F1 Sepang makin Panas dan Pantas

SERAMAI 115,000 penonton membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) – jumlah kehadiran yang meningkat daripada 110,000 orang berbanding tahun lalu.Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir, berkata penganjuran kali ke-9 adalah yang pertama kali menyaksikan tempat duduk grandstand yang boleh memuatkan 47,000 orang penuh dari hujung ke hujung.
Apa pun kemenangan MCLAREN-Mercedes , kemenangan berganda apabila dua pemandunya, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton menamatkan saingan pusingan kedua Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia Petronas 2007 di tangga pertama dan kedua di Litar Sepang, semalam.Kehangantan, kepanasan dan kepantasan di Sepang seolah-olah bagai melekakan kerana tempoh kontrak pengajuaran yang hampir tamat sejak mengajur nya selama 9 tahun lalu.Singapura kini sedang melobi untuk mendapat pengiktirafan untuk mengajur buat kali pertama F1 .Jika BERJAYA bermakna sejarah di Sepang tidak akan berulang kerana pengajuran F1 hanya satu untuk Asia Tenggara. Masih ingat ketika dato sri mahadir ingin menganjurkan F1 hampir separuh dari rakyat kita menolak, Kini apabila tempoh penganjuran hampir tamat , kita pula terasa kehilangan kehangatan, kepantasan dan kemeriahan F1.Begitulah Wawasan beliau mendahului pemikiran rakyat Malaysia dan rantau Asia tenggara..

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home