di titikberatkan bukan kembali berhutang membeli ikut nafsu kemewahan.Kenaikan gaji ini sudah pasti kenaikan barang melampau ,sudah tentu kerajaan tidak dapat mengawalnya kerana kuasa berada pada pengilang dan permintaan pengguna.Bagaimana orang-orang tua di kampung,nelayan,pesawah dan lain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sudah tentu merasai kenaikan harga barang ini dan pendapatan mereka tetap sama.Sedih kalau di bayangkan jika emak kita di kampung membawa rm10 ke pekan-pekan sari,pasar minggu apa sangat di bawa balik dengan rm10. Kerajaan kena fikirkan bagaimana untuk menaikkan taraf pendapatan golongan seperti ini bukan melihat segolongan pekerja sahaja untuk meraih undi kakitangan awam,polis dan tentera untuk pilihanraya yang bila-bila saja akan diumumkan.Bila kita memperolehi rezeki berlipat kali ganda fikirkanlah untuk golongan yang berhak keatas rezeki kita,Ingatlah berzakat salah satu cara membersihkan dan memberi berkat harta kita.Alhamdullilah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home