Dari Sudut Perspektif - Warung Kopi Simpang Tiga

Idea... sesuatu yang penting.. Jadilah orang yang ingin berfikir ?.

Friday, April 13, 2007

Jalan Pintas akhirnya di Fatwa HARAM

Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.
Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Pengajaran yang dapat kita renungkan ialah sesuatu yang cepat kaya itu perlulah berhati-hati pasti ada muslihatnya.Masaalahnya mindadan sikap orang melayu yang cepat ingin kaya segera tanpa usaha gigih haruslah di ubah, Jika tidak orang Melayu tak kemana. Mungkin anda adalah salah seorang dari 500,000 itu dan berkata : Tak pe lah, aku melabur sikit je us20 padan mereka yang melabur banyak, tapi sedarkah anda di golongan mana walaupun sedikit, berhijrahlah minda dan sikap semoga bangsa dan anak cucu tidak seperti kita sekarang.amin..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home